Ikan Pari Lemak Cili Padi Dengan Kencur
2:46 PTG
Salam petang Ahad. Alhamdulillah, keinginan untuk makan ikan pari masak dengan kencur sudah tertunai. Sebenarnya Amie teringin makan pari masak pecak, iaitu sejenis masakan tradisi Jawa yang menggunakan ikan pari panggang, tuang dengan kuah santan bercampur isi kencur, dan cili padi hijau. Memandangkan tidak sempat untuk panggang ikan pari, Amie pun ubahsuai resepi kepada yang lebih mudah. Insya-Allah, jika diizinkan Allah kami balik ke Selangor pada hari Selasa, memang Amie mahu makan puas-puas masakan tradisi ini. Bonda memang pandai mengolahnya. Pagi tadi Encik Suami sempat membeli beberapa kilogram ikan pari yang segar dan sekarang sedang disejukbekukan untuk dibawa pulang sebagai salah satu daripada pelbagai ole-ole. Bukan apa, limit berat barang 100kg, tapi disebabkan kurang pasti dapat balik atau tidak, kerana esok Encik Suami ada temujanji dengan pihak hospital, jadi bonda berpesan tak perlulah bawa macam-macam. Yang penting selamat sampai dan selamat kembali.
Resepi: Ikan Pari Lemak Cili Padi Dengan Kencur
Sumber: Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
600 gram ikan pari - potong ikut suka
2 cawan santan sederhana pekat
5 helai daun kencur - mayang halus
sedikit serbuk kunyit
sedikit bancuhan air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
minyak
Bahan tumbuk kasar:
20 biji cili padi hijau
5 biji bawang merah
5 ketul isi kencur
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dah tumis bahan tumbuk kasar sehingga wangi.
2. Masukkan ikan pari dan gaul sehingga layu.
3. Masukkan air asam jawa dan serbuk kunyit.
4. Masukkan santan dan kacau selalu supaya tidak pecah.
5. Apabila santan mula mendidih masukkan garam dan gula serta hirisan daun kencur.
6. Biarkan di atas dapur dengan api perlahan sehingga ikan masak.
7. Angkat dan hidangkan.
20 comments
salam amie.dah lama akak tak bertandang ke sini..bnyk menu yg best2 akak ketinggalan..cempedak goreng kat bawah tu pun nampak terliur sgt2..hehe
BalasPadamdaun kencur tu apa ya kak? kalau daun cekur tu tau le saya
BalasPadamSalam..
BalasPadamSaya pun nak tahu juga kencur tu apa ye ? Memang terliur sangat2 tengok masakan Amie ni...terus je rasa nak makan nasi walau baru balik makan kenduri ni..heheh..
SLMT BERCUTI & BALIK KG BUAT AMIE SEKELUARGA!
alahai kak amie....mmng tergoda tengok.......
BalasPadamSalam Kak Anim,
BalasPadamAmie pun baru keluar ni kak setelah lama duduk terperam he he hehh
Pen Biru,
Samalah tu bendanya, kencur tu bahasa Jawa, cekur pula bahasa Melayu.
Mamanajmi,
Kencur tu sejenis tanaman herba, biasanya dicampur sebagai ramuan ubat-ubatan tradisional, terutama untuk wanita lepas bersalin, terkenal dalam masyarakat Jawa, tapi agaknya orang Jawa sekarang ni pun dah tak kenal lagi kecur@cekur tu he heehh
MP,
jemput makan MP...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamsedap la ikan pari tu kak..tp kt sini mahai ar ikan tu....
BalasPadamSalam kak amie! salam minggu ;-) kita lama ni kak tak makan ikan pari, kat sini tak pernah jumpa lagi kat pasar2 yg selalu kita pergi, terkecur betul tgk ikan pari akak masak niii, sedapnyerrrrrrrr!
BalasPadamYumida,
BalasPadamtu pasal kakak bawa ole-ole untuk bonda sebab tau harga ikan pari kat sana...
Ika,
tak jumpa ikan pari ye di sana, tak pe.... nanti boleh makan kalau balik kg.
Amie..kalau datang sini, terus je lapor, kalau macam ni lauknya, tak cukup sepinggan nasi..
BalasPadamkak, menu feveret saya masak lemak ni, takpe makan lemak2 ni tapi sekali sekali je hehehhe
BalasPadamSalam Kak Amie...lamanya cuti2..sedap nampaknya hidangan ni..nak join makan2 la.
BalasPadamAMIE
BalasPadamKabare? Dah dapatkah menikmati pecak olahan emak? Semoga hajat terkabul. Ayah suka sangat masakan yang berkencur, termasuk kuah pecal.
Memang bakal habiskan cuti di Selangor? Ketemu lagi.
Assalamualaikum dan salam rindu Amie,
BalasPadamBestnya ikan pari tu, tp satu bahan tak pernah dengar la Amie, kencur, ni first time dengar, camanala rupanya ya.
Selamat bercuti ya Amie...
Ummi,
BalasPadamtak cukup sepinggan boleh tambah lagi Ummi....
Aju,
iya...makan sekali sekala saja, bolehkah...
Salam Rahel,
jom makan sama...
Ayah Temuk,
BalasPadamKabare waras... belum lagi sampai kampung, esok baru nak terbang.
Tak sabar nak makan hasil air tangan bonda yang dirindui siang dan malam!
Memang hanya bercuti di Selangor sahaja, masa pun amat singkat.
Wattie,
Waalaikumussalam....Amie pun rindu kat Wattie juga! Kencur tu biasa terkenal dalam masyarakat Jawa (tapi sekarang mungkin tidak lagi), ia sejenis herba, banyak khasiat dalam perubatan tradisi mengikut kepercayaan orang Jawa.
sedapnyer tgk ikan pari
BalasPadamsini sangat susah nak jmpa la
spnjng duduk sini 3 yrs mmg x pernah jmpa kat amrket pung...nangessss
Mesti seronok balik bercuti ke kampung. Selangor, kg di mana? Manalah tau terserempak. hehehehe....
BalasPadamslm perkanalan juga dr sya...tima kasih sudi singgah ke sna yer...
BalasPadamLady Ayu,
BalasPadamkasihan dia...takpe, balik sini nanti boleh makan puas-puas.
Hazila,
Kampung Bukit Hijau, orang Jeram... agak-agak boleh terserempak ke he he hehh
Qasey,
terima kasih sudi kunjung balas.