Kehilangan.....

8:49 PG

Salam pagi Sabtu. 
Amie tercari-cari perkataan yang sesuai untuk memulakan bicara pada pagi ini. Pada mulanya Amie fikir tidak perlulah Amie tuliskan tapi kali kedua Amie terfikir mungkin dengan cara ini ia boleh melegakan perasaan Amie. Walaupun sekadar satu coretan tetapi barangkali ada sesuatu yang boleh dikongsi bersama dalam suka dan duka. 

Sebentar tadi Encik Suami membawa cangkul dan mencari tempat yang sesuai untuk dikorek......

Sewaktu Amie menjaga Encik Suami selama seminggu di hospital, Amie lewat kedatangan haid. Perkara itu berterusan sehingga masuk minggu yang kedua. Encik Suami sudah syak sudah wujud insan keempat dalam rahim Amie. Walaupun sebenarnya lebih 10 tahun rahim itu kosong! Amie juga selalu mengalami kedatangan haid yang terlewat dan Encik Suami amat memahaminya. Masuk minggu ketiga kelewatan itu, Encik Suami belikan Amie alat pengesan kehamilan. Positif! Encik Suami terlalu gembira. Amie pun teruja sama dan Amie beritahu Encik Suami, biarlah bonda orang kedua yang mengetahuinya selepas dia. Dan... Encik Suami pun sudah memasang pelbagai angan-angan untuk menyambut insan keempat ini.

Ketika sampai ke kampung, menjelang tengahmalam Amie terasa tidak selesa pada bahagian perut. Menjelang pagi Amie dapati keluar sedikit darah. Kami berbincang semula dan kerana belum lagi mendapatkan pengesahan kehamilan dari doktor, jadi Amie fikir tentulah ia merupakan darah haid kerana Amie pernah terdengar kadang-kadang alat pengesan kehamilan tidak 100% tepat. 

Kelmarin, ketika menemani Encik Suami mencuci luka pembedahannya di Klinik Kesihatan Jeram, Amie terasa sakit perut. Memang begitulah kebiasaannya ketika Amie datang haid, adakalanya rasa sakit dan adakalanya biasa sahaja. Selepas itu Encik Suami bawa Amie ke Kuala Selangor, ke Ijok dan akhir sekali ke Pasar Malam Kapar. Tiba-tiba Amie terasa sakit perut lagi dan ketika sedang berjalan di pasar malam, Amie terasa sesuatu meluncur dari bahagian rahim! Kami terus pulang ke rumah.

Amie masuk ke bilik dan panggil bonda untuk melihat 'sesuatu' itu. Bonda panggil Encik Suami.

"Memang sudah ada. Besar dua jari. Tapi bukan rezeki kamu." kata bonda kepada Encik Suami.

Malam tadi kami berbincang lagi dari hati ke hati. Airmata ini tidak mampu ditahan bila Encik Suami menyatakan kesedihannya yang teramat sangat.

"Semasa arwah ayah meninggal, Mummy sendiri tahu Baba tahan air mata.... inikan pula, perkara yang sangat diharapkan!"

"Tapi Baba lihat Mummy tenang saja seolah-oleh tidak ada apa yang berlaku...," pedihnya hati ini mendengar tuduhan itu!

"Baba syak ini berpunca dari gegaran kapal terbang." Entah berapa kali Encik Suami mengulangi kata-kata itu.

Amie pun tidak banyak bicara dengan Encik Suami sebab semakin dibicarakan semakin pedih hati ini.

"Kita pergi jumpa doktor," ujar Encik Suami.

Sekarang janin sebesar ukuran 2-3 jari, sudah ada bentuk mata dan sempat menghuni 8 minggu dalam rahim ini sudah tertanam di bawah rumah. Amie cadangkan biarlah ditanam berhampiran kawasan semua tembuni kami adik-beradik. 

Kami sudah kehilangan sesuatu yang sangat berharga.... ya Allah! Tabahkanlah hatiku!

Masih terngiang-ngiang di telinga ini bila Encik Suami mengatakan.... ini cinta Baba, ini kasih sayang Baba! Ini semua cinta dan kasih sayang kita berdua!


Benar apa yang Baba katakan itu tapi tahukah Baba, cinta dan kasih sayang Mummy tiada bandingan? Lebih dari segala cinta Baba?


Baba.... bolehkah Baba redha dengan segala ketentuan-Nya?



42 comments

  1. Salam kak amie, sedihnyer :( harap kak amie n suami tabah dgn ujianNya insyaAllah, belum ada rezeki akak n suami, doa kita semoga akak diberi kekuatan dan semnagat utk tidak terus berputus asa insyaAllah!

    BalasPadam
  2. assalam amie..turut sedih..sabar amie..dugaan dari allah..amie kena tenangkan suami..redhakan...amie jugak sedihkan..sama2 sedih..tapi rezeki dari allah..masih belum diizinkan..insyaallah..bila telah diizinkan nanti akan dapat juga..

    BalasPadam
  3. Salam Amie...

    Sedih nyer membaca :(
    Sabar yer Amie.. mungkin Allah mau menduga Amie n hubby... blm ada rezeki lagi..
    byk2kan bersabar yer ...

    BalasPadam
  4. Salam K.Amie...
    semoga K.Amie & Suami redha dgn ketentuan Nya...
    setiap yg berlaku pasti ada hikmah disebaliknya kan?
    Sabar la...mungkin ini ujian utk kalian berdua...
    Wallahua'lam...

    BalasPadam
  5. SALAM KAK AMIe
    semoga kak amie dan suami tabah dgn ketentuanNya

    BalasPadam
  6. aslmkum amie.. smga tabah mengharunginya.. insyaallah ada rezeki yg akan diberikan lagi selepas ini...kita teruskan bdoa.. take care sis.. gugur jugak airmata akk mmbaca N3 amie ni..

    BalasPadam
  7. sayu rasanya...dulu...bila rasa mcm pregnant tp xda rupanya...itu pun dah sayukan hati nora. inikan pula dah ada tapi bukan rezeki dia...ditambah pula keluhan hati dari insan yg dicintai yg amat mengharapkan...
    tp ingat kata2 akak amie dulu...fikir positif..sekurang2nya Allah bagi petunjuk bahawa rahim kak amie masih mampu di diami...apa yg penting akak jaga kesihatan dan buat apa yang patut untuk kebersihan dan kesihatan dalaman tu..
    mana kita tau Allah tersentuh hati dengan usaha kak amie dan mengirimkan suatu berita gembira..sabar ya...

    BalasPadam
  8. Salam Kak Amie..saya turut bersimpati dengan berita ini..Semoga tabah menghadapi ujian dariNya kerana pasti ada hikmah yang tersembunyi..InsyaAllah, jika ada rezekinya nanti..

    BalasPadam
  9. Salam amie..baru berkesempatan ziarah ke sini setelah beberapa hari..tabahkan hati, inilah ketentuanNya..Insyaallah kalau ada keizinanNya adalah rezeki lagi..

    BalasPadam
  10. Salam Kak Amie,sedihnya.Harap akak dan suami tabah ye..

    BalasPadam
  11. assalam kak amie..sudah tertulis bukan rzki kak amie utk kali ini..Ada hikmah di sebalik suma ni..Mungkin Allah ingin menganugerahkan yang lebij baik dari ini..
    semoga kak amie tabah mengahadpi dugaan ini..

    BalasPadam
  12. assalam Amie
    semoga diberi kekuatan menghadapi dugaan ni ye

    BalasPadam
  13. sabar ye
    tak semua yg kita harapkan, Allah berikan...ada hikmah di sebalik kejadian .

    BalasPadam
  14. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum Amie.. Ani turut simpati pada Amie Moga Amie dan suami redha dgn ketentuan Allah swt yang paling mengetahui jalan hidup kita di dunia ini.. Ani doakan Amie dan Suami di beri kekuatan ketenangan dan keberkatan dari Allah swt.. sabar ya saudara ku.. ujian ini menguji dimana kesabaran kita salah satu tanda cinta nya allah swt pada hambanya..

    BalasPadam
  16. sabar ye..ni semua dugaan Allah tuk Amie dan suami..berdoalah supaya suami amie redha dgn apa yg berlaku..mungkin dia terlalu berharap sbb tu dia cam masih xleh trima..

    BalasPadam
  17. Amie sabar.Bukan rezeki.Suami juga pasti memahami.Kak Ros sendiri dikurniakan cahaya mata ketiga selepas anak ke2 berumur 16 tahun.Kalau tuhan nak bagi rezeki tak kira masa dan usia,Tabahkan hati ya.

    BalasPadam
  18. 2 bulan, memang dah ada rupa. kadang kita memang sedih sangat cuma tidak ditunjukkan sangat. redha dgn ketentuannya. kak liza pernah kena 2 kali selepas anak pertama dulu. Allah dah tentukan bukan rezekinya utk lahir ke dunia. Allah lebih mengetahui. Penyebabnya pun tak pasti. kalau usaha menjaga dah dibuat tapi masih juga dia pergi, apa nak dikata. itu ketentuannya.. Allah menduga kita & ada sesuatu yg ingin disampaikan. namun cinta & kasih sayang kita suami isteri biarlah terus mekar. sama2 melalui susah & senang.

    BalasPadam
  19. Tiada rezeki, itu yg mampu saya katakan, semoga Akak and hubby tabah atas dugaan ini, mgkn kerana dah tlalu mharap yang membuatkan hubby Akak bertindak sedemikian, Akak juga jaga kesihatan ye

    BalasPadam
  20. bersabarlah kak..semoga akak dan suami tabah...

    BalasPadam
  21. Ya Allah, saya harap Kak Amie tabah ya

    BalasPadam
  22. Salam Kak Amie.. turut sedih membaca nya, yang sabar yanh Kak, mungkin belum rejeki nya akak, di balik semua ini pasti ada hikmah nya.
    take care.. *hugs

    BalasPadam
  23. A.kum....
    saya harap kak amie tabah dan sabar....mungkin belum ditakdirkan lagi utk kak amie memilikinya....insyaallah jika Allah berkehendakkan akan ada juga suatu hari nanti....amin...

    BalasPadam
  24. salam Takziah buat akak. moga akk terus tabah, InsyaAllah ada rezeki lain untuk akak sekeluarga. :)

    BalasPadam
  25. Salam kak amie,semoga akak tabah dengan ketentuanNya.Sabar ye kak mungkin ada hikmah disebaliknya

    BalasPadam
  26. Sudah suratan... banyak sabar, Amie.. Insya Allah, akan ada rezeki yang lain. Semoga Amie tabah...!

    BalasPadam
  27. Assalamualaikum kak amie...
    Sayu jer baca ....semoga kak amie dan suami tabah dan sabar hadapi semua ni. Belum ada rezeki lagi tu........Saya pun pernah alami situasi yg sama.....

    BalasPadam
  28. sayu hati membacanya kak...semoga akak dan suami terus tabah..mungkin ada rezeki lain kali...Insyaallah

    BalasPadam
  29. Assalam Kak Amie, sedih juga saya baca kisah akak ni...sabar lah kak saya memahami perasaan akak sebab saya juga pernah lalui pengalaman yg sama kak. saya dah 3 kali dah lalui tapi saya percaya Allah akan bg yg terbaik pada kita insyaAllah ada hikmahnya.

    BalasPadam
  30. assalam kak amie..sy dah ketinggalan kisah ini.bersabarlah kak..tapi bergembiralah kerana dia sudah menunggu akak di pintu syurga :)

    BalasPadam
  31. salam kak amie..takziah kak..sedaih saya baca.saya harap akak dan suami akak tabah untuk hadapi dugaan ini ye.akak kena kuat tau.
    -peluk cium untuk akak-

    BalasPadam
  32. Ika,
    insya-Allah... kami redha kepada segala ketentuan-Nya, mudah-mudahan dijauhkan dari sifat putus asa.

    Acik Erna,
    memang sama-sama sedih, tapi syukurlah walaupun kena ambil sedikit masa, insya-Allah emosi kami akan kembali stabil, menerima segalanya dengan lapang dada.

    Mama Hawa,
    ya... kami terima sebagai satu dugaan dari-Nya Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

    BalasPadam
  33. Zamza,
    ya... mudah-mudahan ada hikmah di sebalik kejadian itu, kami redha dengan ketentuan-Nya.

    Atie,
    benar Atie, apa pun semuanya adalah atas kehendak-Nya jua.

    Dzana,
    banyak yang menginsafkan Amie...banyak ikhtibarnya dari kejadian itu, insya-Allah Amie akan jaga kesihatan.

    BalasPadam
  34. Nora,
    dulu Kak Amie tak pernah terfikir akan ada lagi penghuni rahim ini, bila kewujudannya memang ada... itu yang membuat kami sangat teruja, dan tiba-tiba ia pergi, rasa sangat terharu... terkilan, sedih tapi ya Allah...jauhkanlah kami dari sifat mengeluh dan menyesali kehendak-Mu.

    Sue,
    insya-Allah ada hikmah yang tersembunyi di sebalik kejadian itu, cuma kita saja sebagai manusia yang kurang memahaminya.

    Whitecappucino,
    ya... rezeki itu di tangan Allah, betapa pun usaha kita kalau Allah tak izinkan, memang bukan rezeki kita ye WC...

    BalasPadam
  35. Rahel,
    alhamdulillah... dapat diterima segala ketentuan-Nya.

    Lina_pg,
    ya... mudah-mudahan segalanya adalah yang terbaik yang Allah tentukan ke atas hamba-Nya.

    Mama Sara Nur,
    insya-Allah... sedih memang tetap ada, mudah-mudahan kejadian ini akan membuatkan kami lebih tabah.

    BalasPadam
  36. Kasih,
    benar itu Kasih, kerana Dia Lebih Mengetahui apa yang tebaik buat hamba-Nya.

    Choco Aini,
    Amie insaf, ini adalah sebahagian rasa cinta-Nya kepada hamba-Nya...

    KunangKunang,
    netul tu KK... dia sukar untuk menerima pada mulanya kerana terlalu teruja... alhamdulillah akhirnya dia dapat terima hakikat itu.

    BalasPadam
  37. Puan Ros,
    benarlah apa yang Puan Ros katakan itu... Amie sendiri tidak pernah menduga akan ada lagi selepas kosong lebih 10 tahun, tapi bila diambil semula.... biarpun sedih, kena redha dengan kehendak-Nya.

    Liza Abu Bakar,
    apabila kejadian itu berlaku tanpa diduga, memang memberi kesan 'trauma' terutama kepada dia, bagaimanapun memang betullah apa yang Liza katakan, Amie sebenarnya sedih tapi tidak menunjukkan sangat kesedihan itu... di dalam, hanya Allah yang tahu. Insya-Allah, dengan isinnya juga mudah-mudahan kasih sayang kami kukuh sebagaimana sebelum ini.

    Ajumohit,
    ya... memang itu bukan rezeki kami, dan memang dia terlalu mengharap... apa pun semuanya hak Allah, Dia beri dan Dia ambil milik-Nya atas kuasa-Nya, ya... kakak akan terus jaga kesihatan.

    BalasPadam
  38. Et,
    ya... bersabar, itulah sebaik-baik perkara yang perlu dilakukan apabila berhadapan dengan keadaan seumpama ini.

    Ixoraroxi,
    alhamdulillah... memang kena tabah dengan ujian-Nya.

    Melly,
    hugs too... ya, kami sabar dan tabah, sudah suratan-Nya begini ya Melly.

    BalasPadam
  39. Myda,
    ya benar... apa yang berlaku adalah atas kehendak-Nya juga biar bagaimana rapinya perancangan kita sebagai hamba-Nya.

    Asmara,
    terima kasih As, insya-Allah ada rezeki lain yang sudah ditentukan oleh-Nya.

    Chik Mimi,
    insya-Allah ada hikmah di sebaliknya, ya... mudah-mudahan sentiasa bersama dengan kesabaran.

    BalasPadam
  40. Kamariah Awang,
    benar Ma... kena bersabar, kerana itulah sebahagian daripada iman kita.

    MP,
    memang rasa sayu MP, yang ada dalam badan kita... kemudian hilang... pergi sekelip mata, MP yang pernah mengalaminya tentu lebih memahaminya.

    Quinnie,
    kami terima bahawa ini belum menjadi rezseki kami...

    BalasPadam
  41. Nieza,
    tak sangka Nieza sudah 3 kali melaluinya, lagilah besarnya dugaan yang dilalui... kakak insaf apa yang kakak lalui ini hanya ujian kecil berbanding Nieza, dan redha itulah sebaik-baiknya penerimaan terhadap kehendak-Nya.

    Pen Biru,
    ya... mudah-mudahan, insya-Allah kesabaran itu kami jadikan sebagai dinding hidup kami.

    Kamalia,
    peluk cium untuk Kamalia.... insya-Allah kami terima dengan tabah.

    BalasPadam
  42. Assalam amie, selalu ketinggalan je n3, sedihnya bila baca n3 amie ni, mmg sedih bila kehilangan yg kita harap2kan, bersabarlah amie, semoga ada lagi rezeki lepas ini, redhalah pemergiannya, ada hikmah di sebaliknya

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe