Belulang Lemak Cili Padi Dengan Cendawan Kukur & Labu Manis

11:00 PTG

Sebelum beradu, Amie ingin kongsikan resepi Belulang Lemak Cili Padi Dengan Cendawan Kukur & Labu Manis. Sebenarnya resepi ini adalah idea bonda dengan menggunakan bahan yang ada di dapur. Kata bonda, belulang biasanya dibuat kerabu ketika majlis kenduri-kendara di kampung kami. Mungkin ada yang tidak makan belulang, tapi Amie sekadar ingin berkongsi resepi sahaja dan sebagai salah satu usaha mengetengahkan resepi orang kampung Amie.


Resepi: Belulang Lemak Cili Padi Dengan Cendawan Kukur  & Labu Manis
Sumber: Amie's Little Kitchen


Bahan-bahan:
1/2 kg belulang - beli siap dibersihkan
1 cawan cendawan kukur
300 gram labu manis - potong dadu
2 cawan santan pekat
1 batang serai - dititik
3cm lengkuas - dititik
3cm halia - dititik
1/2 sudu serbuk kunyit
1 keping asam gelugur
garam & gula secukup rasa
minyak
1 cawan air


Bahan tumbuk kasar:
3 biji bawang putih
5 biji bawang merah
15 biji cili padi
sedikit belacan


Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan tumbuk kasar  bersama serai, halia dan lengkuas sehingga wangi.
2. Masukkan cendawan kukur dan belulang serta asam gelugur. Gaul rata.
3. Masukkan serbuk kunyit, dan diikuti dengan air.
4. Biarkan cendawan mendidih bersama belulang.
5. Masukkan labu manis dan masak sehingga hampir empuk.
6. Masukkan santan pekat dan perasakan dengan garam dan gula.
7. Kacau santan supaya tidak pecah.
8. Apabila mula mendidih, tutup api.

14 comments

  1. assalam K.Amie
    cendawan kukur & labu manis tu sedap he he

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Amie..

    Belulang tu apa? Mcm pernah dengar tapi tk pernah tgk dan tk pernah makan...

    BalasPadam
  3. nmpk sedap tapi belulang tu apa ya..

    BalasPadam
  4. saya pun 1st time dgr nama belulang ni...apa tu kak? tak pernah mkn lagi.

    BalasPadam
  5. assalam amie..acik makan belulang ni dan lagi suka makan cendawan kukur tu..masak lomak cili api ngan udang sedap.

    BalasPadam
  6. Belulang tu ialah kulit lembu yg dicuci, direndam dan diregang untuk dikeringkan. Betul tak amie?

    BalasPadam
  7. kak amie, belulang tu apa ye? macamana rupa dia?

    BalasPadam
  8. waa cendawan kukur tu mmg sedap..goreng kering2 laju ajer makan..tul laa belulang tu tak pernah lak dengar

    BalasPadam
  9. la amie..cendawan kukur...rasanya masa sekolah rendah dulu kite mkn...bayangkan dah brapa puloh tahun..... hmmm kat mana ade jual ye...

    BalasPadam
  10. nampak sedap sangat2...tapi..belulang tu apa ye..

    terimakasih atas doa tak putus2 dari kak amie buat soleh..

    BalasPadam
  11. Amie..cendawan kukur ummi tau,mesti sedap masak macam ni. Tapi belulang tu apa ye?

    BalasPadam
  12. salam amie...
    dulu saya tak tau pun yg belulang tu boleh dimakan.. hehehe.. yg tau belulang dibuat gendang atau kompang aje.. kikiki...
    tp bila dah kawin ni barulah tau yg belulang boleh dimakan.. pertama kali mencuba.. hmmmm.. memang sedap!! kenyal2 gitu.. kalau di kampong suami.. mak saudara suami yg rajin simpan belulang tu.. boleh disimpan lama bila dah dicuci bersih & dibakar utk buang bulu2 pada belulang lembu tu.. lepas bakar dikikis berkali2 sampai bulunya habis semua.. kemudian dijemur kering2.. bila tiba nak masak.. tinggal direbus & dihiris kecil2.. di kampong suami biasa orang masak gulai asam rong.. gulai yang popular di negeri pahang.. sedap juga dimasak lemak cili padi mcm amy masak ni.. buat pedas2.. mmg kaw..

    BalasPadam
  13. Madiha,
    terima kasihlah menyelamatkan keadaan...sebab di atas tu berderet tanya pasal belulang ha ha hahh... Amie pun sebenarnya nak tunggu bonda berehat baru nak jawab apa itu belulang, rupanya Madiha dah tolong jawab.
    Belulang yang Amie masak ini ialah belulang yang dibeli siap dari pasar, hanya hiris atau biarkn bentuk hirisan asal dalam paket, di tempat Amie dijual pada harga RM14 sekilogram, oleh sebab Amie tahu bonda suka makan belulang jadi Amie belikannya sepaket, tapi masya-Allah... bila dah siap masak, banyak pula jadinya!

    BalasPadam
  14. Salam..masa mula-mula baby sitter sara beritahu belulang ni boleh makan..saya terkejut dan tak dapat bayangkan macamana rasanya..Time tu dia buat kenduri kawen anak dia...Tapi bila siap masak pun saya tak makan..tak tau kenapa..tak sempat kotttttt..ha ha ha ha

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe