Ayam / Itik / Burung
Ayam Goreng Salut, Kacang Panjang Lemak Cili Padi Dengan Keledek & Kerabu Mangga
Selamat berhujung minggu kepada semua pengunjung Amie's Little Kitchen yang dihargai. Oleh kerana hari ini Amie di rumah, jadi sempatlah Amie sediakan hidangan tengahari untuk keluarga walaupun agak lewat menikmatinya kerana hampir pukul 2.30 petang Encik Suami dan anak-anak sampai ke rumah. Seronok rasanya dapat menyediakan menu kegemaran anak-anak terutamanya Ayam Goreng Salut dan juga Kerabu Mangga kegemaran Encik Suami. Amie gunakan mangga...