Ayam Masak Semur Bukit Hijau
6:37 PTG
Assalamualaikum.
Akhir-akhir ini rasa rindu selalu membuak di dada.Rindu pada Bonda. Rindu kampung halaman dan rindu segala kenang-kenangan sewaktu bersama keluarga suatu masa dahulu! Apakan daya, diri terbuang jauh di rantau, pulang hanya sekali-sekala sekiranya ada kesempatan. Rindu ini tidak mampu dibayar oleh wang ringgit! Oh... tiap kali menelefon Bonda, tiap kali itulah terasa bersama Bonda duduk menemaninya di atas tangga, sambil berbual-bual di petang hari. Alangkah mahalnya harga sebuah rindu! Tiba-tiba terdetik di hati untuk memahat dan mengabadikan segala kenangan bersama keluarga di kampung dalam ruangan ini! Sudah tentunya Amie akan abadikan segala masakan dan hasil air tangan Bonda dalam label khas yang Amie namakan Resepi Bonda! Sebelum ini, Amie pernah paparkan resepi AYAM MASAK SEMUR yang Amie olah berdasarkan pemerhatian dan pengalaman memasak ketika di kampung. Namun, setelah diperhalusi sekali lagi, dan setelah mendapatkan kepastian daripada Bonda, sekali lagi Amie paparkan dengan nama Ayam Masak Semur Bukit Hijau pula. Ada sedikit penambahbaikan untuk mengekalkan keaslian resepi dari segi ramuan dan cara masakan, misalnya Amie tambahkan sedikit rempah-rempahan seperti ketumbar, jintan putih dan jintan manis, memandangkan selama ini Amie memasak semur tanpa rempah-rempahan tersebut. Kali ini hasil masakan Ayam Masak Semur Bukit Hijau lebih kering, berbanding sebelumnya kerana menurut Bonda, dengan cara begini, masakan lebih tahan lama, dan tidak mudah basi memandangkan daging ayam dan kentang digoreng terlebih dahulu. Ini kerana Ayam Masak Semur memang merupakan salah satu hidangan semasa kenduri-kendara dan dijadikan sebagai salah satu daripada beberapa lauk-pauk dalam nasi berkat dan juga dijadikan lauk punjungan! Memang benarlah kata Bonda, sebab zaman dulu mana ada peti sejuk untuk simpan lebihan masakan.
Resepi : Ayam Masak Semur Bukit Hijau
Sumber : Masakan Orang Kampung Bukit Hijau
Olahan: Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
700 gram daging ayam - potong menjadi 12 bahagian
3 biji kentang - kupas kulit dan potong baji
6 sudu makan kicap pekat atau 1 cawan kicap cair
1 labu bawang besar - belah 6
2 biji lada merah - belah 2 dan potong 2
1 sudu teh pati asam jawa
1 cawan air
1 sudu makan lada putih - tumbuk
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
garam dan gula
Bahan tumbuk :
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2cm halia
1 sudu makan biji ketumbar
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
Cara:
1. Gaul ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga separuh masak dan ketepikan.
2. Goreng kentang hingga masak dan ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak. tumis semua bahan tumbuk bersama kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang sehingga wangi.
4. Masukkan asam jawa, air dan kicap. Biarkan sehingga kuah mendidih.
5. Masukkan ayam dan masak sehingga kuah pekat.
6. Masukkan lada putih dan gaul sebati.
7. Perasakan dengan sedikit garam dan gula, tetapi sekiranya anda menggunakan kicap manis seperti Kicap Cap Kipas Udang (Habhals), tidak perlu masukkan garam dan gula kerana kicap ini sudah cukup rasa.
8. Setelah kuah kelihatan pekat seperti yang dikehendaki, barulah masukkan kentang goreng, bawang besar dan hirisan lada merah. Gaul seketika dan segera padamkan api.
- Mengikut resepi asal, tidak perlu gunakan bancuhan air tepung jagung untuk pekatkan kuah.
Ayam Masak Semur Bukit Hijau sentiasa dalam kenangan!
17 comments
semur tetap dihatiku jua kak..hari ni pun aku masak semur hati lembu..
BalasPadamassalam amie..kalau dah air tangan bonda mesti sedap kan amie.
BalasPadamwaduhhh kecur dibuatnya kak..time hujan ni jadi lapo tgk menu yg sedap2 cmni...
BalasPadammcm stail mak mtua QH masak..masak aym tu mesti buh kentang...sama potongannya tu..tp kita pggl masak kicap aje..hehe...
Assalam Amie.. bila ku baca resepimu itu, macam yang mertua ku selalu masaklah.. masak semur namanya yer.. selama ni den tau balik sana ngapp jer.. hehehh.. sedap arr nampak tuu.. :b
BalasPadammasakan pengubat rindu kan Amie..
BalasPadamRaya haji balik ke Amie?
Rohah,
BalasPadamteringat hati & paru & limpa lembu masak semur kalau ada kenduri kahwin di kampung!
Acik,
sudah semestinya Acik, tiada tolok bandingananya!
Qasey Honey,
kalau orang Jawa, memang 'semur' lah nama masakan ini...
Sheila,
BalasPadammertuanya Jowo ye... he he heh
Ummiross,
betul Ummi, rindu segala-galanya!
Raya haji ni tak balik Ummi, bujang akan ambil SPM...
hehe..macam ayam masak kicap jugak la kan..sy suker mende2 yg berkicap..hehe
BalasPadamKak amie,kalo masak semur melly suka banget,apalagi kalo yg style kampung yah pasti lebih sedap dan asli rasanya.. slurrp
BalasPadamkenangan bersama ayah & bonda tersayang sememangnya kenangan yg paling manis & indah untuk dikenang... ia tidak dpt dibeli di mana... rindu arwah ayah & ma kita juga...
BalasPadammasakan amie tu memang nampak sedap... kalau berkicap mcm ni memang kegemaran anak2..
slrrppppp...selera :D
BalasPadamSedap Amie.. ini kena keluarga kakak confirm licin, sebab kami suka style ini.
BalasPadamAssalamualaikum Amie,
BalasPadamSedapnya ayam masak semur tu, macam ayam masak kicapla. Tetiba, kita pulak jadi rindu nak makan ayam .... Menu pengubat rindula ni kan Amie....hehehe
salam syg kak amie..amik resepi nie la..nampak myelerekan..ank zila suka mkn ayam masak kicap:)
BalasPadammemang nmpak sedap dan mnyelerakan...terliur dah ni.....
BalasPadamSalam k.amie...
BalasPadamkenapa cakap diri terbuang jauh dirantau....sedih tau...
kalau org kata masak semur..terfikir2 masak ape tu..tpi bila tengok menu akak nibaru tau rupenye mcm masak kicap jugak lah yer.....hebat kan menantu jawa ni...hihihihi...(ucu le..)
Sedap nampak ayam masak semur tu Amie...anak2 sis suka sgt lauk2 bekicap mcm ni.
BalasPadam