Cempedak Goreng
4:12 PTG
Selamat petang semua pengunjung yang dihargai. Oleh kerana cuaca sejuk, disebabkan hujan sepanjang pagi, jadi Amie jemput rakan-rakan untuk menikmati minuman petang bersama hidangan ringan iaitu Cempedak Goreng. Tentu banyak cara untuk menyediakan Cempedak Goreng yang enak. Amie kongsikan bersama resepi Cempedak Goreng dengan menggunakan bahan tambahan iaitu serbuk ENO untuk merangupkan hasil gorengannya. Sesiapa yang berminat bolehlah mencubanya dan sudah semestinya hasilnya tidak mengecewakan!
Resepi: Cempedak Goreng
Sumber: Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1 biji cempedak - 1kg
3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan tepung beras
1 sudu serbuk ENO
1 sudu gula pasir
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
air
minyak
Cara:
1. Campurkan tepung gandum dengan tepung beras bersama serbuk ENO, gula pasir, garam dan kunyit.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul sebati mengikut kepekatan yang diingini.
3. Panaskan minyak yang banyak untuk menggoreng cempedak sehingga tenggelam.
4. Celupkan cempedak ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga kuning keemasan.
5. Angkat dan toskan.
12 comments
salam mie.. wanginya sampai ke bangi ni ha..
BalasPadamAmie..ummi datang dalam kepenatan,nak menjamu selera jap, cempedak goreng memang kegemaran ummi..
BalasPadamsalam kak amie..sangat rindu nak makan cempedak goreng..
BalasPadammacam dah terbau-bau je bau cempedak tu ha..
Amie....ado lagi x..?? sedapnyer makan time musin sejuk2 ni...nk yg panas2...ade lg..???/hihiih
BalasPadamsedapnya cempedak ..ada kopi o ke kopi Jantan ni? hehe
BalasPadambulat2 dan nampak kerangupan cempedak ni
BalasPadamguna eno ye amie..
BalasPadamsedapppppnya
boleh bayangkan, sedapnya harumnya bau cempedak goreng Kak Amie tu
BalasPadamSalam Ibundo,
BalasPadammemang wangi....:)
Ummi,
jemput Ummi...jangan segan! Rangup ni.
Kamalia,
memang sedap makan cempedak goreng, nak pula cuaca sejuk begini.
Mimie,
BalasPadamabis dah...nanti Amie goreng lagu ye...
Anna Qawina,
semua jenis kopi ada he he hehh jantan betina semua dah sedia, pilih je he he heh
WC,
memang rangup! cepat je licin anak-anak kerjakan!
Kasih,
BalasPadamiya guna ENO... tak payah bubuh soda bicarbonate atau baking powder.
Ixora,
sedap, harum lagi!
comelnyerrr cempedak goreng kak amie :)
BalasPadam