Mango Casablanca lagi dan lagi.....

by - 9:20 PTG

Tentu ada sesuatu yang istimewa ketika menikmati Mango Casablanca sehingga ingin mengulang makan berkali-kali!


Teman-teman yang menempah Mango Casablanca nampaknya sangat berpuas hati dan kesemuanya menyatakan hasrat untuk menampah lagi. Semua tau.... bukan sebahagian daripada mereka, dan 2/3 daripadanya telah 2 kali menempah dari Amie!


Nak tahu keistimewaannya? Cubalah sendiri resepi di bawah ini. Harga mangga di Sabah tersangatlah mahal sehingga Amie sendiri berfikir 2 - 3 kali untuk membelinya! Ketika Amie pulang ke Selangor pada Mei lepas, Amie bawakan Bonda beberapa biji mangga udang yang besar-besar, tetapi bila Amie mengunjungi beberapa buah pasar malam Amie tidak dapat menahan gelora rasa dari membeli buah mangga di sana! Bayangkan kalau 3 - 4 kilo dengan harga RM10 sahaja! Sudahlah manis, elok lagi buahnya. Jadi Amie pun angkutlah mangga dari pasar malam bawa pulang ke Lahad Datu. Percaya atau tidak, mangga yang dijual dengan harga RM10 untuk 3-4 kg di sana, di sini berharga RM10 untuk sekilo dan adakalanya mencecah sehingga RM11 atau RM12 dan kalau tak ada pilihan terpaksalah beli mangga dari Philipine dengan harga RM10-20 selonggok... nama saja longgok (macam banyak bunyinya ye), balik rumah bila ditimbang  cuma 1.5kg untuk harga RM20. Itu pun kira nasib baiklah kalau rasanya manis sebab luaran saja nampak kuning cantik, tapi sebenarnya dipaksa masak he heheheh.

Wokey, lupakan tentang harga mangga! Asyik berkira-kira nak membeli mangga, akhirnya terliur-liur tak jadi makan Mango Casablanca pulak. Anak-anak dah mula merungut, katanya Amie hanya buat Mango Casablanca untuk tempahan saja, sedangkan untuk mereka Amie tak buat. Iyelaaa... sayang Mummy. Petang ini Mummy buatkan sayang semua Mango Casablanca yang sangat sedap itu! Jaga ya... kalau tak habis seloyang, Mummy tak mahu buat lagi... ha ahahhhhhh!

Nampaknya tak sia-sialah usaha Amie dengan Cikgu Fauziah Biran mencari dan mengorek resepi Mango Casablanca selama berbulan-bulan beberapa tahun lepas. Maklumlah, tak dapat korek daripada tuan punya yang menjual Mango Casablanca ini, akhirnya berkat usaha gigih kami menyelidik dengan lebih lanjut tentang rasanya, mencuba dan mencuba dan terus mencuba, dapatlah dikongsikan bersama resepinya di sini dan telah beberapa kali dikongsi dalam entri yang lepas-lepas..

Resepi: Mango Casablanca
Sumber : Fauziah Biran & Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
27 keping Biskut Cream Crakers
1 kg mangga masak ranum - kupas kulit dan hiris nipis
250 gram Philadelphia Cream Cheese - kali ini Amie gunakan jenama Anchor
2 tin (300gram setiap 1 tin) Nestle Cream
300ml Sweeted Cream - boleh gunakan sukatan sendiri untuk rasa manis yang dikehendaki
susu cair - pilihan (Amie tidak gunakan)
bekas persegi ukuiran 8" X 8" 

Cara:
1. Pukul Philadelphia Cream Cheese / Anchor Cream Cheese, Nestle Cream dan Sweeted Cream menggunakan mixer sehingga kembang.
2. Ambil satu senduk besar campuran krim di atas dan tuang  merata di bahagian dasar bekas persegi.
3. Susun 3X3  biskut berjumlah 9 keping.
4. Tuangkan satu senduk campuran krim dan sapu merata di atas susunan biskut.
5. Susun kepingan hirisan mangga di atasnya.
6. Tuangkan satu senduk lagi campuran krim dan sapu merata di atas susunan biskut.
7. Susun lagi 3X3  biskut sebanyak 9 keping.
8. Ulangi langkah 4, 5 dan 6 sehinggalah habis 27 keping biskut.
9. Tuangkan lebih sedikit campuran krim ke atas kepingan biskut yang terakhir.
9. Tutup bekas persegi tadi dan masukkan ke dalam peti sejuk. Sekiranya ingin dinikmati segera, bolehlah simpan di bahagian beku selama 1 jam tetapi sekiranya tidak untuk segera dimakan, bolehlah simpan di bahagian bawah sahaja sehingga sejuk.
10. Keluarkan bekas dari peti sejuk, dan potong untuk dinikmati.

Amie gunakan loose bottom cake pan, supaya lebih mudah untuk keluarkan Mango Casablanca sekiranya hendak dipotong.


Gunakan mangga masak ranum. Amie gunakan mangga manila. kalau ada mangga harum manis lagi sedap!


Sebelum ini kalau Amie potong rupa Mango Casablanca sangatlah jeleknya... kali ini okey sikit he he ehhhh!

You May Also Like

15 ulasan

  1. Isk alahhhaaaiii Amie terliur sgt D5 tgk nyer hehehheh :D..

    BalasPadam
  2. Kakpb pun berkira nk beli mangga di KK ni. Dah la masam. Baik tunggu balik kl n klate.
    Amie...pos ler sini:-)

    BalasPadam
  3. K.Ami,
    2 tin (300gram setiap 1 tin) Nestle Cream ~ cream ni rupanya cmne?

    BalasPadam
  4. Bole Tanya apa itu sweeted cream ?

    BalasPadam
  5. Delima,
    kalau dah cuba maka terhentilah liur tu hihihiiii

    Mas,
    tq,

    Zana Fahmi,
    ada jenis yang manis, banyak, tak semua masam, di semenanjung pun kalau beli di pasar malam nasi tak baik, dapat yang masam.

    BalasPadam
  6. Asyifa,
    ada tu di kedai runcit dekat bahagian susu pekat, susu cair

    Khamila,
    susu pekat

    BalasPadam
  7. Amie... sedapnya. Nanti bundo nk buat. Tq..

    BalasPadam
  8. Masa musim Harum Manis di Perlis bulan Mei-Jun lepas, mangga Harum Manis meningkat sampai RM25 sekilo tau...

    Saya peminat mangga sesangat..!

    BalasPadam
  9. nampak sedap dan menyelerakan..

    BalasPadam
  10. nampak sedap dan menyelerakan..

    BalasPadam
  11. Assalamu'alaikum...

    tumpang tanya. Nestle cream tu boleh diganti dengan yang lain tak?
    Dah lama terliur tapi belum jumpa2 nestle cream nya...
    Terima Kasih.

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum Amie, Salam perkenenalan. Says Auntie Asnah ingin bertanya boleh tak cream nestle tu ditukar dengan bahan yang lain? Sebab Dah cari tapi tak jumpa2..... Terima Kasih Amie...

    BalasPadam
  13. Rose & Auntie Asnah,
    waalaikumussalam... kawan saya pernah gantikan dengan susu cair, katanya ok... mungkin Rose & Auntie Asnah boleh cuba.

    BalasPadam
  14. InsyaAllah Amie nanti saya cuba...terima kasih

    BalasPadam