Turki (34) : Oleh-Oleh Grand Bazaar

11:41 PTG

Pintu Nuruosmaniye Grand Bazaar, Istanbul, Turki.

Maka, bermulalah satu pengalaman baru menjejak kaki ke pasar terbesar dan tertua di dunia!
Teruja ingin melihat lebih 60 lorong dengan jumlah kedai lebih 4,000 buah! Dikatakan bahawa setiap hari pasar ini menerima di antara 250,000 hingga 400,000 pelawat! Dan Grand Bazaar yang dibuka pada tahun 1461 ini juga terkenal dengan barangan kemas berupa intan berlian, tembikar yang bermutu tinggi, rempahj-rempahan, permaidani, dan seumpamanya!

Apakah yang mampu dilakukan dalam tempoh satu jam berada di sebuah pasar yang sangat besar ini? Dalam hati, sedikit-sebanyak rasa bersyukur kerana telah membelanjakan sebahagian besar TL di setiap tempat yang disinggahi selama beberapa hari ini. Malam tadi sempat berkira-kira untuk menghabiskan baki wang yang ada. Amie mempunyai USD25 (tukar RM dengan Atie), dan lebih kurang 150TL, manakala syiling-syiling TL0.5 dan TL1 Amie tak sempat kira, tapi lebih dari segenggam sebab pada mulanya Amie simpan syiling-syiling tersebut sebagai persediaan bayaran masuk ke tandas.




Apabila terpandang lokum, teringat pula 14 kotak yang Amie beli sewaktu melawat Asklepion! Jadi, tak perlu beli lokum lagi. 14 kotak itu pun sudah memenuhi 1/3 daripada ruangan beg besar Amie! Itu belum lagi termasuk 5 kotak coklat! Kadang-kadang terfikir juga, kenapa mesti beli yang berkotak, sedangkan kotak-kotak itu memakan ruang! Padahal isinya sedikit sahaja! Sesekali hati membisikkan, eloklah beli dalam kotak sebab semut tak boleh masuk! Maklumlah Turkish Delight kan manis! Di Bosnia dulu, bukan main suka beli lokum sampai 6 kg! Sampai LD, banyak semut halus berkumpul!



Jadi, nak beli apa? Ahli rombongan telah berpecah mengikut kumpulan masing-masing, mencari barang kegemaran masing-masing!



Mata dan kepala pun ikut berpusing melihat pelbagai macam barangan yang dipamerkan di sini! Bukan itu sahaja, melihat lorong bersimpan perenang, dan panjang-panjang pula, buat hati tambah risau! Eloklah cuci mata di tempat-tempat berhampiran dengan pintu masuk supaya tidak tersesat jalan. Cepat! Masa tidak menunggu kamu, Amie!


Antara lorong sebelah utara, selatan, timur dan barat, akhirnya kami memilih untuk berada di bahagian luar sahaja!




























Sementara Salawati bersama Atie sibuk memilih t-shirt di kedai sebelah, Amie bersama Nurhidayah meninjau-ninjau barangan perhiasan dan cendera kenangan di kedai sebelahnya pula. Memandangkan sebelum ini Amie sudah membeli beberapa buah fridge magnet, jadi kali ini Amie ingin membeli cendera kenangan dalam bentuk lain pula. Akhirnya Amie memilih pinggan ukiran Hagia Sofia, sebab inilah satu-satunya tempat yang teringin Amie kunjungi, tapi nampaknya belum ada rezeki untuk ke sana.



Oh! Si mata biru ada pada pemegang sudu! Amie pun sebenarnya suka sangat dengan sudu begini! Tiba-tiba Amie tersedar, Atie, Salawati dan Nurhidayah sudah berada di sebuah kedai di seberang sana...

Kedai apa ni?
Kak Mie, saya nak beli lokum! Nampak sungguh Salawati begitu gembira di situ. Maklumlah, sebelum ini beberapa kali Salawati tanya Amie, apakah oleh-oleh yang sesuai untuk dibawa pulang? Amie kata, kalau datang ke negara ini, eloklah beli Turkish Delight! Kelihatan Atie sedang melihat-lihat baklava kegemarannya!

Nampaknya, di beberapa buah kedai terawal yang Amie lihat, susunan dan pameran bahan jualan kelihatan kemas dan teratur! banyak buah-buahan kering dijual di sini.


Selain buah-buahan kering yang pelbagai jenis, terdapat pula bunga-buangan kering yang dijadikan sebagai perisa (minuman teh).

Ini antara lokum yang sudah sedia untuk dipilih oleh pelanggan!

Selain seorang lelaki yang menjaga di kaunter pembayaran, dua orang lelaki sibuk melayani kami. Dengan ramahnya, mereka mempersilakan kami mencicipi kepingan coklat dan memberitahu kami, coklat yang dibeli akan dimasukkan ke dalam kotak. Saiz kotak pula ada dua jenis, satu kotak saiz untuk 1 kg (gambar bawah) dan satu kotal lagi (gambar atas ) saiz untuk 1/2 kg.

Buat masa ini kami belum mengambil keputusan untuk membeli mana-mana manisan di sini.


Selain coklat dan lokum, terdapat pelbagai serbuk rempah ratus! Nampaknya pemandangan sebegini kelihatan sama sahaja di setiap kedai! Barang yang dipamerkan untuk jualan juga sama! Kecuali kalau dibandingkan dengan kedai permaidani atau kedai seramik!

Inilah longgokan coklat (rak bahagian bawah) yang ditawarkan kepada kami dengan harga TL120 bagi setiap kilogram, dan boleh dicampur kerana isi coklat tersebut berbeza-beza. Akhirnya kami membuat keputusan membeli 1/2 kilogram coklat seorang. Amie, Atie dan Salawati. Nurhidayah tidak berminat untuk membelinya. Sekali lagi kami memastikan harga untuk 1/2 kilogram ialah sebanyak TL60. Pada ketika itu tidak terfikir langsung untuk menawar harga! Padahal sebelum ini sudah sering mengingati, supaya tawar sehingga separuh harga!

Sementara  seorang pekerja lelaki menyusun coklat ke dalam kotak, kami disuguhkan dengan pelbagai barangan lain di dalam kedai ini.  Sungguh teruja melihat pelbagai jenis bunga dan rempah-rempahan serta limau dikeringkan untuk dijadikan  minuman!

Lihat sahajalah, Heaven Garden Tea berharga TL320 untuk 1 kg!

Ottoman Rose Tea ini pula berharga TL420 1 kg!
Bagi peminat minuman dari tumbuhan organik sudah semestinya tidak perlu berfikir dua kali untuk membelinya!

Oh! Hampir lupa nak kongsi cerita.
Selain sikap ramah-tamah pekedai, kami dihidangkan dengan pelbagai jenis kekacang untuk dicicipi! Waduh! Ini kacang bukan sebarang kacang tau!

Segan-segan jugalah nak jamah kekacang ni sebab tahu harganya mahal!




Seronok betul rasanya bila dihidangkan dengan teh epal panas! Apalagi, sambil makan kekacang kami pun minum teh! Nurhidayah tidak mahu mengambil apa-apa yang dihulurkan oleh pekedai, dan dalam nada bergurau pekedai lelaki itu berkata kepadanya (lebih kurang begini) : Kami lukakan hati saya!
Amie rasa, baki duit Amie masih ada lagi selepas ditolak TL60 harga 1/2 kg coklat itu nanti. Ada lagi TL20 dan USD25. Urus niaga di sini boleh dalam bentuk matawang lira dan USD. Jadi, Amie minta 1/2 kg kacang pistachio salut bijan sebanyak 1/2 kg. Harga untukl 1 kg ialah TL135, dan bermakna harga untuk 1/2 kg ialah TL67.5. Untuk harga kacang ini Amie akan bayar gunakan USD. Manakala untuk harga coklat pula, Amie akan bayar gunakan matawang lira sebanyak TL60.



Selain 1/2 kg coklat, Salawati kelihatan sibuk memilih coklat.

Atie pula. selain coklat 1/2 kg juga, menambah baklava kegemarannya!







Masing-masing sibuk menambah belian, Amie pula sibuk mengambil gambar, dan pekedai yang sangat peramah meminta Amie ambilkan gambarnya! Di sudut kedai, chasier sedang mengira jumlah bayaran harga belian kami.

Kurma dengan harga TL118 1 kg! Ketika ini baru Amie terfikir, memang benarlah mengikut pengalaman mereka yang pernah membeli-belah di Grand Bazaar supaya menawar harga! Pekedai tidak akan marah sekiranya kita menawar, tetapi akan marah kalau kita tidak jadi beli. Itulah antara pengalaman - pengalaman blogger yang pernah Amie baca! Harga yang ditawarkan di setiap kedai adalah berbeza walaupun harga yang dipamerkan adalah sama! Itu bergantung kepada kebijaksanaan pembeli dan ehsan peniaga! Walaupun sesetengah orang tidak suka menawar atas alasan peniaga pun hendak mencari makan, tetapi menawar itu adalah hak kita. 


Agaknya berapa harga yang kita dapat kalau bijak menawar harga Ottoman Rose Tea ini?

Dan Finger Delight ini?





Nampaknya kacang pistachio salut bijan seberat 1/2 kg telah siap dibungkus.  Amie pun membayar dengan harga USD20 secara berasingan dengan coklat 1/2 kg. Coklat 1/2 kg Amie akan bayar menggunakan matawang lira.
Ketika itulah pekedai yang menerima USD20 menunjukkan kepada Amie, harga sebenar 1/2 kg coklat Amie.
Hah? Kenapa harganya TL115? Bukankah saya minta 1/2 kg dengan harga TL60?
Dengan rasa terkejut dan bahasa Inggeris yang tonggang terbalik Amie bertanya kepada pekedai tersebut!
Tetapi pekedai tersebut tetap mengatakan harga yang perlu Amie bayar ialah sebanyak TL115 dan kuantiti berat sebenar yang ditunjukkan ialah 900gram!
Hei! Kenapa ni? Bukankah kita minta 1/2 kg coklat? Tanya Amie kepada Salawati dengan nada yang agak tinggi. 
Atie segera menerpa ke arah Amie.
Kenapa? Tanya Atie.
Ini! Amie tunjukkan resit bayaran yang masih dipegang oleh pekedai tadi.
Bukankah kita beli coklat 1/2 kg dengan harga TL60, tapi kenapa timbangan jadi 900 gram dengan harga TL115?  Saya minta 1/2 kg bukan 900 gram! Saya hanya peruntukkan harga untuk 1/2 kg saja!
Tak apa. Tak apa. Nanti Atie bayarkan dulu guna USD. Berapa jumlah yang perlu kami bayar semuanya? Tanya Atie kepada pekedai.
Ketika itu Amie melihat seorang pekedai yang begitu peramah melayan kami merendahkan kepala dan membisikkan sesuatu kepada Salawati sambil menghulurkan beg berisi coklat dan lokum.
Salawati kelihatan terkejut dan wajahnya serta merta menjadi merah padam! Entah apa yang diperkatakan di antara keduanya, Amie sudah tidak ambil peduli. 
Wajah pekedai tadi juga turut berubah sambil berkata begini kepada Salawati (lebih kurang begini) : Kami sudah bungkus siap-siap!
Dengan kata lain, kata-lkata itu membawa maksud : Tidak boleh tidak mesti kena bayar harganya!
Amie mendekati Salawati dan berbisik ke telinganya : Kita sudah terkena. Ingat Jaket Kulit Kijang dari Istanbul! Dengan hati penuh mendongkol Amie terus keluar dari kedai tersebut!

Walaupun masih ada baki selama 15 minit untuk berada di Grnad Bazaar tetapi kami terus keluar meninggalkannya!
Apa cerita sebenar?
Kami bertiga masing-masing membeli 1/2 kg coklat setiap seorang dengan harga TL60 daripada harga TL120 1kg. Sewaktu kami ingin membayar, rupa-rupanya setiap kotak kami diisi dengan lebih 900 gram coklat! Padahal sebelumnya kami sudah dimaklumkan kotak tersebut memang untuk coklat seberat 1/2 kg! Kalau lebih pun taklah sampai 900 gram! Kalau setakat 20 atau 30 gram, mungkin boleh diterima akal! Jadi, harga sebenar dari TL60 menjadi TL115, itu yang sempat Amie lihat dalam resit yang ditunjukkan kepada Amie dalam keadaan mata berpinar-pinar menahan marah! Oleh kerana terlalu menahan geram, Amie terus meninggalkan kedai (sementara Atie mendahulukan bayaran) sehingga terlupa untuk mengambil resit tersebut!
Apa yang dibisikkan oleh pekedai tadi kepada Salawati?
Dia bagi tahu saya, jumlah semua TL413, dan katanya TL13 tu dia bagi diskaun. Bayar TL400 saja. Saya pun terkejut! Saya dah kira, duit saya semuanya tinggal TL380! Terpaksalah Atie tambah! Saaakiitt sangat hati saya Kak Mie! Memang orang tu gila baxx !!!!!
Apa akan jadi kalau Atie tidak mengambil jalan tengah menyelesaikan masalah itu? Nurhidayah kata, itu bukan salah kami tapi lebih merupakan bentuk....(dia tak ingat istilah jual beli yang digunakan kalau ada masalah begini).
Amie terus bersuara:
Kita telah diperdaya. Pandai mereka buat muslihat! Salawati, ko ingat watak dalam Jaket Kulit Kijang dari Istanbul tu? Dilayan bagus-bagus. Dijamu teh epal panas. Dipaksa membeli, dan bila tak mahu beli dikasari pula dengan kata-kata : You can go to hell!
Nak kata tak faham bahasa, mustahil pula. Elok saja bahasa Inggerisnya. Nak kata kami bercakap bahasa ayam dan itik tidak pula. Di antara kami, sebagai tour leader Atie paling fasih berbahasa Inggeris! Takkan Atie pun kena perdaya beli 1/2 kg coklat tetapi kena bayar harga 900 gram pula? Atie pun beli baklava juga. Tetapi kenapa timbangan kacang yang Amie beli, timbangan lokum yang Salawati beli serta timbangan baklava yang Atie beli tidak ditambah sebagaimana penambahan dalam kotak coklat?
Waktu kita sibuk makan dan minum teh epal, lepas tu dia suruh kita cuba makan itu ini, masa itulah (seorang pekedai lagi yang sedang menyusun coklat dalam kotak) memasukkan sebanyak-banyaknya coklat sampai padat kotak tu, kata Salawati!
Habis duit aku begitu saja. Kalau aku beli t-shirt banyak-banyak tadi, puas hati aku! Salawati menyuarakan rasa kesalnya.
Ko Dayah.... selamat ko ye!
Pandai Dayah, tak mahu makan, tolak minuman. Akhirnya ko sorang yang selamat!
Bukan sebab tak cukup duit nak bayar, tapi kita minta 1/2 kg dengan harga TL60 sebab kita dah peruntukkan untuk bayar begitu! Kalau dah tahu tak cukup duit, buat apa kita ngada-ngada nak beli!
Dan pelbagai lagi luahan rasa sakit hati kami di sepanjang jalan!

Sejurus selepas peristiwa itu, rasanya hari terakhir di Turki bagaikan tidak menggembirakan! Amie sendiri, apabila melihat peniaga di sekitar bazaar, memandang dengan seribu satu perasaan yang sukar untuk digambarkan!

Dan kebetulan pula, sewaktu melintasi sebuah kedai Amie melihat sendiri di hadapan Amie seorang pekedai menghulurkan kekacang dan manisan kepada kumpulan kami. Ada yang berhenti seketika mengambil dan memakannya tetapi Amie tidak berbuat demikian. Di dalam hati timbul tandatanya, adakah dia ikhlas dengan niat sedekah atau dengan niat di sebaliknya sedangkan kami tidak berhasrat untuk membeli? Kami hanya melintas di hadaan kedaianya sahaja.  Astaghfirullahalaziiimm.... jauhkanlah bersangka buruk Amie!

Kami cuba melupakan peristiwa yang menyakitkan hati di Grand Bazaar, tetapi nampaknya semakin cuba dilupakan bertimpa-timpa pula rasa kesal! Bukan kerana wang, tetapi kerana diperdaya dengan cara yang begitu licik! 
Tinggalkan dulu kisah itu di sini Amie. Bolehkah Salawati melupakannya? Dan Atie, sudah tentunya merasa lega kerana menyelamatkan keadaan. Kalau Atie tidak membawa wang lebih, apa akan jadi kepada kami di kedai tadi? Sanggup berkelahi? Atau tinggalkan saja kedai itu? Ya! Sepatutnya tinggalkan saja kedai itu kerana urusan jual beli tidak berjalan dengan sepatutnya! Inilah pengalaman pertama kami, minta begini, diberi begitu! Kami bukannya pembeli yang tidak bertanggungjawab, tapi ini yang kamu berikan kepada kami! 
Oh!
Kami akan menikmati hidangan tengahari terakhir di Istanbul sebentar lagi! 
Tapi rasanya.... perut tidak berasa lapar langsung!

Entri berkaitan kembara ke Turki:
1. Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Doha - Istanbul
2. Roman Hippodrome, Masjid Biru & Topkapi Palace
3. Makan Tengahari di Restoran Tamara dan Menyeberangi Selat Bosphorus
4. ida Kale Otel, Canakkale
5. Troy Ancient City
6. Gözbaşi mola (Olive Oil Outlet Centre)
7. Kardeşler Restaurant Bergama
8. Asklepion - Rumah Sakit Jiwa Pertama di Dunia
9. Natureast Anatolian Taste
10. Ada Class Hotel
11. Leather Garment Centre & Watching Fashion Show
12. Ephesus (Ancient Greek City)
13. Sofra Restaurant
14. Izmir Selcuk Isa Bey Mosque
15. Pamukkale - Hierapolis
16. Pam Thermal Hotel
17. Turkish Yogurt with Honey & Poppy Seed
18. Özkan Dinlenme Tesisleri
19. Mevlana Museum (Mevlana Müzesi - Konya Mevlana Mausoleum)
20. Avrasya Hotel
21. Hot Air Balloon
22. O Ağacın Altı, Göreme Belediyesi/Nevşehir
23. Underground City
24. Carpet Centre & Sekitar Göreme
25. Bindalli Restaurant Üçhisar
26. Uchisar Castle & Pasabag Valley
27. Venessa Seramik Art Gallery
28. Agzikarahan-Hoca Mesut Caravanserai
29. Ayrancı Dinlenme Tesisleri
30. Ataturk Mausoleum (Muzium Ataturk)
31. Von Resort Abant 
32. Dinlenme Tesisleri
33. Perjalanan dari Bolu ke Istanbul
34. Oleh-Oleh Grand Bazaar
35. Buhara 93 Restaurant
36. Menyusuri Selat Bosphorus

37. Istanbul - Doha - Kuala Lumpur - Kota Kinabalu - Lahad Datu

2 comments

  1. apa nama kedai dia kak?
    supaya boleh yg lain berhati2..

    BalasPadam
  2. Shahida,
    dalam banyak-banyak gambar di atas tu, ada dua keping gambar kakak pamerkan kotak coklat. Nama kedai tu ada tertulis di atas kotak tu. Tapi sebenarnya ada 1 lagi kedai yang sama, tapi tak tahulah adakah kedai yang satu lagi akan mengenakan pembeli.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe