Cerita Hari Ini : Setelah Patah Sayap Nan Sebelah....
8:40 PTG
Selamat memulakan ibadat puasa mulai esok dan sepanjang Ramadhan al-Mubarak buat semua muslimin dan muslimat. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini lebih bererti, dan semoga segala niat baik dan amal ibadat kita diterima oleh-Nya dan mendapat keberkatan yang berlipat ganda.
Gambar di atas: Insiden kemalangan kereta yang dipandu oleh Encik Suami pada hari Sabtu lepas.
Mulai kelmarin kami berkongsi kereta untuk menghantar Firdaus ke kampung, menghantar Fairuz ke sekolahnya, dan seterusnya menghantar Amie dan Fuad. Pagi tadi kami keluar agak lewat. Memandangkan Amie tidak boleh lewat lebih 6.30 pagi sampai ke sekolah, jadi Encik Suami terpaksa hantar Amie dan Fuad dulu.
Jadi, Fairuz kenalah memegang Firdaus ketika Encik Suami memandu. Jauhnya kampung dari kediaman kami lebih kurang 15 minit perjalanan sekiranya tioada kesesakan lalu lintas. Setelah Firdaus diserahkan kepada kakak ipar, Encik Suami patah balik untuk hantar Fairuz ke sekolah dan meneruskan perjalanan ke tempat kerjanya.
Tengahari tadi selepas waktu persekolahan Amie bersama Encik Suami menguruskan hal berkaitan dengan insuran kereta. Nampak dari belakang memang kereta kami elok tanpa sebarang kecacatan.
Bahagian hadapannya yang pecah remuk! Menurut Encik Suami, waktu insiden yang tidak diingini itu berlaku, keadaan traffic jam menyebabkannya jadi keliru. Kereta di hadapan kereta yang dilanggarnya sudah bergerak, jadi Encik Suami sangka kereta di hadapannya ikut bergerak serentak dengan kereta lain, tapi tiba-tiba berhenti pula dan dengan kelajuan 70km sejam, Encik Suami melanggar belakang kereta tersebut. Akhirny, kedua-dua pemandu dikehendaki membayar saman.
Sementara menunggu kereta dibaiki di bengkel dan urusan insuran diselesaikan, kami sepakat berkongsi kereta. Petang tadi, kami ambil Firdaus di rumah Wak Pendek di kampung. Kemudian masuk ke simpang Kampung Jawa untuk mengambil Fairuz yang tamat persekolahannya pada pukul 4.30 petang, tapi terlewat ambil sehingga ke pukul 5 petang!
Kasihannya anak bongsu yang jadi ini..... terpaksa menunggu lebih setengah jam sampai terduduk menyandar di tepi pagar sekolah. Kesian kannn..... nak nangis rasanya bila nampak Fairuz menunggu sendirian dalam keadaan sedemikian rupa!
Si bongsu yang tak jadi ini memang sayang sangat dengan adik bongsunya .... mesti dia yang mahu dukung Firdaus walaupun sebenarnya penat! Encik Suami singgah sebentar di rumah kakaknya di tama perumahan untuk mengambil sesuatu, dan kami pulang dengang ole-ole dari Kuala Lumpur....
Terima kasih daun keladi ya Wak Nan! Firdaus dapat 4 pasang baju baru! Cantik-cantik belaka dan kalau badan Firdaus tak banyak naik, bolehlah pakai baju itu untuk raya seblun akan datang!
Setelah berusaha beberapa hari untuk meringankan badannya, tergolek terlentang, akhirnya Firdaus berjaya meniarapkan tubuhnya! Kata Wak Pendek yang menjaganya, hari ini Firdaus sudah pandai meniarap, dan sebentar tadi sempat rakam aksinya!
Sekian dahulu, cerita hari ini disudahi dengan ucapan : Selamat bersahur!
9 comments
selamat bersahur kak...:-)
BalasPadamlpas ni nak tggu hafiz pndai niarap plak...pnntian 1 pnyiksaan...huhuhu....
mujur la keta x rosak bnyk...tp mkn duit gak tu...sabar ye k.amie...
laaa..memang payah bila keta tinggal satu.dah pandai meniarap firdaus ye.selamat berpuasa amie.
BalasPadamSusah juga rasanya kan, bila dah biasa dua kereta tiba2 kena berkongsi, jadi lambatlah sedikit urusan masing2 kan. Apa pun ummi doakan semuanya dapat diselesaikan dengan segera.
BalasPadamNasib baik ada guard bersama Fairus tu,taklah risau sangat.
Firdaus, comelnya..dah mula meniarap, mesti seronok sangat tengok perkembangan Firdaus kan.
Selamat menunaikan ibadah puasa buat Amie sekeluarga.
Slmt bpuasa amie
BalasPadamKalau Kereta rusak mmg susahkan amie
Assalam kak amie,sbnrnya ada hkmah disebalik suma ni.Biarpun ssh tp dpt mengeratkn hubungan keluarga.Skrg si bongsu x jd nk skool n kak amie nk mengajar pun dpt pergi bersama hehe..kan mesra tu...walaupun ssh sdkt tp syukur masih ada satu trnsport untk ke sana ke mari kan?xpe sekejap jer ni.Pas dh siap repair suma akan kembali normal..
BalasPadamComel dak tecit firdaus tu,cepat betul dia meniarap..
Selamat Berpuasa buat kak amie skluarga
Drive di Sabah mmg kena hati2 walaupun jln lurus, tak jem...org sini bw kereta santai2. Ada tu brek dan signal ikut suka hati je....bukan nk kata org Sabah tak pandai drive.
BalasPadamSelamat berpuasa Amie sekeluarga.
susah kan amie bila sayap dah patah satu.. mujurlah masih boleh berusaha berkongsi kereta..
BalasPadamkalau kami.. sorang kerja di utara... sorang kerja di selatan.. mmg tak boleh nak pegi sama2.. tp kami mmg ada satu je kereta.. hari2 madihaa yg guna utk kerja & hantar ambil anak skolah.. suami hanya gunakan motorsikal je selama ni... lebih mudah katanya sbb kat sini jalannya sesak yg amat.. naik motor lebih mudah nak cilok2.. hehe... pakkal ler madihaa ni bertepek dgn anak.. kalau tak nak aje guna motor jugak ke tempat kerja.. jimat kos byr petrol.. hehehe...
slmt berpuasa amie..
alhamdulillah kak..tuan punya kereta masih selamat..dugaan klu nak datang memang tak kira masa..gerem tngok si cilik tu,mata bulat..selamet puoso kak..
BalasPadamselamat berpuasa amie..
BalasPadamcomelnya firdaus..