Puding Mango Casablanca

11:18 PTG

Ini lagi satu hasil akibat sering menerima tempahan Mango Casablanca. Akhirnya terciptalah satu resepi Puding Mango Casablanca pula!


Walaupun Mango Casablanca di dalamnya tampak kurang kemas, tapi abaikan saja sebab ini versi percubaan... he hehh kali pertama buatlah kononnya! Lain kali boleh buat penambahbaikan supaya lebih sedap mata memandang selain sedap ketika dinikmati. Memang rasanya  sedap sekali, sebab antara bahan pudingnya Amie tambahkan 250 gram puri mangga!


Selain bahan untuk puding bahagian luarnya, bahan-bahan di bawah ini diperlukan untuk dijadikan intinya.



Resepi : Puding Mango Casablanca
Olahan : Amie's Litttle Kitchen

Bahan-bahan:
1 paket agar-agar tali - 20 gram
1 tin susu cair
1 tin susu pekat - 505 gram
1 sudu kecil asen vanilla
4 keping roti gardenia
1 biji telur
1 sudu besar mentega
250 gram puri mangga
5 cawan air
pewarna kuning telur

Bahan inti:
125 gram cream keju - Amie gunakan jenama Anchor
1 tin cream Nestle
3/4 cawan susu pekat
kepingan biskut cream crakers secukupnya
hirisan mangga masak ranum secukupnya
Putar cream keju hingga kembang, dan kemudian masukkan cream Nestle. Putar lagi hingga sebati dan akhir sekali masukkan susu pekat dan putar perlahan sehingga rata. Ketepikan

Cara :
1. Masak agar-agar dengan 5 cawan air sehingga mendidih dan agar-agar hancur.
2. Kisar roti gardenia, telur, susu cair, susu pekat, puri mangga, pewarna kuning telur, esen vanila & mentega.
3. Masukkan bahan kisar  ke dalam periuk agar-agar yang sedang mendidih. Kacau seketika.
4. Tuangkan sebahagiannya ke dalam bekas empat persegi / atau bekas pilihan.
6. Sejukkan selama 5-7 minit dalam peti sejuk bahagian atas. Keluarkan dari peti sejuk.
7. Ambil satu senduk bahan yang diputar dan ratakan di bahagian tengah puding.Jangan sampai ke tepi.
8. Susun 4 keping biskut cream crakers.
9. Ambil lagi satu senduk bahan putar dan ratakan diatas biskut tadi. 
10.Susun pula hirisan mangga hingga menutupi bahagian berkrim tadi.
11. Ambil lagi satu senduk bahan putar dan ratakan di atas hirisan mangga.
12. Ulangi langkah7, 8 dan 9. Jika ingin lebih banyak boleh buat sehingga 3 lapisan biskut dan 2 lapisan mangga, dan setiap satu lapisan hendaklah dilapis dengan bahan berkrim.
13. Akhir sekali tuang semua baki puding dengan berhati-hati sehingga menutupi keliling dan atas mango casablanca tadi.
14. Sejukkan, dan bolehlah dipotong untuk dinikmati setelah puding menjadi keras.


Walaupun agak comot tapi Amie berpuas hati kerana dapat menghasilkan puding yang tersendiri. Mango Casablanca memang sedap, tapi jika dikreativitikan bertambahlah lazatnya!


Selalunya hanya rupa paras Mango Casablanca seperti gambar di bawah ini sahaja yang dapat Amie kongsi.


Tapi kali ini Amie dapat kongsikan rupa mango Casablanca walaupun hanya sedikit (sebagai inti), sebagai versi percubaan untuk menghasilkan Puding Mango Casablanca.



Jika ingin mencuba resepi ini, Amie persilakan dengan segala senang hati. Bagi yang tak berapa mahir memuding macam Amie, percubaan pertama mungkin nampak selekeh, tapi mungkin lebih molek kejadiannya untuk kali kedua dan seterusnya. Practice makes perfect!

13 comments

  1. Cantiknya kak....n kemas teksturnya. ;)

    BalasPadam
  2. Sedapnya Amie, kombinasi menarik, warna pun cantik.

    BalasPadam
  3. Cantik dan kemas sangat nampak pun sedap warna un menarik, persembahan pun menarik, 100 markah saya bagi heheh, sedap sangat nampak amie

    BalasPadam
  4. ini tak kemas? hehe.. kalau saya yg buat entah macamana rupa kejadiannya.. nampak sedap sangat..

    BalasPadam
  5. kemas je Amie buat, terliur nak rasa...hihi

    BalasPadam
  6. assalam
    menarik dan cantik mcm namanya jg
    mengodalah,

    BalasPadam
  7. assalamualaikum amie..
    kreatif plus sangat lahhhhh kemas.. kagum sangat sangat.. tak dapat di pertikaikan lagi.. syabas lah..
    firdaus pose tak hari ni? heheheh..

    BalasPadam
  8. wahh walupun percubaan pertama tapi hasilnya tip top..kalo dah tangan tu berseni kan buat laa lagu mana pun pasti jadi :)

    BalasPadam
  9. Enak ketoaney...aku sukak mangan jenis puding2...kreatif reko kak..

    BalasPadam
  10. wahhh...mata sy tertumpu objek kuning ni...mesti lazat..sesedap namanya. Kretif la kak amie

    BalasPadam
  11. saya jadi lapar tgok gambar ni...sluurrppp...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe