Nasi Kerabu
7:11 PTGSelamat petang semua. Beberapa hari lepas Amie berkunjung ke Bangkok, Thailand dan sempat singgah ke dapur Ika. Rasa tak mahu pulang sebab tertegun duduk mengadap Nasi Kerabu di dapurnya. Sayangnya berapa lama pun kita menunggu duduk bertapa di situ sampai meleleh air liur semangkuk pun, kita tak dapat rasa walau sebiji nasi kerabunya yang sangat sedap itu! Amie jemput kepada peminat Nasi Kerabu untuk sama-sama cicipi sepinggan seorang di bawah ini. Sebelum itu, Amie nak seru nama Ika supaya datang sama menjamu selera di sini. Agak-agak dengar tak dia......Oooo.... Ika sayangggg.... Ika.... Apa pun kita tak boleh tunggu lama-lama sebab tempat Ika bukannya dekat. Nak datang ke Lahad Datu kena banyak kali naik turun kapal terbang tapi kalau ikut laut tak pasti pula Ika boleh berenang menyeberangi Laut China Selatan macam Ucu Faridah dengan Wattie Penang. Lagi pun Ika sudah puas makan Nasi Kerabu di sana ha ha ha haa.... sorry ye Dik Ika, Kak Amie bergurau. Minta izin dan minta halal resepi Nasi Kerabu Ikan yang Kak Amie bawa angkut ke Amie's Little Kitchen dan kepada sesiapa yang berminat sila KLIK DI SINI untuk mengetahui resepi tersebut.
Amie memang sudah beberapa kali pesan kepada Encik Suami supaya ambil bunga telang di rumah kawannya untuk warna nasi kerabu, tapi nampaknya si dia asyik terlupa. Akhirnya jadilah nasi warna kuning saja. Solok lada yang Amie teringin sangat makan itu pun jadinya warna merah, sebab sudah berkeliling gerai di pasar semua ladanya warna merah, tak jumpa warna hijau. Amie telefon Encik Suami supaya dalam perjalanan pulang dari kerja untuk singgah di pasar dan carikan lada hijau. Sampai rumah, yang dibelinya cili merah! Katanya cili hijau tidak ada walaupun merata gerai sudah dikunjunginya. Agaknya memang hari ini pasar di Lahad Datu kehabisan cili hijau! Bukan apa, buat solok lada guna lada hijau lebih sedap, lebih rangup! Tak apalah, memandangkan inti solok lada sudah disediakan, sumbat sahajalah ke dalam cili merah!
Resepi: Nasi Kerabu
Sumber: Ika, Kak Yani MYR & Kak Sofea
Nasi
Bahan-bahan:
4 cawan beras
1 sudu kecil garam
4 1/2 cawan air - macam masak nasi biasa.. nak lembik/keras kena tambah/kurangkan air
2-3 titik pewarna kuning >>yg ni guna 10 kuntum bunga talang, tumbuk, campur dgn air n tapis - Amie gunakan pewarna kuning
2-3 helai daun limau purut(optional)
1 btg serai-diketuk(optional)- saya tak letak sebab tak suka. >>yg ni kita letak - Amie tak letak
Sambal Tumis
Sambal Tumis
Bahan-bahan:
5-10 biji lada kering
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1cm halia
1cm kunyit / 1 sk serbuk kunyit
200ml / 1/2 tin santan pekat
2 btg serai
2 keping asam gelugur
2 sudu besar budu / 3 sudu besar sos ikan
garam dan gula melaka
Sambal Ikan
Sambal Ikan
Bahan-bahan:
1 ekor ikan kembung- saiz besar
1 cawan kelapa kering/ kelapa parut
2 ulas bawang putih
1/3 biji bawang besar (4-5 biji bawang merah)
1 batang serai
1cm halia
Solok Lada
Solok Lada
Bahan-bahan:
10 biji lada hijau - potong jgn putus n buang biji - Amie tiada lada hijau, guna lada merah
1/2 biji kelapa parut putih
4 ulas bawang merah
1.5 cm halia
sedikit lada hitam
2-3 ekor ikan kembung - ambil isi sahaja
sedikit garam,gula dan perasa
Sedikit putih telor>>yg ni kita tambah
Kerabu
Bahan-bahan:
kubis
timun
taugeh
daun kesum
bunga Kantan
Bahan-bahan pilihan
solok lada
telur asin
bawang jeruk
ayam goreng kunyit
sambal belacan
Daging Panggang
Ikan Goreng Tepung
Cara-cara :
## Sediakan sambal tumis ##
Blend lada kering, bawang, kunyit dan halia sehingga lumat.
Panaskan minyak(kena banyak siket), tumis semua bahan blend dan bhn2 lain tadi sehingga pecah minyak.
## Masak nasi ##
Cucikan beras dan masukkan semua bahan utk masak nasi yang lain. Masaklah seperti masak nasi biasa. Air bergantung dengan beras yg digunakan.
## Cara sedia sambal kelapa ikan ##
Bersih ikan dan bakar. Sementara tu bolehlah goreng kelapa
Goreng kelapa tanpa minyak dengan api kecil sehingga jadi perang. Kalau kelapa parut ni kasar, bolehlah ditumbuk sekejap ketika kelapa masih panas-panas.
Asingkan isi ikan dengan tulang. Tumbuk isi ikan untuk kelihatan halus.
Tumbuk pula bawang dan serai, sehingga lumat. Kalau guna food processor masukkan bawang dan isi ikan sekali gus ke dalam food processor .
Campur sekali ikan dan bawang, goreng tanpa minyak sehingga agak garing.
Campurkan ikan dengan kelapa goreng tadi. Masukkan garam dan gula. Gaul hingga sebati.
##Cara sediakan solok lada##
Tumbuk bawang,lada itam dan halia hingga lumat dan masukkan garam,gula dan isi ikan.
> tumbuk lagik hingga lumat.
> campurkan ngan kelapa parut dan sebatikan.
> sumbatkan ke dalam lada hijau. susun ke dalam periuk kukus.
> kukus hingga masak. * Akak rebus dgn santan.>>kita pun rebus dgn santan :-) -Amie kukus
@@ Kerabu @@
Hiris semua sayur dan gaul ratakan.
Bila nak makan tu, ambik sikit semua bahan dan letak ke dalam nasi. Boleh juga dimakan dengan bahan lain tu.. lagi sedap
Terima kasih Ika..... jom kawan-kawan tersayang yang sedang menunggu , kita makan dulu ye! Bismillah....
27 comments
Saya mmg suke nasi kerabu, belum sampai seru utk buat sendiri, sesungguhnya saya mmg malas kekkeke
BalasPadamSalam kak amie cayang, sbb kita dgr jeritan akak tu lah cepat2 dtg sini hihihi..... Kelakar dgn si dia kak amie ehehe.... Tak kesahlah kaler kuning janji rasa sama :D pasal lada tu pun kita nk tergelak hihihi.... Akak suruh kita berenang??? Bila sampai kat tgh dah lemas dulu :D mekaseh sudi jemput kita makan, alhamdulillah rezeki mata kita hari ni :D
BalasPadamAssalamualaikum Amie,
BalasPadamsungguh mengoda kalbu...tk sanggup nk melihatnya...mmg menyelerakan betul....
Amie,Kak ros org kelantan dan hantu nasi krabu.Tapi malas sungguh nak buat.Selalu tunggu mak yang datang dari kampung buat.Atau pun kalau bulan puasa sebab lapar semua pun nak makan,baru la terajin sikit.Kalau hari2 biasa beli je.
BalasPadamAjumohit,
BalasPadamKak Amie suka nasi kerabu tapi di sini tak ada jual... jadi kalau nak makan kenalah merajinkan diri buat.
Ika,
Rezeki mata ye Ika... ha ha hahh jadi kuning mata ye sebab nasinya kuning!
Waalaikumussalam Nuridah,
marilah makan sekali Nur...
Puan Ros,
buat nasi kerabu ni banyak remehnya kan Puan Ros, tapi sebab teringin kena buatlah juga sebab tak ada orang jual nasi kerabu di sini.... he he heh
sedap n myelerakan la tgk nsi kerabu tu...bahan2 sampingan pon mewah...byk...biase tgk nsi kerabu kaler biru...ni versi lain lak...kuning...klau rajin nti bleh cuba lak...
BalasPadamsalam kak amie..
BalasPadamamboii aritu kat umah ika..nie kt umh kt amie plak..he hee hee color apa pun x apa lh kak..janji ngappp..lada merah pun x apa kak..meriah jew colornya..nampak sedappp tue..:
Wahhh Amie rajin nya buat nasi kerabu.. Ani memang suka tapi setakat ni tak wat sendiri beli je hehe.. thx Amie resepinya.. mana tau satu hari semangat dtg bole Ani cuba wat sendiri
BalasPadamwahh meriahnya nasi akak ni..sedapnya..saya kalau buat sendiri tak jdik sedap sgt la kak rasanya..tak tau kenapa...hehehe..beli jugak yg rasa best..huhuhu..sukanya solokkkk..nakkkk!!!
BalasPadamSalam Amie...atie dah dtggggggggggggggggggg ni nk tapau nasi kerabu & d'geng.Xyah ssh2 ambik pinggan kat dapo..dah bawak sekali nih!
BalasPadamnasi kerabu feveret saya ni.
BalasPadamWah , Kak Amie. Yatie baru je bercadang-cadang nak buat nasi kerabu sbb dah lama tak makan. Nampaknya tengok yg akak punya dulu la.
BalasPadamsalam amie..mama suka mkn nasi kerabu..pos ke semananjung sikit bolih?..
BalasPadamsalam ...
BalasPadamterliur saya kak, dibuatnya.....nie kena cuba wt nie!....kalau x,asyik2 terbayang2 je nasi kerabu kak amie nie....
sedapnya...kit nak buat ni boleh je tp malas nak buat sambal ikan tu..hehe..adeehh..kalaula dekat leh je ni hulur pinggan..
BalasPadamsalam..
BalasPadamsuka nasi kerabu ni.. nak buat nanti makan banyak lak.deit kononnya..
woooooowww.... my fav lah dear!
BalasPadamcukup lengkap nasi kerabu kak amie ni...sedap sungguh! alahai...dah lama x buat nasi kerabu..kalo buat ni, nani tak boleh buat sorg2 sebab banyak sgt bahan2...kene panggil kawan2 dtg tolong.
BalasPadamQasey Honey,
BalasPadamini ajelah resepi nasi kerabu yang kita tahu buat... ha ha hahh
Zila 4ever,
iyelah Zila... tak dapat hijau merah pun jadilaaa... janji ada
Choco Aini,
insya-Allah boleh buat, Amie pun buat simple2 aje
Quinnie,
BalasPadamdi sini tak de orang jual dik, tu pasal kalau dah teringin sangat kena buat sendiri... ikut hati memang malas nak buat.
Atie....
memang buat lebih ni, boleh tapau tapi lebihkan kerabunya tu, ulam-ulamnya... awet gituuu..
Whitecappucino,
nampaknya nasi kerabu memang hidangan pilihan ramai.
Yatie,
BalasPadamKak Amie pun dah lama sangat cadang2 nak buat, akhirnya buat juga warna kuning, tak dapat buat warna telang... hu hu huu soloknya pun merah..
Mama Aini,
boleh ppos ke sana... tapi jangan terkejut kalau basi he he hehh jauh bah...
Myda,
buat jangan tak buat Myda.
Anna,
BalasPadammemang kalau difikir banyak cerewetnya sebab banyak aksesorinya, tapi buat aje mana yang sempat.
Kak Na,
boleh buat... tapi lebihkan ulamnya, bartulah diet menjadi, awet muda...
Liza,
feveret kita juga...
Nani,
kak Amie tak ada kaki tangan lain bantu siapkan nasi kerabu, jadi kena tukar diri jadi lipas kudung kejap ha ha hahhh...
Tudiaaaa panjang sehasta resepi dia, tapi hasilnya....fuiyoooo superb......mai la ajak kita makan sekali, teringin sangat ni....
BalasPadamWattie,
BalasPadamdengar jugak dia di hujung tanjung nu.... jomlah makan, apa tunggu lagi orang jauh sudah mai sini
sekali buat terasa nak buat lagi resepi ni, sambal dia mmg mabeles! ;D
BalasPadamsedapnya makan kiew teow fv ni..
BalasPadamsakit gigi lak macam mana nak makan ni.
Huwaaa!!! Mesti nasi kerabu dah abih, ummi terlewat tiba.
BalasPadam