Makan Nasi Lemak & Sate di Morio Food Garden, Harbour Mall, Sandakan
8:07 PTGWalaupun banyak restoran di sekitar Hotel Elopura tetapi hati terpaut untuk mencari makan di Morio Food Garden, Harbour Mall yang letaknya di hadapan hotel. Dari pintu hotel untuk sampai ke mall hanya dipisahkan oleh tempat letak kereta pengunjung hotel.
Banyak jugalah pilihan gerai makanan yang ada di sini. Kami membeli nasi lemak, sate dan mango bingsoo sebagai pencuci mulut. Encik Suami tidak berminat minuman manis. Oleh kerana tidak nampak gerai minuman panas, jadi, dibelinya dua botol mineral water.
Nasi lemak boleh dinikmati pada bila-bila masa sahaja. Lauknya pun pelbagai. Istimewanya di sini, nasi lemak diiringi dengan semangkuk kecil sup kosong!
Nasi Lemak Biasa |
Nasi Lemak Ayam Goreng |
Nasi Lemak Rendang Ayam |
Sate ayam, daging dan paru serta nasi himpit. |
Bismillahirrahmanirrahim. |
Nasi Lemak Ayam Goreng ini Firdaus punya. Besar saiz ayam gorengnya. Lauk asas nasi lemak termasuklah sambal tumis, ikan bilis dan kacang tanah goreng serta telur rebus. Ada sesuatu yang agak menarik dalam hidangan nasi lemak ini. Biasanya ada hirisan timun, tetapi dalam pinggan nasi lemak kami ada acar timun!
Kesemua pinggan nasi lemak kami ada acar timun campur lobak!
Pada mulanya rasa pelik sedikit tetapi apabila Amie makan dengan meminta sedikit rendang ayam Encik Suami, rasa sedaplah pula!
Nasi lemak pilihan Amie ini nasi lemak biasa, ada telur mata sebelah.
Lain padang lain belalang. Lain daerah lain hidangan nasi lemaknya. Memang ada kelainan rasa apabila makan nasi lemak dengan acar timun, tetapi apabila acar bertemu rendang ayam timbullah rasa yang unik tapi enak sekali!
Mango Bingsoo ini sangat sedap. Amie makan berdua dengan Firdaus tapi kita cuma dapat seketul mangga saja. Selebihnya masuk perut Firdaus.... ahaks!
Selepas makan nasi lemak dan sate, kami jalan-jalan jamu mata di tingkat bawah. Sewaktu masuk mall, memang mata sudah terpikat dengan pelbagai blouse. Kononnya selepas makan hendaklah beli sehelai dua. Setelah perut kenyang, rasa malas pula hendak memilih blouse. Betul kot kata orang, kalau hendak berbelanja tunggu waktu perut kenyang. Ketika itu nafsu untuk membeli akan hilang!
Sebelum masuk ke hotel, bersiar-siar dahulu di tepi laut, ambil angin malam yang bertiup dari Laut Sulu.
14 comments
Teringin nak ke Borneo. Ramai kawan masa belajar dari Labuan. Sebelum ni ramai offshore crew dari Sabah.
BalasPadamBingsoo.mangga mengoda.nemgoknya
BalasPadamWahhh.. pelbagai cara rupanya untuk menikmati nasi lemak. Biasa makan dengan timun atau pernah juga makan dengan kacang panjang mentah semasa ke Tganu. Sedap jugak rupanya jika dimakan dengan acar timun, lebih lagi sedap sebab ada rendang.
BalasPadamDaus, boleh ke acik minta mango satu ketul?
meriah sungguh menunya
BalasPadamSelamat menjamu selera
Alhamdulillah.. macam² makanan ada.
BalasPadamKat sana popular betul sate ya..Saya suka sate daging..Eh,makan nasi lemak dengan acar tu macam sedap jer..teringat nasi dagang pulak ni
BalasPadamunik betul nasi lemak ada sup kosong dan acar timun. seronok Firdaus dapat ayam goreng
BalasPadamsedapnya tgk mango bingsu tu..yummyy
BalasPadamSELAMAT MENJAMU SELERA DAUS
BalasPadamTeringin nak pi Sandakan ... dengar kata makanan laut nya fresh dan murah ;)
BalasPadambesar sungguh portion untuk nasi lemak tu kak oi....
BalasPadamBanyak portion Nasi lemak..satay tu macma biasa menggamit selera...kalau dapat time panas- panas lagi best kan kak
BalasPadamRare betul nasi lemak dengan acar timun. Tambah ada rendang ayam pulak tu kan. Sup tak pernah tinggal kalau makan kat sana kan. Keunikan hidangan di kedai kedai sabah. Ohh macam tu ye, rasa malas nak shopping bila dah kenyang.
BalasPadamYa betul. Kena tunggu kenyang baru nafsu membeli kurang.
BalasPadam