Sarapan Pagi di Restoran Sri Pantai Manis Papar

5:38 PTG

Pagi Isnin, 20 Disember 2021. Setelah cukup rehat, kami daftar keluar dari Uncle Ho Motel pada pukul 9:30 pagi. Pada sebelah malamnya sempat minta tolong Abang Farid tanya kawannya, orang Papar untuk minta cadangan kedai makan mana untuk kami kunjungi.  Katanya salah sebuah restoran yang terkenal di Papar ialah Restoran Sri Pantai Manis.

Tidak sukar untuk mencari restoran ini kerana petang kelmarinnya sewaktu pusing-pusing pekan Papar kami sudah ternampak restoran ini. Sewaktu kami tiba, memang penuhlah dengan pelanggan.


Amie terbaca ulasan pelanggan tentang restoran ini. Katanya salah satu menu yang sedap di sini ialah rojak dan kalau hendak makan sate kena pastikan datang awal sebelum jam 11 pagi. Amie cadangkan untuk makan rojak tetapi kata Encik Suami waktu pagi elok elakkan makan kuah kacang, takut perut meragam. Maklumlah selepas ini kami akan sambung perjalanan ke Kota Kinabalu pula. Kebetulan tempat duduk Amie berhampiran tempat orang bakar sate. Apabila kami nak beli, tuan punya sate kata, sate sudah habis dan dia sedang bersiap-siap untuk mengemas dapur satenya. Hanya ada lima cucuk sate sahaja berada di atas pemanggang! Itu pun sudah ditempah orang.  Ohoooo... belum pukul 10 pagi, sate sudah habis!

Nasi Goreng Ayam

Nasi Goreng Ayam ini Firdaus yang minta. Hirisan ayam tersembunyi di dalam nasi goreng. Banyak sayurnya. Habis pula Firdaus makan nasi goreng sepinggan!

Mihun Goreng Seafood

Mihun Goreng Seafood ini Encik Suami punya. Sama seperti Nasi Goreng Ayam, aksesorinya banyak bersembunyi di dalam mihun. Seperti biasa, sudah semestinya hidangan nasi goreng dan mihun goreng didatangkan bersama semangkuk kecil sup kosong.

Bakso Campur

Ini Bakso Campur. Sudah tentulah kita punya. Di bawahnya itu ada mihun, dan mewah dengan pelbagai aksesori seperti hirisan daging, ayam, dan bebola daging.Pagi-pagi hirup sup, ditambah dengan rasa pedas lada (sambal) memang merecik peluh!

Sama juga seperti keadaan di Kak Kiah Coffee House, kami tidak menunggu lama untuk menikmati menu pesanan masing-masing.

Restoran Sri Pantai Manis terletak di:
Lot 2, Jalan Papar Spur,
Papar Commercial Centre,
89600 Papar, Sabah

17 comments

  1. Sedap bakso tu..
    Semua potion besar.. Memang kenyang macam ni..

    BalasPadam
  2. Terlajak laris betul satenya. Belum pukul 10 dah habis. Sedap sangat tu nasi goreng ayamnya firdaus habis makan. Bagus dia makan sayur. Bakso tu penuh mangkuk accesoriesnya. Best pergi kedai makan yang servicenya cepat. Bila bercuti perut cepat lapar. hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang laris sungguh sate di situ.
      Inilah ciri-ciri kedai makan yang semua orang suka. Service cepat, kedai bersih dan menu yang sedap.

      Padam
  3. Bagus la restoran ni..
    Tidak menunjuk-nunjuk isi hidangannya.Ibarat kebaikan yang disembunyikan...hihihi kira ada kaitan la kan..🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaaaa... Lucu pulak Mama Cella. Tapi memang betullah tu, kebaikan yang tersembunyi.

      Padam
  4. laku keras sate dia..awal pagi dah selesai

    BalasPadam
  5. Nasib baik hari tu Kak Amie dah dapat makan sate kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu SK. Sate Sipitang. Sate Beaufort. Sate Papar pulak habis.

      Padam
  6. sate = sarapan pagi. menarik, kak.
    kat muar je aida jumpa tempat yg sarapannya is sate.

    bakso tu, menjemput selera.
    aida sgt suka makanan unsur sup sup ni.
    hirup panas-panas = sedap!

    BalasPadam
  7. Kat sana rata- rata banyak jual sate ye kak..teringin plak SA makan sate pagi- pagi macam kat Muar...bestnyaaaa

    BalasPadam
  8. Laku juga ya sate waktu pagi. Jarang sarapan sate disediakan di kedai makan.
    Kalau saya suka sarapan berkuah.

    BalasPadam
  9. aduh sedap nengok menu kak... macam style di johor makan sate waktu pagi...
    bagus lah Daus makan nasi goreng siap dengan sayur pun dia makan juga...
    geramnya nengok bakso akak tu, penuh isi

    BalasPadam
  10. menarik tgk bakso dia, penuh dgn lauk pauk. boleh cuba nanti..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe