Ikan Patin Goreng Berempah
9:22 PTGBiasanya kalau ikan patin orang suka masak lemak cili padi dengan tempoyak atau masak asam pedas. Jarang pula terdengar ikan patin goreng. Selama ini Amie pun tidak pernah buat tapi hari ini Amie goreng ikan patin. Dua hari lepas Encik Suami bawa pulang ikan patin yang siap dipotong dan dibersihkan. Siapa lagi kalau bukan kakak ipar kesayangan kami yang beri. Amie teringat seorang rakan baik Amie yang sekarang mengusahakan restoran masakan kampung di Pelabuhan Kelang. Tahun lepas, kami sempat berbual-bual tentang pelbagai resepi dan bila Amie sebut tentang ikan patin, dia mencadangkan Amie goreng dengan memerap terlebih dahulu dengan beberapa jenis bahan. Amie sebenarnya sudah terlupa bahan yang disebutkannya kecuali halia dengan serai. Petang tadi Amie cuba idea untuk menggoreng ikan patin mengikut resepi tersendiri dan ternyata hasilnya disukai oleh Encik Suami dan anak-anak. Buat rakan baik Amie, Raja Halizah Raja Ali, terima kasih memberi cadangan untuk goreng ikan patin walaupun Amie sudah terlupa apa bahan yang sepatutnya digunakan sebagai pemerap. Semoga perniagaan restorannya bertambah maju dan bolehlah kongsi resepinya yang lain pula.
Resepi: Ikan Patin Goreng Berempah
Sumber: Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1 ekor ikan patin - bersihkan, belah 2 dan potong ikut citarasa
1 sudu teh pati asam jawa
1 sudu teh serbuk kunyit
garam & perasa pilihan
minyak
Bahan kisar untuk memerap:
2 biji cili merah
5 batang serai
3cm halia
3 biji bawang putih
1 labu bawang besar
1 sudu teh lada hitam
1 sudu bteh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
Cara:
1. Perap ikan patin bersama bahan pemerap, pati asam jawa, garam dan kunyit selama 15 minit.
2. Panaskan minyak dan goreng hingga masak.
3. Angkat dan toskan minyaknya.
4. Sedia untuk dihidangkan.
Amacam? Ada berani? Boleh cuba..... jangan takut!
19 comments
hmmm...dulu mak pernah buat patin masak tempoyak...tapi kirog tak berapa gemar pulak...pastu mak try goreng letak garam kunyit je, itu pon tak berapa nak makan juga sebab patin ni kan isinya banyak lemak...tak biasa lagi nak makan ikan jenis macam ni..tapi tak tahulah kalo tetibe ade org hidang ikan ni skrg..tengok kak amie buat bahan perap tu macam nak perap ayam rempah dah...mesti wangi2 gitu..
BalasPadamtak pernah lagi makan ikan patin goreng...biasanya makan masak tempoyak jer....
BalasPadamTapi tengok yg kak amie buat tu, terliur jugak.....
mula2 nak goreng terfikir pulak kalau2 meletup lemak-lemaknya, rupanya tidak pula.... rempah-rempahannya tu pun sedap dimakan dengan nasi...
BalasPadamNani & MP,
BalasPadamboleh cuba...sebab rempah2 tu hilangkan bau hanyir ikan patin.
Amie..betul tu..acik cuma taunya masak tempoyak je ikan patin ni
BalasPadambiasanya buat masak tempoyak je amie...nampak sedappp
BalasPadamSalam kak amie, kita ikan patin tak pernah makan, ikan mahal ni kan kak? jakun betul kita nii, ikan mahal pun tak leh makan :D kategori sungai ni nk ada keberanian sikit nak makannya, kdg tu teringin nk makan tp pernah makan sekali ikan sungai rasa lumpur, sejak tu terus tk nak makan ikan sungai hihihi...
BalasPadamgoreng pun sodap
BalasPadamKak Amie, nampak sedap ikan patin goreng nya, apalagi berempah pasti rasanya makin enak yah di tambah dengan sambal dan lalapan nya, lain kali kalo buat lagi ajak melly makan sekali yah.. hehe
BalasPadamsaya tak mkn ikan ni kak...huhu...sian saya kan...
BalasPadamsedapnyaaaa... kalau dpt makan panas2 dgn nasi panas pulak tu... pergh!! mertua lalu compom tak nmpak!! ngeh3x
BalasPadamx masak lunch lagik ni kak...
BalasPadamsua plate nak mintak ikan sket
sedapnyer dah lama x buat goreng2 berempah gini
hamboi..mencabar ada berani pulak...
BalasPadamnehhh..anak banjar datang nk makan bersila..ada lagi ke ikan tu...
saya belum pernah masak lagi camni kak amie tapi baru2 ni ada buat patin masak merah, memang tak kurang la sedapnya
BalasPadammama tak makn ikan ..hu2x..bolih ganti ngan ayam tak?..
BalasPadamikan patin masak merah??huh..lagi dahsyat tuh...
BalasPadamikan patin masak merah??huh..lagi dahsyat tuh...
BalasPadamikan patin masak merah??huh..lagi dahsyat tuh...
BalasPadamijayuji.,ikan ni murah je kak.,hrga lebih kurang jeli.,kdg lebih murah.,bwah rm5 sekilo klau kat psar2 n psaraya.,
BalasPadamfamily kami selalu masak tempoyak.,masak asam pedas,masak goreng berlado ngn goreng biasa je.,mmg sedap.,hubb klau goreng ikan ni bertmbah2 nasi dia.,huhu