Kek Lapis Blueberry Cheese..... sedapnya ya ampun!

1:41 PTG

Selamat berhujung minggu buat semua. Sementara menunggu seorang pelanggan datang untuk mengambil tempahan Kek Lapis Cheese Masam Manis yang Amie siapkan malam tadi, Amie ingin kongsikan hasil air tangan Amie yang terbaru. Dengan menggunakan bahan yang hampir sama dengan adunan Kek Lapis Cheese Masam manis, Amie berjaya menghasilkan Kek Lapis Cheese Blueberry yang sangat sedap! Lembut dan enak dimakan sampai tak boleh berhenti walaupun baru keluar dari oven. Encik Suami yang terjaga dari tidur untuk membantu Amie masak sahur pun teruja untuk menikmatinya!
Amie sangat berpuas hati dengan hasilnya kerana ini merupakan versi percubaan memandangkan menjelang hari raya nanti ada beberapa tempahan kek lapis begini. Jadi, Amie tidak akan teragak-agak untuk terus menggunakan resepi yang Amie cuba untuk menghasilkan Kek lapis Cheese Blueberry untuk rakan-rakan yang telah membuat tempahan raya.


Tak tahu  macamana dah Amie nak jelaskan kelazatan Kek Lapis Cheese Blueberry ini. Ia kaya dengan dua jenis keju iaitu krim keju dan juga keju parmesan. Rasanya tidak begitu manis kerana Amie lebihkan penggunaan susu pekat berbanding gula. Penggunaan keju menyebabkan rasanya begitu seimbang dan cukup enak! Sesiapa yang berminat untuk mencubanya, Amie persilakan dengan segala senang hati. Jika kek lapis ini dihidangkan sebagai salah satu juadah raya untuk tetamu, sudah pasti tidak cukup sepotong dan ingin terus menikmatinya!


Resepi : Kek Lapis Cheese Blueberry
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
250 gram Philadelphia Cream Cheese
100 gram parutan Parmesan Cheese
450 gram mentega berkualiti tinggi - Amie gunakan jenama Anchor
100 gram gula halus
1 tin susu pekat manis - (berat 505 gram)
10 biji telur gred AA
30 gram ovallette - boleh gantikan dengan baking powder
250 gram tepung Hong Kong
75 gram Horlicks
250 gram blueberry pie filling
setitik pewarna ungu

Loyang berukuran 8 X 8 X 3, yang telah dialas kertas dan digris pada dasar loyang dan sekelilingnya.



Cara:
1. Pukul mentega hingga putih, dan kemudian masukkan gula serta ovallete / baking powder. 
2. Setelah kelihatan sebati, masukkan Philadelphia Cream Cheese serta parutan Parmesan Cheese. Pukul lagi sehingga licin dan berkrim.
3. Masukkan telur satu persatu, dan pukul lagi sehingga  kembang dan pekat.
4. Masukkan susu pekat manis dan pukul sebentar dengan kelajuan rendah.
5. Perlahankan pada kelajuan rendah, dan masukkan tepung Hong Kong.
6. Setelah adunan benar-benar rata dan sebati, bahagikan kepada 2 bahagian.  
7. Campur rata serbuk horlick dalam satu bahagian adunan , dan satu adunan lagi dicampur sebati dengan blueberry pie filling serta setitik pewarna ungu.
8. Ambil 1 senduk adunan blueberry dan ratakan di atas loyang kek. Bakar menggunakan api atas selama 10 minit.
9. Keluarkan loyang kek dan tekan dengan sterika kek.  Lakukan begini pada setiap lapisan kek supaya kek tidak menggelembung.
10.  Ambil 1 senduk adunan horlick dan ratakan. Bakar lagi selama 10 minit.
11. Ulangi Langkah 8, 9 dan 10 dan seterusnya sehingga selesai.
12. Setelah selesai membakar lapisan terakhir, ubah api di bahagian bawah menggunakan suhu 100'C dan bakar lagi di antara 12-15 minit supaya masak keseluruhan kek.



Bagaimana pun Kek Lapis Cheese Masam Manis masih mendapat tempat teratas untuk tempahan hari raya, dan nampaknya sepanjang Ramadhan ini Amie berterusan membuat kek lapis ini untuk memenuhi tempahan (bukan untuk raya). Kek Lapis Cheese Masam Manis di atas sedang menunggu untuk diambil oleh tuannya, iaitu Cikgu Anita Faizal yang akan datang pukul 3 petang nanti. Terima kasih atas tempahan kek lapis ini ye Cikgu Anita. Harap berpuas hati.

6 comments

  1. isk isk isk sedap nyer nampak kek Amie nie klu dekat mau gak D5 tempah suker sgt tgk kek lapis masam manis tu musti sedap kan...

    BalasPadam
  2. Saya ada sorang kawan yang berasal dari Swak, tiap tahun ada saja tempahan Kek Lapis. Ohhh Kek Lapis memang sangat sedap!

    BalasPadam
  3. Delima,
    dua-duanya memang sedap... tak tahu mana satu yang lebih mana satu yang kurang!

    Azie,
    memang sangat sedap...setakat ini belum terdengar komen tidak sedap dari pelanggan he hehh.

    BalasPadam
  4. X tahan ni...tiap2 hari nmpk kek lapis k.amie...klau dekat mmg lama dah ode ni...mcm kena masak n try sndiri nmpaknya....

    BalasPadam
  5. kalau duk dekat dah lama saya tempah!.terliur la..

    BalasPadam
  6. Kak, boleh saya tau akak jual brp untuk sebiji kek lapis mcm ni...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe