Bubur Suro @ Asyura : MALAYSIAN FOOD FESTIVAL (KUALA LUMPUR / SELANGOR)

9:16 PTG

Petang kelmarin, sambil melapis kek (tak habis-habis cerita kek lapis), Amie sempat telefon Bonda. 
Amie: Kepiye arek nggawe bubur suro yo mak?
Bonda : Arek nggawe bubur suro? Jikok beras sitik vaey. Pesusi resik-resik. Banyunya seng akeh. Leboni bunga lawang karo kayu manis. Angger wes kembang berasey, lebokkey santan.
Amie : Nganggo merico porak mak?
Bonda : Nganggo. Lebokkey seng ireng, tapi angger mok kotor buburey ditumbuk disek mericoney, dibungkus njero kain putih, diiket lebokkey njero bubur. Nganggo merico werno putih pun keneng.
Amie : Ooooo.
Bonda : Kentang, tempe, kacang tanah digoreng  Ayammey pun digoreng, wes mateng dicuil-cuil.  Wong kampung keney nak nggawe angger buburey wes mateng gitakkey nang nduwurey. Annger emak yo tak lebokkey terus njero bubur, wong arek dipangan karo bubur kok.
Amie : Oooooo.
Bonda : Ojo kelalen veiy godong sop, godong bawang karo bawang goreng.


Terjemahan:

Amie : Macamana cara nak buat bubur asyura mak?
Bonda : Nak buat bubur asyura? Ambil beras sikit saja. Basuh bersih-bersih. Bubuh banyak air. Masukkan bunga lawang dan kayu manis. Kalau beras sduah kembang, masukkan santan.
Amie : Guna lada putih tak mak?
Bonda : Guna. Masukkan lada hitam, tapi kalau tak mahu bubur nampak kotor, tumbuk dulu lada hitam, bungkus dalam kain putih, ikat dan masukkan dalam bubur. Gunakan lada putih pun boleh.
Amie : Oooooo.
Bonda : Kentang, tempe, kacang tanah digoreng. Ayam pun digoreng, dan disiat-siat setelah masak. Orang kampung kita kalau bubur dah masak bubuh saja di atasnya. Tapi emak masukkan terus dalam bubur, sebab memang nak makan dengan bubur juga.
Amie : Oooooo.
Bonda : Jangan lupa bubuh daun sup, daun bawang dan juga bawang goreng.

Catatan: Sajian bubur asyura berbeza-beza mengikut negeri di Malaysia. Apa yang Amie paparkan di sini merupakan bubur asyura di daerah Kuala Selangor khususnya di beberapa buah kampung di mukim Jeram termasuk Bukit Hijau.



Inilah hasil tutorial dengan Bonda. Tidak dijelaskan berapa banyak berasnya, dan berapa sukatan air dan santannya serta bagaimana rupa potongan kentang dan tempe yang digoreng. Orang veteran memang main campak-campak saja, tapi hasilnya mengalahkan hidangan bertaraf bintang!


Ada yang mengatakan Bubur Asyura negeri Selangor lebih kurang sama seperti bubur lambuk. Namun begitu, lain daerah barangkali agak lain sedikit bahan-bahan yang digunakan. Amie pernah dengar bubur asyura mesti menggunakan lebih 10 jenis ramuan! Rujuk DI SINI untuk lebih lanjut tentang bubur asyura dan sejarahnya.


Agak-agak ada atau tidak 10 ramuan yang digunakan dalam Bubur Suro resepi orang kampung kami ini. Jom kita lihat bahan-bahannya di bawah ini.



Resepi : Bubur Suro @ Asyura
Sumber : Bonda Marsinah Dollah Mukhri
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 cawan beras - cuci bersih
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1 sudu  teh  lada hitam /lada putih - tumbuk 
1 liter air
5 cawan santan daripada 1 biji kelapa
garam / perasa pilihan

Bahan sampingan:
1 cawan  hirisan / potongan kentang goreng
1 cawan hirisan / potongan tempe goreng
1 cawan kacang tanah goreng
1 cawan ayam goreng yang sudah disiat-siat
hirisan daun sup
hirisan daun bawang
hirisan cili merah
bawang goreng

Cara:
1. Masukkan air bersama beras, bunga lawang dan kayu manis di dalam periuk. Masak sehingga beras kembang.
2. Masukkan santan, lada hitam / putih tumbuk, garam / perasa pilihan.
3. Kacau sekali-sekala sehingga bubur agak pekat.
4. Tutup api.
5. Hidangkan bubur bersama bahan sampingan yang disediakan.
6. Enak dinikmati semasa panas.


 "I am submitting this post to Malaysian Food Fest ( Kuala Lumpur Selangor Month hosted by Shannon of Just As Delish"



9 comments

  1. Assalam k.amie...
    bestnya datang sini...semua menu sedap2...dah lama xmakan bubur..

    BalasPadam
  2. waduh...waduhhhhhh...tngk persembahannya yg menarik...buat diriku tergoda....menyelerakan sungguh...

    BalasPadam
  3. pose antara menu wajib yang kena ader ekk...nak buat malaih sebab my boys tak makan sgt

    BalasPadam
  4. Memang kelas Amie...sungguh tergoda ummi tengok bubur suro dengan persembahan yang menarik pula tu, nak semangkuk boleh?hehe..

    BalasPadam
  5. sedap! mmg lain betul dgn bubur asyura ganu.. ala2 bubur lambuk ganu ni, cuma xde segala jenis daun kayu.. ish..windu la pulak mama nyer bubur lambuk.

    BalasPadam
  6. Salam Akak ermm kalerpul tuk akak nyer bubur kan sedap tgk nyer lg sedap klu dpt kongsi bersama kan :D..

    BalasPadam
  7. K.amie...mcm ya mo order kek tu..if akak ada fb..sng ckit brurusan kn..:)

    BalasPadam
  8. Adda,
    waalaikumussalam... Kak Amie pun dah lama tak makan bubur.

    Yatie,
    kalau dah tergoda, jangan tunggu lagi Tie... jom makan sama.

    Lady Ayu,
    syukurlah apa yang kakak masak suami & anak-anak boleh terima.

    BalasPadam
  9. Ummiross,
    boleh Ummi... jemput sama, anak-anak pun suka!

    Tun Telani,
    macam2 versi bubur asyura, bestkan Tun, banyak pilihan!

    Deila,
    banyak aksesorinya ye Delima... jom kongsi makan.

    Qaseeh,
    ada fb saya tu, di bahagian atas nu...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe