Hidangan Turki di Little White Turkish Cuisine
4:16 PTGJom jalan-jalan cari makan di Sandakan. Agak lama juga tidak berkunjung ke sana. Pagi Sabtu 12 Mac 2022, seawal pukul 8 pagi kami bertolak dari Lahad Datu dengan menaiki kereta. Encik Suami memandu perlahan sahaja kerana banyak jalan berlopak dan berkurap. Beberapa kali jugalah kami singgah di stesen minyak. Entah di mana silapnya, perut kita memberontak sepanjang jalan!
Berhati-hati di jalan yang rosak, mengelak lubang dan yang seumpama dengannya mengambil masa lebih 3 jam! Jarak perjalanan lebih kurang 175 kilometer.
Kami singgah makan tengahari di Little White Turkish Cuisine di Bandar IJM Sandakan.
- Turkish Pizza Pide Turkish Pepperoni
- Turkish Shish Kofte Beef Shish (Fries)
- Chicken Doner Kebab (with Rice)
- Turkish Tea Apple
- Turkish Coffee
- Basbusa
- Milo (Cold)
Chicken Doner Kebab (with Rice) |
Turkish Pizza Pide Turkish Pepperoni. |
Turkish Shish Kofte Beef Shish (Fries) |
Turkish Tea Apple |
Basbusa. |
10 minit sebelum menjelang pukul 2 petang kami tinggalkan Little White Turkish Cuisine untuk daftar masuk ke hotel di bandar Sandakan.
Little White Turkish Cuisine,
Lot 19, Block C,
Utama Place 1,
Batu 6, Jalan Utara,
12 comments
Teruja plak SA tengok Apple tea tu...mesti sedap tu...
BalasPadamnasib baru semalam makan dekat restoran turki..klu x kecur ni kak amie..hii hii..kofte tu sedap..klu kt pakistn di pnggil kofta..tp sama je rupanya..rasa pun sama
BalasPadamNampak sedap makanan kat sini, saya tak pernah lagi rasa masakan Turkish..
BalasPadamTeringin pulak rasa simit tuh!! Alaaa. nak cari kedai makan Turkish pulak lah nanti.. hehee.. Sebab terbaca entri nih... Aduh
BalasPadamNampak besar portion.. Kalau saya mesti tak habis. Hehe. Saya pun teringin nak berjalan-jalan lagi
BalasPadamsedap nampak semua menu turkish ni
BalasPadammenarik cafe nya. Simple dan santai. Menu pun nampak sedap.
BalasPadamAduhai, terliur tengok menunya! Saya tengah teringin nak makan simit ni, kak. Tapi malas nak keluar cari sebab restoran turki jauh dari rumah :)
BalasPadamTeh epal Turki memang sedap.
BalasPadamMemang kena selera saya makanan Turki. Hehe. Nampaknya kena juga tekak Puan Amie.
Teringin pula apple tea tu ..kena pula dengan basbusa...mmmm teliur..terliur nih!
BalasPadamsemua nampak sedap kak... simit tu rasa manis ke tawar kak? kalau tengok Daus makan sentiasa berselera dia...
BalasPadamMenarik dekorasi restaurant Turkish ni mengikut tema. Sesekali bertukar selera ke timur tengah pulak kan. Roti tu menarik minat untuk mencuba.
BalasPadam