JOM INTAI-INTAI DAPUR KEK LAPIS SARAWAK!

4:02 PTG

Alhamdulillah.... walaupun belakangan ini agak jarang online, tapi Amie cari juga kesempatan untuk berada bersama teman-teman maya tersayang. Bukan apa, masa terluang sudah dipenuhi dengan menyiapkan tempahan kek dari rakan dan keluarga terdekat. Bagaimana pun Amie tidak meminggirkan Segmen Meriahnya Dunia Masakan. Malah Amie sangat berterima kasih kepada semua warga MERIAHNYA DUNIA MASAKAN, dan nampaknya bilangan ahli telah meningkat melebihi angka 5,000. 
Di kesempatan keemasan ini Amie ingin tampilkan  FAUDZIYAH HAJI ARIFFIN dari blog INTAI-INTAI DAPUR FHA dengan paparan kek lapis Sarawak beliau yang sudah semestinya cukup enak! Kek lapis Sarawak memang unik, selain lazat kek ini sangat istimewa untuk dijadikan hidangan dalam apa jua majlis, terlebih lagi dijadikan buah tangan!


Faudziyah setakat ini telah menghasilkan 3 jenis kek lapis Sarawak dan setiap satunya memiliki rasa dan olahan yang tersendiri. Lihat sahaja Kek Lapis Masam Manis 3 Rasa di atas. Warnanya cukup menggoda selera bukan? Dan di bawah ini pula Kek Lapis Holiday Inn yang sangat cantik!


Pilihan warnanya memang mengundang selera untuk terus menikmatinya, dan potongannya yang berbentuk piramid menampakkan kekemasan hasil air tangan beliau. Dan kepada sesiapa yang tercari-cari resepi Kek Lapis Sisik Ikan, bolehlah renng-renung bentuknya di bawah ini. Jangan buang masa, terus terjah ke dapur Faudziyah untuk mendapatkan resepinya dan belajar cara menyusun buah asam manis untuk dibentuk sebagai sisik ikan!


Terima kasih daun keladi buat Faudziyah Haji Ariffin kerana sudi mengirtim dan berkongsi resepi dalam kumpulan Meriahnya Dunia Masakan. Semoga apa yang Faudziyah sumbangkan akan memberi manfaat buat rakan-rakan yang lain. Bagi anda yang masih tercari-cari resepi kek lapis Sarawak, cubalah terjah bloh Faudziyah untuk mendapatkan resepinya. Bulan Ramadhan hampir menjelma, bulan Syawal pasti akan menjelang tiba kemudiannya. Apa kata kita cuba-cuba melapis, mana tahu untung sabut cantik dan menjadi... bolehlah dijadikan hidangan buat tetamu di hari raya nanti.

8 comments

  1. semua kek lapis beliau menarik..:)

    BalasPadam
  2. Cantik..bilalah nk ada kerajinan melapis camni..kak amie dah mengorak langkah tuh...

    BalasPadam
  3. salam kak amie..

    penah juga buat kek lapis 3 rasa tu..memang perlu banyak kesabaran buat..lama..tapi hasilnya cantik dan rasanya pun sedap..lagipun ipar saya selalu belikan kek lapis sarawak sebagai ole2 kalau balik sabah..

    BalasPadam
  4. Salam,

    Terima Kasih yang tak terhingga kepasa AMIE kerana tolong promote kan blog saya...
    Untuk makluman Amie dan sahabat-sahabat semua, sebenar nya saya masih dalam proses belajar, Saperti kanak-kanak di tahun 3, masih jauh lagi perjalanan kehadapan untuk menuju puncak (PUNCAK ? heheheh...)
    Keinginan untuk belajar melapis ni, sebenarnya timbul bila tengok kek hasiltangan kawan-kawan semua. Dari situ mula teruja untuk belajar.
    Walau bagaimana pon kek yang terhasil tu, tak lah secantik dan serapi mana pon tapi hasil nya memang berbaloi, sedap. Yang penting semasa melapis ni kita perlu bersabar... betulkan Amie.

    BalasPadam
  5. Zila,
    kemas je hasil tangannya kan Zila.

    Asyifa,
    suka saya tengok.

    Lina,
    sampai masanya nanti datanglah juga kerajinannya tu Lina he heheh

    BalasPadam
  6. Bbwana,
    memang sedap.. kek lapis memang sedap, lagilah yang fresh...dan rasa yang manis2 manja gitu.

    Faudziyah,
    sama-sama kasih....
    samalah kita, kalau Faudziayh macam kanak2 3 tahun, saya baru nak belajar merangkak he he ehh... tapi sebab minat, suka tengok hasilnya... redah ajelah ye.

    BalasPadam
  7. tgh mencari sukatan bahan kek lapis holiday inn untuk loyang 10 inci..ada tak?..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe