Nasi Beriani Ikan

7:33 PG

Salam pagi Selasa. Sementara menunggu Encik Suami check-in untuk penerbangan dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu, Amie gunakan kelapangan ini untuk masukkan resepi Nasi Briyani Ikan. Pada mulanya Amie tak berminat untuk jadikannya sebagai koleksi dalam blog sebab rupa nasi briyani yang kurang cantik, dan tidak berderai tapi apa salahnya sebagai satu perkongsian bersama! Lagi pun Amie belum ada koleksi nasi briayani berlauk ikan. Mungkin gandingan acarnya agak berbeza sedikit sebab Amie gunakan nenas, hirisan timun dengan anggur hitam serta  anggur hijau. Idea untuk membuat Nasi Briyani Ikan pula timbul disebabkan banyak stok ikan tenggiri yang disimpan untuk hidangan Encik Suami yang sedang berpantang. Kebetulan Amie gunakan beras Taj Mahal untuk hidangannya, jadi dengan beras ini jugalah Amie gunakan untuk nasi briyani kali ini.


Nampaknya Encik Suami sudah selesai check-in bagasi, jadi Amie hentikan di sini dulu. Kami sarapan dulu ye. Nanti sampai Kota Kinabalu Airport Amie sambung lagi. Kalau tak sempat juga, nampaknya kena tunggu hingga Amie sampai kampunglah jawabnya!


Apa pun selamat menjamu mata!



Sekarang Amie berada Kota Kinabalu Airport. Anak-anak sibuk berkejaran menuju ke Marry Brown manakala Encik Suami ada urusan tersendiri. Amie tuliskan resepinya di bawah ini sementara menunggu panggilan untuk terbang ke Kuala Lumpur pukul 10.45 pagi nanti. Ada pun ikan tenggiri itu Amie goreng saja dengan kunyit hingga masak.

Resepi : Nasi Beriani Ikan
Sumber: Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
3 mangkuk beras Basmathi - Amie gunakan beras Taj Mahal
4 sudu besar rempah beriani
1/2 mangkuk susu cair
2 sudu besar susu pekat
1/2 mangkuk minyak sapi
2 ulas bawang merah - hiris
1 batang serai - ketuk
rempah penumis -kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang
1 helai daun pandan
3 biji lada hijau - belah 2
3 biji lada merah - belah 2
2 sudu besar pewarna kuning
3 mangkuk air
1 biji limau nipis
sedikit garam

Bahan lain:
5 keping ikan tenggiri goreng
1 cawan kacang gajus - goreng
acar - campuran nenas, hirisan timun, anggur hijau dan anggur hitam, hirisan lada dan juga bawang serta perahan air limau kasturi - tambahkan sedikit gula dan garam.

Cara menyediakannya:
1. Cuci beras dan toskan.
2. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Goreng rempah beriani, remaph penumis, serai, dan bawang merah hingga kekuningan.
3. Setelah bawang kekuningan, masukkanlada hijau dan lada merah, serta beras, gaul rata hingga beras berkilat.
4. Masak air, garam dan daun pandan di dalam periuk. Setelah air mendidih masukkan susu dan akhir sekali air limau nipis.
5. Setelah air mendidih lagi, masukkan beras dan kacau rata. Tutup periuk rapat-rapat.
6. Setelah air kering, kacau nasi perlahan-lahan.
7. Buatkan beberapa lubang pada nasi dan tuangkan pewarna.
8. Buat lubang yang lebih besar dan masukkan ikan tenggiri goreng ke dalamnya.
9. Akhir sekali ratakan nasi.
10. Tutup periuk hingga nasi masak.
11. Hidangkan bersama taburan kacang gajus dan acar kegemaran masing-masing.

25 comments

  1. salam
    tgk biji gajus yg berselerak tu yg tak tahan tekak ni..

    BalasPadam
  2. wah kak amie..sempat lagi makan nasi briani..heheheh...makan dgn ikan ye...nak cuba lah...:)

    BalasPadam
  3. Tak sempat ank turunkan resepi sebab dah nak sarapan ye Amie... tengok nasi beryani Amie mestilah rasa lapar...

    BalasPadam
  4. tak pernah try lagi nasi briyani ikan...adakah ai terjakun ni akak????? ngeeee nmpk sgt yummy la

    BalasPadam
  5. Salam Kamsiah,
    suka buah gajus ye....jom kita kutip sama-sama.

    Quinnie,
    Pernah makan nasi beriani ikan di kedai mamak di Lahad Datu, jadi cuba buat sendiri.

    Kak Zakie,
    dan turunkan resepi dah... ni tengah tunggu flight pi KL pulak!

    Lady Ayu,
    nasi beriani boleh makan dengan apa-apa lauk selain daging dan ayam... makan dengan udang lagi sodap!

    BalasPadam
  6. Awal2 lagi sudah bikin gue jadi ngeces..mintak nasi beriani 1 pinggan..

    BalasPadam
  7. Sedapnya nasi briyani...spesial la ada ikan lagi... cuti2 sekolah begini suka layan anak2 makan....

    BalasPadam
  8. Salam kak amie!! aduhhhhh kecur liur betul kita tgk ansi akak! minggu lepas dah plan nak buat nasi beriani, nak memberanikan diri buat sbb teringinnnnnnnn sgt nak makan! uuuwaaaaaaa... tp hari ni esok kita bz!!! mana nak carik beriani ni eak selain kat kedai? jauh ler pulak tu nak g mencarik restoren yg jual nasi beriani ni huhu...

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum Amieeee,
    Waaa rajinnya Amie, dlm perjalanan pun masih sempat bertenet.
    Nasi beriani ikan tk pernah try lagi, tp ada resepi lama dalam simpanan, tunggu mood rajin mai dulu....selamt bercuti Amieee

    BalasPadam
  10. Assalam kak Amie ,saya belum pernah try beriani ikan satu kelainan

    BalasPadam
  11. Salam Amie...
    waduh nasi briyani ikan mmg Hawa blm pernah buat jgk..tapi yg paling buat ngences tuh anggur & nenas Amie buat spt acar yer?

    BalasPadam
  12. waahh memang kelainan banyak menggunakan anggur.. bila masuk blog kak amie teringat buah2 yang meruntun hati. hehe

    BalasPadam
  13. salam kak amie...pestime ni dgr nasi beriani ikan.....mcm kene cube aje nihh

    BalasPadam
  14. salam kak amie...pestime ni dgr nasi beriani ikan.....mcm kene cube aje nihh

    BalasPadam
  15. assalam k.Amie
    sedaplah nasi beryani, anak dara sy tu hantu beriyani ayam he he

    BalasPadam
  16. wahhh...selamat pulang ke kampung halaman.....
    ada bawak sekali ke nasi beriani ni...blhlah kita makan sama2 kt meru....hihihi...sayaaaang kak amie....

    BalasPadam
  17. Salam Amie,

    wahhh...istimewanya nasik beriani ni Amie....macam2 ada kat dalam nasiknya tu....sedapnya...

    BalasPadam
  18. assalam amie,
    wah baru ni dapat singgah sini..amie dah mula masak2 ni..hubby dah ok ya amie..shukur alhamdullilah ya..
    nasi beriani ikan sedap ni amie..
    rasa lapar pulak dah ni..1/2 hari ni bw melawat teman2 untuk balas kunjungan ..kalau dapat makan nasi beriani ikan ni ada baik juga..hehe

    BalasPadam
  19. waduh mewahnya dengan gajus dan anggur lagi! :D

    BalasPadam
  20. Rahel,
    oleh sebab dah ngences... kenalah bagu 2 pinggan ha ha hahahh!

    Gee,
    sesekali nak juga merasa nasi beriani ikan pulak....:)

    Ika,
    nampaknya kenalah merajinkan diri masak nasi beriani ye Ika...he he hehh

    BalasPadam
  21. Chik Mimi,
    sama saja dengan nasi beriani biasa, cuma bezanya rasa ikanlah he he hehh

    Wattie,
    waalaikumussalam... sekarang ni dimana-mana pun boleh bertenet ye Wattie,
    sedap tau beriayani ikan, cubalah buat Wattie, ada kelainan rasa berbanding daging atau ayam.

    Salam Mama Hawa,
    anggur tu memang Amie buat acar, tapi masukkan bila hendak dihidang sebab takut kecut tinggal kulit bila terkena asam limau, gula dan garam he he hehh

    BalasPadam
  22. Izah,
    suka-suka buat, guna bahan mana yang ada, alhamdulillah diterima suami juga!

    Sabar Dubai,
    boleh cuba, boleh pelbagaikan lauk-pauknya tu...

    Assalam Mama Nur Sara,
    ha ha hah nampaknya kena layanlah hantu2 beriani ye

    BalasPadam
  23. Ucu cayanggg.... jumpa di pantai Remis kalau tak hujan ye he he hehhh

    Ros,
    itulah istimewanya nasi beriani ye Ros.

    Ayu,
    alhamdulillah...semakin sihat.
    terima kasih punya kesempatan melawat Amie ye Ayu...

    Asmara,
    jom kutip anggur & gajus tu As...

    BalasPadam
  24. Terima kasih atas perkongsiannya resepi ini..Saya ambil resepi ini sahaja.lain lain tiada.

    BalasPadam
  25. Terima kasih atas perkongsiannya resepi ini..Saya ambil resepi ini sahaja.lain lain tiada.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe