Tersalah Makan Hidangan Akibat Kelaparan!
4:02 PTGTak sangka pula mesyuarat dari pagi berterusan hingga ke tengahari. Perut sudah menjerit-jerit minta diisi. Almaklumlah dari pagi belum beralas perut. Kebetulan pula, kami rancang untuk sambut ulang tahun Yatie di Secret Recipe. Sementara yang lain menyelesaikan tugas masing-masing, Amie dengan Kamsiah terus menuju Secret Recipe. Seperti biasa kalau ada apa-apa acara kecil, kononnya kami buatlah tempahan tempat!
Oleh kerana tidak tahan lapar, kami pun memesan makanan masing-masing terlebih dahulu. Sementara makanan sampai ke meja, kami melihat-lihat kek. Seperti biasa, kalau kami keluar makan memang teringat anak di rumah. Jadi asing-masing beli kek dan lamb pie untuk dibawa pulang. Oleh kerna tidak ada lamb pie, jadi kami pun beli chicken cornish sahaja.
Potongan kek untuk dibawa pulang. |
Chicken Cornish |
Gee, Yatie, Kam, Nano, Amie, Jusna & Misa. |
Suapan kasih dan sayang daripada Gee, teman travel. |
Hidangan pilihan Yatie yang diraikan, |
Fish & Chips, pilihan Nano & Gee. |
Misa dengan spagehetti kegemarannya. |
Jus epal yang sangat meggoda! |
Golden Chicken Crispy, pilihan Jusna. |
Sambal Api Mappakoe |
Jarak jauh bukan pemisah di antara kami.
Mudah-mudahan persahabatan sentiasa diberkati.
14 comments
klu x baca betul2 tadi ingat sambal tu air kopi ehhehe...
BalasPadampibeday yatie!
BalasPadamSeronok berkumpul ramai-ramai begini. Memang makan apa pun berselera. Tambah pula kalau lapar ye. Ayam ke ikan ke, hantam sahaja.hehe
BalasPadambest kan berkumpul ramai- ramai macam tu meraikan kawan- kawan punya birthday...
BalasPadamSelamat hari lahir, Yatie. Wahhh.. hidangannya menarik semua, kelakar pulak, nasib baik termakan kawan punya, bukan meja sebelah punya, hihi.
BalasPadamlapar punya pasal ye kak... tapi mujurlah membe sebelah punya makanna yang kita salah makan, meja lain haru jugak ye kak hahhahah
BalasPadamhahahahha...kelakarlah kak amie. bila lapar rasa ayam & ikan pun dah tak boleh bezakan ye
BalasPadamHehe ingat salah hantar hidangan daripada meja lain.
BalasPadamPatut pelayan itu beritahu hidangan apa. Haha harap halal termakan Puan Kamsiah punya.
selamat hari lahir Yatie.... semuanya sedapppppp.... terasa mcm dah lamaaaaa x mkn SR
BalasPadamInilah namanya rezeki salah alamat🤣🤣
BalasPadamDah lapar sangat tu sampai tak boleh beza ikan dgn ayam :D
BalasPadamTak tahu nak gelak ke nak kesian. Begitulah kalau dah lapar kan, nampak ala ala camtu kita ngap terus tak tunggu dah. Lapar punya pasal.
BalasPadammmg betul-betul lapar tu..hehe
BalasPadamkelaparan sungguh ye Kak Amie sampai tak perasan apa yang dimakan.. hehehe
BalasPadam