Pegedil Keladi
2:10 PTGSalam petang Sabtu. Tentu ramai yang tersandar kekenyangan setelah menikmati hidangan tengahari. Alhamdulillah, hari ini Amie dapat kongsikan bersama resepi tradisional yang diwarisi daripada bonda. Biasanya kita dengar kentang dijadikan bahan asas untuk pegedil, tetapi tidak pelik dan ganjil kalau ada Pegedil Keladi. Kalau balik kampung, memang bonda suka buat Pegedil Keladi sebagai menu sarapan pagi atau boleh juga dijadikan sebagai lauk. Semasa balik kampung minggu lepas, dalam keadaan Amie yang tidak diduga itu, memang kami tidak sempat untuk memikirkan ole-ole yang akan dibawa pulang. Rupanya bonda sudah menyediakan pelbagai ole-ole, termasuk keladi, pisang helang, keledek, keropok dan entah apa lagi. Sayangnya, dalam keadaan Amie sekarang, semua ole-ole itu tidak terusik. Memandangkan keladi bukanlah sejenis bahan makanan yang tahan lama, jadi Amie fikir baiklah dijadikan pegedil yang dicampur dengan pelbagai bahan untuk menarik selera anak-anak seperti yang selalu bonda buat.
Resepi: Pegedil Keladi
Sumber: Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
2 biji keladi - Amie timbang seberat 700 gram selepas dikupas - potong kecil memanjang
1/2 cawan bawang goreng - merah dan putih
1/2 cawan daun bawang dan daun sup
1/2 cawan udang kering - rendam dan tumbuk kasar
1/2 cawan jagung
1/2 sudu lada putih - tumbuk
1/2 sudu teh jintan manis - tumbuk kasar
1/2 sudu teh ketumbar biji - tumbuk kasar
1/2 sudu teh jintan putih - tumbuk kasar
1/2 sudu serbuk pati ikan bilis - Amie bubuh sikit saja sebab udang kering memang sudah ada rasa masin.
1 biji telur
minyak
Cara:
1. Taburkan sedikit garam ke atas keladi dan goreng sehingga masak. Toskan minyaknya.
2. Tumbuk keladi goreng sehingga lumat.
3. Gaul keladi goreng lumat bersama udang kering, bawang goreng, daun bawang, daun sup, jagung dan segala rempah serta serbuk pati ikan bilis sehingga sebati.
4. Buat kepalan bulat dan leperkan menjadi pegedil yang padat sehingga habis.
5. Panaskan minyak yang banyak untuk menggoreng sehingga tenggelam.
6. Sementara itu pukul sebiji telur hingga kembang.
7. Celupkan satu persatu pegedil dan goreng sehingga kuning keemasan.
8. Angkat dan toskan minyaknya.
Inilah hasilnya. Menyediakannya pun tidaklah sesukar mana kerana menggunakan bahan-bahan yang memang ada di dapur. Jika suka bolehlah tambah udang basah tapi Amie tidak ada stoknya hari ini. Boleh juga gantikan dengan daging ayam atau daging lembu. Terpulang mengikut kreativiti dan citarasa masing-masing. Bezanya, Pegedil Keladi lebih padat berbanding pegedil kentang.
Amacam? Jom kita cicipi sama-sama... seorang ambil 3 ketul saja ye. Tapi kalau nak tambah, boleh saja ambil di bawah ini, asalkan tidak rasa malu.... he he hehhh
Jangan rebut-rebut ye, kena berbaris ikut giliran he he hehh.....
17 comments
sedapnya kak amie, cantik je rupa paras begedil ni, kalau saya buat hancur terus hehehe
BalasPadamSalam Kak harap sihat sentiasa...wahhh menarik ni...resepi naru pegedil keladi...satu hari nnt nak cuba juga...
BalasPadamSalam kak amie! haar lah kan, kan sama specis kentang n keladi tuu, kalau guna keledek jadi manis pulak kan kak, tp manalah tahu menjadik bergedil jugak kan? hihihi... sedap letak bwg goreng byk2 kalau kena bwg goreng homemade lagi sedap :)
BalasPadamamie..nampak sedap tu..acik dulu dok tanjung karang suka buat bubur keladi la..goreng keladi la..masak lemak keladi..semua jadi..keladi kat sana sedap..
BalasPadamAssalamualaikum akak...
BalasPadamPasti sedap kan guna keladi ... X perna lg cuba... Satu kelainan yg pastinya sedap...
sedapnya amie! terliur la.
BalasPadamSore kak Amie.. belum pernah coba perkedil keladi,kayanya enak yah.. have a great weekend.. ;)
BalasPadamSalam Amie,
BalasPadamKak Ros kalau mai kat sini,boleh jumpak macam2 resepi yang Kak Ros tak pernah rasa lagi... Terima kasih Amie,Kak Ros ambik lagi.... resepi yang nampak sedap sangat nih....he.he.he...
owh sedapnyaaaa....
BalasPadamKak amie, unten dlm bahasa jawa maksudnya apa?
salam kak amie .. tak pernah wani dengar ada begedil keladi .. ingat dengar begedil kentang je ... boleh dipelbagaikan begedil ni.. tak semestinya buat guna kentang je .. kalau orang tak tahu sekali tengok orang akan cakap begedil kentang tu hihi ..
BalasPadamAjumohit,
BalasPadamdulu kalau buat begedil kentang, kakak rebus, tapi kadang-kadang bila digoreng pecah berderai. Bonda pesan jangan rebus, kena goreng... hasilnya memang memuaskan!
Sheila,
resepi dari orang lama ni Sheila.
Ika,
memang sedap bubuh bawang goreng lebih, kakak suka bubuh merah & putih.
Acik Erna,
BalasPadamagaknya tanah di sana tu memang sesuai sangat bercucuk tanam ubi keladi, tengok bonda di kampung kalau tanam semuanya menjadi, buahnya besar-besar!
Waalaikumussalam Diana,
memang lain sikit rasanya berbanding kentang, keladi lebih padat... kalau kentang lebih lembut dan ada rasa manisnya.
Whitecappucino,
selalu bonda yang buat, ini kali pertama Amie buat sendiri.
Melly,
BalasPadamenak-enak rasa keladi gitu Melly.
Ros,
sekadar kongsi resepi-resepi warisan, sayang tak diketengahkan, nanti ramai tak tahu apalagi keturunan sendiri.
Hanis,
sedaplah juga Hanis he he heh
Wani,
memang rupanya sebiji macam pegedil kentang, mulanya Amie pun macam tak caya bila bonda hidangakan sarapan pagi pegedil keladi.
wahh 1 time dengar..ni kalau pakai keledek putih boleh kan kak? sebab dia tak manis sgt..ada keledek putih kan rumah ni..nanti nak cuba la..:)
BalasPadamtak pernah makan..pegedil keladi.
BalasPadamLetak jagung tambak le sedapnya kan
pandainya la akak buat pegedil..kalo sy buat asik hancur je...kalo tringin nk mkn soto mesti terbantut sbb tau buat pegedil mesti hancuss
BalasPadamUnik resepi ni, teringin nak rasa, apa kan daya jauh benar jarak kita
BalasPadam