Ambengan
3:02 PTGApa khabar rakan-rakan maya di hari minggu ini? Moga sihat sejahtera.
Cerita kelmarin, Encik Suami minta Amie sediakan ambengan untuk dibawa ke kampung. Malam tadi ada majlis tahlil di kampung. Menurut Encik Suami, masing-masing keluarga akan bawa nasi berkat (Cocos) untuk sedekah selepas majlis. Encik Suami minta Amie buat nasi ambeng (Jawa)pula. Oleh kerana Amie sibuk menyemak latih tubi secara online dengan calon-calon SPM, jadi pandai-pandailah Encik Suami membeli bahan untuk diolah menjadi nasi ambeng.
Nasi ambeng hari ini sedikit demi sedikit mulai berubah dari segi penyajiannya. Kalau dahulu nasi ambeng diletakkan di dalam sebuah talam besar, dibahagi-bahagi kepada empat hingga lima orang, tetapi sekarang sudah siap dimasukkan ke dalam bekas. Setiap seorang tetamu yang hadir majlis akan membawa pulang sebekas! Keadaan ini bukan sahaja boleh dilihat di kampung Amie di Selangor, tetapi di kampung Encik Suami juga!
Nasi Ambeng |
Penyediaan nasi ambeng mengikut kemampuan tuan rumah. Sewaktu kita kecil dahulu, selalu juga arwah ayahanda membawa pulang nasi ambeng berupa nasi minyak! Ada daging masak rendang dan acarnya sekali. Bonda kata, nasi ambeng begitu biasanya hanya disediakan oleh orang kampung kami yang berkemampuan.
Nasi ambeng biasa, lauk asasnya sudah tentulah ada ayam goreng atau ayam masak kicap. Ada juga ayam masak ungkep dan ayam rendang. Lauk seterusnya ialah sambal goreng jawa, sama ada yang kering atau basah. Jangan lupa serondeng kelapa! Barangkali ikan masin seperti ikan masin bulu ayam antara lauk yang tidak dilupakan. Namun begitu, di kampung Amie memang tidak diselitkan ikan bulu ayam masin atau ikan masin yang sewaktu dengannya. Ada juga yang menyajikan pegedil kentang, rempeyek kacang tanah, dan pelbagai jenis lauk yang lain. Pendek kata, pelbagai jenis lauk boleh dijadikan pilihan.
Nasi ambeng biasa, lauk asasnya sudah tentulah ada ayam goreng atau ayam masak kicap. Ada juga ayam masak ungkep dan ayam rendang. Lauk seterusnya ialah sambal goreng jawa, sama ada yang kering atau basah. Jangan lupa serondeng kelapa! Barangkali ikan masin seperti ikan masin bulu ayam antara lauk yang tidak dilupakan. Namun begitu, di kampung Amie memang tidak diselitkan ikan bulu ayam masin atau ikan masin yang sewaktu dengannya. Ada juga yang menyajikan pegedil kentang, rempeyek kacang tanah, dan pelbagai jenis lauk yang lain. Pendek kata, pelbagai jenis lauk boleh dijadikan pilihan.
Cuma, ada satu perkara yang perlu diambil perhatian : Lauk-pauk nasi ambeng biasanya jenis kering, dan tidak berkuah! Kalau ada kuah pun hanya sedikit sahaja seperti kuah masakan kicap. Masakan kicap disebut masak semur dalam bahasa Jawa.
Secara tradisinya, kalau hendak masak kicap ayam , ayam hendaklah digreng terlebih dahulu. Jika ingin mengetahui lebih lanjut tentang lauk-pauk nasi ambeng, bolehlah klik enteri di bawah ini.
Di bawah ini Amie paparkan semula beberapa talam kecil penyediaan nasi ambeng dalam entri lepas.
Kelmarin, bekalan elektrik terputus mulai pukul 9 pagi sehingga 5 petang. Memang cabaran sungguhlah apabila memasak di dapur. Apalagi kena tumbuk bawang, halia dan ketumbar biji serta jintan manis dan serai di dalam lesung. Bahan-bahan ini diperlukan untuk memerap kelapa paruut untuk dijadikan serondeng. Sebahagian bahan tumbuk itu juga Amie gunakan untuk memerap daging ayam. Apabila menghidu aroma rempah-rempahan ini, terimbaulah segala kenangan manis suasana rewang di kampung sanun!
Antara lauk-pauk nasi ambeng yang Amie masak:
- Sambal Goreng Jawa
- Serondeng Kelapa
- Ayam Goreng
- Ikan Tenggiri Masak Semur
- Mi Goreng
Sambal Goreng Jawa |
Ikan Tenggiri Masak Semur |
Ayam Goreng |
Serondeng Kelapa |
Mi Goreng |
Semuanya lauk-pauk sempat disiapkan sebelum waktu maghrib. Sebaik sahaja bekalan elektrik bersambung kembali, Amie terus masak nasi. Kalau bekalan elektrik masih terputus, terpaksalah masak cara kukus pula.
Sekarang tiba masanya untuk menyiapkan set nasi ambeng di dalam bekas.Encik Suami bawa pulang bekas empat segi.
Mula-mula letakkan nasi. Boleh tekan-tekan nasi supaya menjadi padat. |
Letakkan daun pisang sebagai lapik lauk. |
Bubuh lauk-pauk yang ada seperti sambal goreng jawa, serondeng kelapa, ikan tenggiri masak semur dan mi goreng. |
Akhir sekali letakkan ayam goreng. Kemudian tutup bekas berisi nasi ambeng ini. |
12 comments
Adakah saya kena cari nasi ambeng esok? Tengok nasi ambeng orang LD kemahen mengancam. Betullah tu, Kak Amie, Ayam Masak Semur.. rasa kicap yang ada angin-angin gitu, kerana rempahnya yang istimewa. Ditambah konco2 yg lain, lagilah kalau dihidang di dalam talam.
BalasPadamistimewa nasi ambeng ada serunding n laukpauk yg sedap
BalasPadamkat sini setiap minggu tahlilan, ada bontrotan nasi ambeng.
BalasPadamNi dah masuk bulan ruwahan, setiap harilah ngambengan
mencabar jg masak banyak jenis lauk dgn takde elektrik..Alhamdulillah, dapat disiapkan dgn baik sekali..sedapnya..
BalasPadamSuka sambal goreng jawa.
BalasPadamMemang suka makan nasi ambeng. Lauk memang sedap-sedap.
Menyelerakan betul nasi ambeng Kak Amie buat. Lengkap ada semuanya. Lagi sedap beralaskan daun pisang. Ini kalau tak malu, dah mintak nak beli sebekas. Hehehe...
BalasPadamMeriah. Suka tengok n.ambeng ni sebab macam2 lauk ada..semua all in...
BalasPadamKemyang makan nasi ambeng ni. Sambal jawa tu favourite. Dapat plak yang ayam goreng digoreng rempah. Adeh. Terliur plak membaca entry ni
BalasPadamAduhhhhh ..
BalasPadamMana nak cari niiiiii...
ngences!
sedapnyaaa.....dulu ada kawan opis belanja..rajin dia belanja sejak tu dah pandai makan
BalasPadamLengkap semuanya...sedap betul menengoknya kak oi. Kalau dana memang tak tolak tapi sediakan sendiri penat banyak kerjaan
BalasPadamIni bagaikan petanda untuk saya memburu nasi ambang minggu ini heheheh
BalasPadamKalau ada pintu Doraemon, saya dah terjah rumah Kak Amie.