Sarapan Pagi dengan Fish & Chips

5:10 PTG

Bangun pagi terasa segar dan nyaman! Walaupun suhu dingin tetapi apabila terkena air hangat di bilik air, rasa tak mahu berhenti mandi. Gunung Kinabalu di belakang sanun kelihatan tegak berdiri gagah dan nampak begitu jelas. Rezeki berpihak kepada para pengunjung dan pencinta alam yang berada di sekitar kaki Gunung Kinabalu pada pagi ini. Menurut kawan yang menginap di Pine Resort, apabila terjaga pukul 4 pagi dia terus menyelak langsir tingkap hotel. Katanya lagi, Gunung Kinabalu jelas kelihatan di hadapan mata, dan ternampak lampu-lampu para pendaki menuju puncak gunung untuk menyaksikan matahari terbit! Barangkali kawan Amie ini pun teringat kenangan terakhir kami mendaki Gunung Kinabalu pada 2014 yang lalu.

Seperti yang Amie janjikan pada hari sebelumnya kepada anak-anak, Amie akan sediakan fish & chips sebagai sarapan pagi untuk mereka.
Sebelum ke dapur, Amie sempat selak langsir di ruang tamu dan terpandang beberapa orang anak gadis sedang mengambil gambar di halaman homestay kami. Mungkin mereka menyewa di homestay berhampiran. Selain mengambil gambar di pintu pagar yang tertulis Cinta Villa Homestay Mesilou, mereka juga masuk ke bahagian dalam.

Barangkali kalau Amie buka pintu atau tingkap, terkejut beruk pula nanti anak-anak gadis yang sedang posing pelbagai gaya itu...ahaks!

Mereka juga mengambil gambar di sini. Barangkali tertarik dengan kata-kata yang tertulis di situ.

Dan juga mengambil gambar di tempat duduk di bawah ini.


Kemudian Amie terus ke dapur menyediakan sarapan sementara Encik Suami dan anak-anak membantu membuat minuman dan menyediakan pinggan serta cawan di atas meja.

Encik Suami nampak ceria sahaja pada pagi minggu ini. Barangkali sudah mendapat rehat dan tidur yang cukup serta tidak perlu memikirkan hal-hal kerjanya. Sebenarnya malam tadi, Encik Suami menolak dengan baik pelawaan anak buah kami supaya bersama mereka berBBQ di tempat penginapan mereka. Encik Suami kata, dia perlu berehat dan tidur awal kerana keesokan paginya perlu memandu jarak jauh iaitu dari Kundasang ke Lahad Datu. Kebetulan pula, Fuad dan Fairuz pun bakar-bakar juga tongkeng ayam di homestay kami.

Kata Encik Suami, lain kali kalau menginap di homestay di Kundasang, bolehlah Amie sediakan fish & chips lagi! Dia pun dah tahu pasar raya mana yang hendak dituju untuk membeli bahan masakan. Tambahan pula banyak pilihan sayur segar di sini.

Memang banyak perkara melucukan terjadi sewaktu Amie masuk dapur awal pagi itu!
Minyak lebihan memanggang di dalam mangkuk menjadi beku!
Minyak masak di dalam botol juga beku pada bahagian bawahnya!
Amie rendam fillet ikan dori tetapi tak juga nyahbeku!
Kenapa?
Rupanya air yang Amie gunakan sama sejuknya dengan ais batu!
Amie bancuh tepung untuk celup fillet ikan dori, tapi tepung nampak berketul!
Kenapa?
Sebab Amie gunakan air sejuk dari sinki untuk buat adunan!
Dan itulah barangkali Fuad dan Fairuz rungutkan ketika mencuci pinggang mangkuk! Katanya air kotor. Pinggang tak bersih! Sabun tak bagus! Padahal berpunca dari air sejuk...sesejuk ais batu!

Bila Fairuz masuk dapur, dia terus bertanya:
Mommy goreng pisang ke?
Hahaaaa.... hahaaaaaahhhaaaa!
Inilah rupa ikan dori salut tepung yang nak dihidangkan sebagai fish & chips!
Tak kisahlah walaupun rupa pisang goreng tapi isinya sangat sedap!

Tuan kecil ini sudah bersedia untuk bersarapan pagi. Dah siap mandi dan tukar baju. Tapi mulutnya tak berhenti membebel : Tak mahu balik Lahad Datu! Nak tinggal di Kundasang! Selepas sarapan pagi, kami akan terus check out.

Jom sarapan pagi dengan hidangan ala-ala western gitu...hiks!

Sedang kami bersarapan pagi, tiba-tiba terdengar bunyi honk kereta di hadapan homestay. Rupanya anak buah kami datang berkunjung. Seronoklah Firdaus dapat bermain dengan anak-anak kepada anak buah kami. Ramai juga yang datang. Katanya mereka hendak melawat ladang strawberry, jadi kebetulan melalui jalan ke homestay kami, jadi mereka singgah. Bersarapanlah kami bersama-sama pada pagi itu. 



Ini sup cendawan. Sedap celup dengan roti.

Amie memang suka sangat cendawan segar. Jadi masak dengan lobak dan brokoli, tambah sos tiram.



Anak buah kami datang bersama nenek sebelah isterinya, ibu mentua, isteri, anak-anak dan adik-adik iparnya. Sambil bersarapan, mereka mengambil gambar di pelbagai sudut sehinggalah ke luar homestay. 

Nampak santai sahaja kalau dapat minum pagi di sini! Sejuk, tenang dan mendamaikan! Sayangnya kami tidak boleh berlama-lama di sini. Rancangan untuk keluar homestay seawal pukul 8 pagi akhirnya tertunda sehingga ke pukul 10 pagi!

Sekarang kami sudah siap sedia untuk check out.

Sebagaimana kami masuk ke dapur petang semalam, kami kembalikan semula keadaan yang sama sebelum kami tinggalkannya pada pagi ini.

Selamat tinggal dapur!
Macam-macam ceritanya di sini!



Kami meninggalkan Cinta Villa Homestay pada pukul 10 pagi.

Seperti cerita kelmarin, kami terpaksa menghadapi kesesakan laluan dari Desa Cattle Diary Farm menuju ke jalan raya utama di Pekan Kundasang.

Lebih kurang pukul 11:45 pagi kami tiba di jalan raya utama.
Singgah beberapa minit di gerai sayuran. Beli apa yang patut.








Dan kemudian kami teruskan perjalanan.

Kereta membelok arah ke kiri. Kami bercadang untuk singgah di Ladang Teh Sabah dan makan tengahari di situ sebelum meneruskan perjalanan selama 5 jam lagi ke Lahad Datu.

12 comments

  1. Patut suami menolak jemputan BBQ....penat driving rupanya.. Banyak kereta Ber q.
    Satu lane Dalam gambar.

    Kalau tak cukup tidur mahu stress...

    BalasPadam
  2. Seronak tengok walau jalan jauh, tapi makan macam kat rumah kan, rajin akak angkut set pinggan mangkuk semua, tapi itu lah yang lebih selamat dan dijamin kebersihannya kan.

    BalasPadam
  3. Seronoknya kalau duduk di sabah.. cuaca sejuk je..

    BalasPadam
  4. bestnya
    dlm list nk ke Sabah ni he hee memanggg teringinn sgt

    BalasPadam
  5. sejuk membeku ye kak macam duduk kt musim salji nun... mesti best tuh
    nampak menggiurkan fish n chips akak tu... heehhe boss kecik kata pisang goreng ye
    cantik betul pemandangan situ ye kak, teringin sangat nak datang situ entah bila lah dapat ke sana

    BalasPadam
  6. Baru prasan this homestay. last time we all stayed kat Mesilau Nature Resort atas sana tu. lalu lalang depan homestay ni. tetiba rindu nak ke kundasang laa..

    BalasPadam
  7. pisang goreng tu jg yg menambat selera sy hehehe

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum kak amie..
    Kundasang memang best sangat.Kalau dah tak ada PKPP dan dilapangkan waktu memang teringin ke sana lagi.
    View cantik dan udara nyaman...fefeeling dok ober C hehee

    BalasPadam
  9. Favourite ni fish & chips. Hidangan pagi yang menyelerakan sungguh.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe