Puding Mango Casablanca
11:18 PTG
Ini lagi satu hasil akibat sering menerima tempahan Mango Casablanca. Akhirnya terciptalah satu resepi Puding Mango Casablanca pula!
Walaupun Mango Casablanca di dalamnya tampak kurang kemas, tapi abaikan saja sebab ini versi percubaan... he hehh kali pertama buatlah kononnya! Lain kali boleh buat penambahbaikan supaya lebih sedap mata memandang selain sedap ketika dinikmati. Memang rasanya sedap sekali, sebab antara bahan pudingnya Amie tambahkan 250 gram puri mangga!
Selain bahan untuk puding bahagian luarnya, bahan-bahan di bawah ini diperlukan untuk dijadikan intinya.
Resepi : Puding Mango Casablanca
Olahan : Amie's Litttle Kitchen
Bahan-bahan:
1 paket agar-agar tali - 20 gram
1 tin susu cair
1 tin susu pekat - 505 gram
1 sudu kecil asen vanilla
4 keping roti gardenia
1 biji telur
1 sudu besar mentega
250 gram puri mangga
5 cawan air
pewarna kuning telur
Bahan inti:
125 gram cream keju - Amie gunakan jenama Anchor
1 tin cream Nestle
3/4 cawan susu pekat
kepingan biskut cream crakers secukupnya
hirisan mangga masak ranum secukupnya
Putar cream keju hingga kembang, dan kemudian masukkan cream Nestle. Putar lagi hingga sebati dan akhir sekali masukkan susu pekat dan putar perlahan sehingga rata. Ketepikan
Cara :
1. Masak agar-agar dengan 5 cawan air sehingga mendidih dan agar-agar hancur.
2. Kisar roti gardenia, telur, susu cair, susu pekat, puri mangga, pewarna kuning telur, esen vanila & mentega.
3. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk agar-agar yang sedang mendidih. Kacau seketika.
4. Tuangkan sebahagiannya ke dalam bekas empat persegi / atau bekas pilihan.
6. Sejukkan selama 5-7 minit dalam peti sejuk bahagian atas. Keluarkan dari peti sejuk.
7. Ambil satu senduk bahan yang diputar dan ratakan di bahagian tengah puding.Jangan sampai ke tepi.
8. Susun 4 keping biskut cream crakers.
9. Ambil lagi satu senduk bahan putar dan ratakan diatas biskut tadi.
10.Susun pula hirisan mangga hingga menutupi bahagian berkrim tadi.
11. Ambil lagi satu senduk bahan putar dan ratakan di atas hirisan mangga.
12. Ulangi langkah7, 8 dan 9. Jika ingin lebih banyak boleh buat sehingga 3 lapisan biskut dan 2 lapisan mangga, dan setiap satu lapisan hendaklah dilapis dengan bahan berkrim.
13. Akhir sekali tuang semua baki puding dengan berhati-hati sehingga menutupi keliling dan atas mango casablanca tadi.
14. Sejukkan, dan bolehlah dipotong untuk dinikmati setelah puding menjadi keras.
Walaupun agak comot tapi Amie berpuas hati kerana dapat menghasilkan puding yang tersendiri. Mango Casablanca memang sedap, tapi jika dikreativitikan bertambahlah lazatnya!
Selalunya hanya rupa paras Mango Casablanca seperti gambar di bawah ini sahaja yang dapat Amie kongsi.
Tapi kali ini Amie dapat kongsikan rupa mango Casablanca walaupun hanya sedikit (sebagai inti), sebagai versi percubaan untuk menghasilkan Puding Mango Casablanca.
Jika ingin mencuba resepi ini, Amie persilakan dengan segala senang hati. Bagi yang tak berapa mahir memuding macam Amie, percubaan pertama mungkin nampak selekeh, tapi mungkin lebih molek kejadiannya untuk kali kedua dan seterusnya. Practice makes perfect!
13 comments
Cantiknya kak....n kemas teksturnya. ;)
BalasPadamSedapnya Amie, kombinasi menarik, warna pun cantik.
BalasPadamKagum!
BalasPadamCantik dan kemas sangat nampak pun sedap warna un menarik, persembahan pun menarik, 100 markah saya bagi heheh, sedap sangat nampak amie
BalasPadamini tak kemas? hehe.. kalau saya yg buat entah macamana rupa kejadiannya.. nampak sedap sangat..
BalasPadamnampak sedap..bleh cuba ni.
BalasPadamkemas je Amie buat, terliur nak rasa...hihi
BalasPadamassalam
BalasPadammenarik dan cantik mcm namanya jg
mengodalah,
assalamualaikum amie..
BalasPadamkreatif plus sangat lahhhhh kemas.. kagum sangat sangat.. tak dapat di pertikaikan lagi.. syabas lah..
firdaus pose tak hari ni? heheheh..
wahh walupun percubaan pertama tapi hasilnya tip top..kalo dah tangan tu berseni kan buat laa lagu mana pun pasti jadi :)
BalasPadamEnak ketoaney...aku sukak mangan jenis puding2...kreatif reko kak..
BalasPadamwahhh...mata sy tertumpu objek kuning ni...mesti lazat..sesedap namanya. Kretif la kak amie
BalasPadamsaya jadi lapar tgok gambar ni...sluurrppp...
BalasPadam