Semur Ayam : MALAYSIAN FOOD FESTIVAL (KUALA LUMPUR SELANGOR MONTH)

9:43 PG

Semur Ayam atau Ayam Masak Semur yang Amie paparkan kali ini sebenarnya meninggalkan nostalgia masa lalu yang amat mahal harganya! Menu sebegini merupakan hidangan yang sangat terkenal dan istimewa sekali terutama ketika menjelangnya hari raya atau majlis kenduri-kendara di kampung khususnya di kampung Bukit Hijau, dalam daerah Jeram di negeri Selangor. Rata-rata penduduk kampung kami yang terdiri daripada kalangan masyarakat Jawa dan Banjar seakan-akan telah sebati, seia dan sekata untuk menjadikan lauk Semur Ayam sebagai pelengkap Nasi Ambeng! Oh! Bila disebut Nasi Ambeng... rinduku pada kampung tiba-tiba menyelinap dalam kalbu.


Ada sesetengah yang mengatakan Semur Ayam ini sebagai Ayam Masak Kicap. Ini benar, disebabkan penggunaan bahan utamanya iaitu kicap. Namun begitu ada beberapa perkara yang ingin Amie kongsikan terutama ketika proses penyediaan masakan ini. Daging ayam perlu digoreng separuh masak terlebih dahulu, dan begitu juga dengan kentang. Biasanya kuah Semur Ayam kelihatan kering, serta sedikit berminyak. Dan jika anda dapat berpeluang menikmatinya, anda akan dapat merasakan 'kehadiran' lada putih yang ditumbuk tidak terlalu halus di dalam hidangan ini. Selain, itu penggunaan serba sedikit rempah-rempahan menambah kelazatan rasa dan aroma yang semerbak! Sebelum terlupa, Amie ingin nyatakan di sini, bahawa tiada penggunaan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuahnya!

Resepi : Semur Ayam
Olahan: Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
800 gram daging ayam - potong menjadi 12 bahagian 
3 biji kentang - kupas kulit dan potong baji
6 sudu makan kicap pekat atau 1 cawan kicap cair
1 labu bawang besar - belah 6
2 biji lada merah - belah 2 dan potong 2
1 sudu teh pati asam jawa 
1 cawan air
1 sudu makan lada putih - tumbuk
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
garam dan gula

Bahan tumbuk : 
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 cm halia
1 sudu makan biji ketumbar
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis

Cara:
1. Gaul ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga separuh masak dan ketepikan.
2. Goreng kentang hingga masak dan ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak. tumis semua bahan tumbuk bersama kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang sehingga wangi.
4. Masukkan asam jawa, air dan kicap. Biarkan sehingga kuah mendidih.
5. Masukkan ayam dan masak sehingga kuah pekat.
6. Masukkan lada putih dan gaul sebati.
7. Perasakan dengan sedikit garam dan gula, tetapi sekiranya anda menggunakan kicap manis seperti Kicap Cap Kipas Udang (Habhals), tidak perlu masukkan garam dan gula kerana kicap ini sudah cukup rasa.
8. Setelah kuah kelihatan pekat seperti yang dikehendaki, barulah masukkan kentang goreng, bawang besar dan hirisan lada merah. Gaul seketika dan segera padamkan api.



"I am submitting this post to Malaysian Food Fest ( Kuala Lumpur Selangor Month hosted by Shannon of Just As Delish"




11 comments

  1. masuk list resepi ni kak...
    anak2 Mas memang suka ayam masak gini...
    mas yg tengok pun terliur...he3

    BalasPadam
  2. kak Amie..ki memang semur tulen..peket kuah ei..nggayah..

    BalasPadam
  3. Sedap nampak Amie,boleh cuba masak untuk berbuka ni.

    BalasPadam
  4. dulu ms kat kg mmg panggil semur,tp bila dh berjauhan dgn mak dh lupa semur,la nie kitorg panggil masak kicap je...rugikan kalau org jowo x gunakan istilah ini...

    BalasPadam
  5. salam kak..

    wow..memang nampak best la semur ayam tu..

    BalasPadam
  6. Mesti sedap sangat dengan bahan-bahan yang banyak diguna!

    BalasPadam
  7. Assalam, Amie
    Utk Amie sekeluarga, diucapkan selamat berpuasa.

    Wah, wah, ayu juadah tu, Amie. Jadi teringat pula Ayah akan semur yang arwah ibu selalu masak dulu. Rasa pedas tak pedas "merico"nya, dan rasa serta bau harum kulit kayu manis dengan bunga lawangnya, memang menonjol.

    BalasPadam
  8. Nampak sedapnya, satu pinggan nasi memang tak cukup. Selamat menyambut Ramadhan..

    BalasPadam
  9. Assalam amie, selamat berpuasa ya, nampak sangat sedap ayam semur tu, kalo berkicap anak2 pasti suka ni, nnt nak cuba lah, tq amie

    BalasPadam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe