Nasi Beriani Pakistan
7:56 PTG
Petang tadi Amie pinjam resepi Nasi Beriani Pakistan dari dapur Azie Kitchen. Dapatlah kami sekeluarga menikmati hidangan Nasi Beriani Pakistan yang harum semerbak aromanya memenuhi segenap ruang termasuk ruang tamu! Bayangkan nasi beriani yang dikukus bersama daging ayam ditambah dengan pelbagai aroma daripada daun pudina, daun ketumbar, dan rempah ratus! Seperti suasana kenduri pula rasanya.
Hasil masakan buat pertama kalinya ini tidak mengecewakan. Apalagi bila dihidangkan bersama salad dan sos yogurt! memang betul-betul minta ampuuuuunnnn! Terima kasih daun keladi gajah ye Azie. Hidangan ini memang sungguh menyelerakan kami sekeluarga. Tambahan kentang rebus dan telur rebus menambhkan lagi kelazatan Nasi Beriani Pakistan ini. Apa yang sungguh unik dalam masakan ini sudah tentulah cara masakannya yang berlapis-lapis sehingga menghasilkan gabungan rasa dan aroma yang tersendiri. Nanti kita sambung di bawah ye. Kita cerita tentang nasi beriani yang lain di bawah ini.
Alhamdulillah, petang tadi Amie sempat siapkan 30 bungkus tempahan nasi beriani daripada Cik Mardyanna Buang dari Jabatan Tanah dan Ukur, Lahad Datu.
Mudah-mudahan murah rezeki Dyanna kerana katanya bungkusan nasi beriani ini hendak disedekahkan di masjid.
Selain nasi beriani, Dyanna juga menempah agar-agar santan gula melaka. Sayangnya selama 2 hari mencari gula melaka di kebanyakan kedai di Lahad Datu, semuanya habis. Jadi, Amie terpaksa gantikan dengan gula merah.
Dan terima kasih juga buat Encik Suami yang ringan tulang membantu Amie di dapur walaupun hanya sekadar menyusun bungkusan. Dan Encik Suami juga yang menghantar tempahan ini kepada tuannya. Untuk Cik Mardyanna Buang, terima kasih atas kesudian menempah nasi beriyani dan sebarang kekurangan mohon dimaafkan. Jika ada sebarang komen dan teguran, Amie sedia terima dengan hati yang terbuka.
Sebaik sahaja Encik Suami meninggalkan rumah untuk menghantar tempahan nasi beriani dan juga agar-agar santan gula melaka / merah, Amie terus menyediakan hidangan untuk berbuka puasa. Walaupun namanya sama, nasi beriani (seperti tempahan Mardyanna) tetapi versinya berbeza. Boleh klik DI SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai resepinya. Azie telah memaparkan dengan lengkap dari A-Z langkah demi langkah untuk menghasilkan Nasi Beriani Pakistan yang sedapnya tidak terkata ini!
8 comments
Terlioq nyer tgk nasik briyani kaka tue
BalasPadamPlus rajin nyer ambik tempahan gituew ngan ader anak kecik lagik...sugoiii oke
sedapnya...
BalasPadamkuatnya Amie..mudah-mudahan murah rezeki.
BalasPadamAssalam amie, sedapnya nasi beriani pakistan tu, terguda tgk, wah makin pesat bisnes amie. la ni nasi pulak, tak nak pembantu ke heheh
BalasPadamnmpk sedap nasi tu..rajinnya akak ambik tempahan...
BalasPadamAmie! Nak nasi briyani dan agar2... nak jugak!!
BalasPadamAmie.. sebenqrnya gula merah adalah lebih harum dr gula melaka... kak amat suka gula merah...
BalasPadamTu Selera Kak Ilah Hihi
Air tangan Amie, tentu sedap.Alhamdulillah, murah rezeki Amie, dari tempahan kek lapis, sekarang tempahan nasi pula.
BalasPadam