Sepetang di Pantai Tanjung Aru

4:36 PTG

Beginilah ceritanya pada petang 23 Disember 2022. Dengan penuh yakin dapat bermalam di Hotel Raia, tetapi sampai di sana penuh pula. Selalunya walk in saja ke sini, tetapi haritu tak ada rezeki. Kami bergerak beberapa kilometer ke SKY Hotel tetapi penuh juga. Seperti sebelumnya, tempat terakhir kami tuju sudah tentulah di Sea Park Condotel Tanjung Aru. Alhamdulillah, di situlah rezeki kami untuk bermalam , dapat sebilik tiga katil untuk Amie, Encik Suami dan Firdaus dan sebilik lagi untuk Abang Farid dan Aseeyah.

Rasa agak letih juga hari itu walaupun tidak begitu rancak berjalan. Mungkin juga sehari sebelumnya berhabis tenaga meronda mall di sekitar bandaraya. Selepas solat, kami ingin melihat-lihat pantai di waktu petang. Langit nampak kelabu. Cuaca mendung, dan kami memang sudah bersedia dengan kehadiran hujan!

Aseeyah & Firdaus

Aiskrim Gula Apong


Kami membeli beberapa jenis makanan ringan seperti kacang tanah rebus, jagung rebus, kuih terang bulan dan minuman. Firdaus tidak mahu apabila Amie tawarkan ais krim. Amie beli dua sahaja, satu untuk Aseeyah dan satu untuk Amie sendiri.


Ini Aiskrim Gula Apong. Gula apong terkenal di Sarawak. Sedap rasa ais krim gula apong ini. Apabila Amie mula makan sedikit, Firdaus pula minta. Amie berikan padanya. Memang teringin makan lagi tapi malaslah pula hendak bangun pergi membeli semula. Bukan malas apa. Sebenarnya malas berbaris menunggu giliran. Lagi pula hujan mula turun renyai-renyai.


Bergambar tunjuk muka kelat sebab ais krim kena copet.... ahaks!


Habis makan aiskrim, Firdaus bersama Aseeyah menuju ke tepi pantai bermain pasir. Kita duduk termenung memandang dari kejauhan.


Orang sebelah kita makan jagung manis rebus.
Macam sedap pula.




Daripada memikir ais krim gula apong, baiklah makan jagung! 


Aseeyah dan Firdaus leka mencari umang-umang.


Habis makan jagung rebus sebatang, kita makan kuih terang bulan yang rangup.


Puaslah kita makan beberapa keping kuih terang bulan.
Hairan juga, kenapa Abang Farid dan Encik Suami tak mahu makan kuih yang sangat sedap ini. Rupa-rupanya masing-masing 'simpan perut' sebab malam nanti ada anak buah nak belanja makan!


Entah apa yang dibualkan oleh Firdaus dan Aseeyah. Kami panggil untuk pulang sebab hari sudah senja. Kami perlu pulang ke condotel, mandi, solat dan bersiap untuk ke Kota Kinabalu.


Inilah bilik penginapan kami malam itu. Banyak kali sudah Amie tulis entri tentang penginapan kami di Sea Park Condotel Tanjung Aru. Kebetulan pula sewaktu kami bersiap untuk keluar, suami anak buah Encik Suami telefon dan bertanya kalau ada bilik kosong di situ. Katanya, keluarganya baru sampai dari Lahad datu dan belum jumpa tempat penginapan di Kota Kinabalu. Kami berikan nombor telefon dan Alhamdulillah, malam tersebut keluarganya dapat menginap di sini. 

Sea Park Condotel Tanjung Aru
 
Tahun 2021 kami sekeluarga bermalam di sini juga, satu bilik lima katil.

20 comments

  1. cntik sunset dkt tg aru ni.
    dah lama xpergi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau menginap di Sea Park Condotel Tanjung Aru, memang kami akan singgah sini.

      Padam
  2. Cantik sunset....Saya pernah juga dua kali menikmati sunset @ Tanjung Aru ni.
    Melihat lembayung dikaki langi Tanjung Aru itu seperti menggamit saya🤭🤭Semoga ada lagi rezeki saya untuk ke sana..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampaknya Mama Cella kenalah zikir banyak-banyak... ahaks!

      Padam
  3. First time dengar istilah Condotel.... Nice

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehee... saya jumpa condotel... motel... hotel.

      Padam
  4. Rindunya nak ke Tanjung Aru lagi. Seronok bercuti satu famili. Seronok pengantin baru bersuai kenal

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah... datang sini lagi Sal. Boleh makan-makan tepi laut.

      Padam
  5. Belum pernah lagi rasanya makan aiskrim gula apong. Belum sempat habis dah dicopet Firdaus pulak. Takpelah, asalkan dia makan habis. Leka Firdaus spend time dengan kak Aseeyah dia. Layan lepak tepi pantai memang best. Boleh tahan ramai jugak orang bersantai tepi pantai.

    Nampaknya stay kat sini lagilah kak Amie sekeluarga dan saudara yang datang :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah... Sea Park Condotel sudah jadi tempat penginapan tetapi kami dan saudara mara...ahaks!

      Padam
    2. Rezeki kak Amie menginap disitu. Tempat lain memanjang full house :)

      Padam
  6. luas bilik condotel tu selesa inap sekeluarga

    BalasPadam
  7. Wahhhh.. sy belum pernah lagi jumpa bilik hotel yg ada lima katil macam ni, Kak Amie. Mesti meriah lepak bilik ramai2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lima katil, murah pula tu sewanya satu malam. Memang best ni untuk satu family kecik.

      Padam
  8. cantiknya sunset....bila la SA dpt bercuti macam ni...rehatkan minda...

    BalasPadam
  9. bestnya hotel tu ada bilik yang luas siap muat 5 katil...

    seronoknya main pasir Daus dan kakak iparnya tu... rapat betul mereka ya kak, Daus tak pernah ada kakak, bila dapat kakak seronok lah dia.
    Aiskrim tu nampak sedap, jagung rebus tu rapat-rapat bila manis lagi best

    BalasPadam
  10. cantiknya sunset... dah lama dana tak jenjalan kat tepi pantai, rindu

    BalasPadam
  11. Hehe kalau saya simpan perut. Rugi kalau sudah kenyang apabila makan makanan laut.

    BalasPadam
  12. Cantik sunset. Bila tgk gambar aisktum Dan jagung tu alahaii sedapnya

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe