Nasi Goreng & Ayam Goreng Butter Cereal Seasoning Powder

8:02 PTG

Apa khabar rakan-rakan semua? Semua sentiasa sihat dan dapat menjalani ibadah puasa pada hari ini dengan penuh rasa syukur dan tawadduk sebagai hamba-Nya di muka bumi ini. Tanpa disedari hari ini sudah masuk hari ke 23 kita berada di bulan Ramdahan al-Mubarak. Petang ini Amie ingin kongsi menu berbuka puasa kami sekeluarga. Amie mempunyai banyak lebihan nasi untuk bersahur. Kadang-kadang anak-anak berselera sekali untukbersahur, tapi ada kalanya langsung tidak disentuh. Misalnya, pagi tadi anak-anak memilih maggie pula untuk dijadikan menu sahur sedangkan sudah disediakan nasi bersama lauknya sekali. Terpaksalah simpan nasi ke dalam peti sejuk, dan supaya tidak berlaku pembaziran, petang tadi Amie goreng nasi lebihan itu.


Seperti biasa, memang beginilah gaya hidup manusia bernama Amie.... apabila masuk dapur, melihat bahan yang ada, barulah memikirkan apa hendak dilakukan seterusnya. Jadilah nasi goreng tak bernama seperti di atas. Resepinya seperti berikut.

Bahan-bahan:
4 cawan nasi putih
1 labu bawang besar - cincang
3 biji bawang putih - hiris
1 tangkai daun kesum - hiris
1 kuntum bunga kantan - hiris
4 batang serai - hiris halus
1/2 biji capsicum merah - hiris kecil
1/2 biji capsicum kuning - hiris kecil
1/2 biji capsicum hijau - hiris kecil
1 cawan jagung tin
2 sudu budu
garam / serbuk pati ayam
minyak

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
2. Masukkan semua bahan hirisan dan gaul rata.
3. Masukkan nasi, jagung dan budu. Gaul rata.
4. Taburkan garam / serbuk pati ayam. Gaul lagi hingga sebati.
5. Angkat dan hidangkan.

Amie tidak bubuh cili dan bahan-bahan lain kerana Amie sediakan lauk untuk nasi goreng yang tak bernama ini.


Lauk paling mudah Amie sediakan petang ini ialah Ayam Goreng Butter Cereal seasoning Powder. Sama saja cara masaknya seperti Udang Goreng Butter Cereal Seasoning Powder yang Amie buat tempohari.


Bahan-bahan:
500 gram daging ayam - potong kecil-kecil
50 gram Butter Cereal Seasoning Powder
2 pelepah daun kari
7 biji cili padi - hiris nipis
2 sudu besar mentega
garam
serbuk kunyit
minyak

Cara:
1. Gaul daging ayam dengan sedikit garam dan kunyit. Goreng hingga masak. Angkat dan toskan.
2. Panaskan mentega dengan api perlahan.
3. Masukkan daun kari dan hirisan cili padi. Goreng hingga harum
4. Masukkan ayam goreng dan gaul sebati.
5. Tutup api.
6. Masukkan Butter Cereal Seasoning Powder dan gaul rata.
7. Angkat dan hidangkan.


Sewaktu Amie masuk 'dapur' untuk masukkan menu hari ini, Amie sempat baca komen di sebelah dari seseorang yang menamakan dirinya sebagai 'Tetamu'. Beliau ingin tahu rupa Butter Cereal Seasoning Powder dan di mana tempat untuk mendapatkannya. Untuk 'Tetamu'.... di bawah ini ialah rupa bungkusan bahan tersebut. Selama ini Amie beli di Cosway, dan kurang pasti pula adakah ada dijual di tempat selain Cosway. 


Di Cosway Lahad Datu, harga sebungkus ialah RM5.90 dan harga di semenanjung ialah RM4.90. Harap Amie sudah dapat menjawab pertanyaan Tetamu ye...

20 comments

  1. sama la menu kiter hary ni
    today pow ayu buat nasi goreng cina
    lawa plak tgk telur itew ngeee

    BalasPadam
  2. Ayu,
    sedap tu nasi goreng cina...lama tak buat, ni tak tahu nasi goreng nama apa... segala benda masuk tak bertapis lagi...

    BalasPadam
  3. suka tengok telur tu terutama bahagian kuning tu..yum yum..memang anak anak ada moodnya bila bersahur.Kadang-kadang tak mahu nasi jadi kena lah standby burger atau sosej .

    BalasPadam
  4. kat rumah ni pun dah mcm trend anak2 sekarang nak bersahur dgn nasi goreng. mata masing dah makin malap je.

    BalasPadam
  5. kakamie....saya suka makan nasi goreng taruk bunga kantan....wangi je bau dia...tapi tak pernah letak daun kesum lagi..lain kali nak cuba....heheheh...saya pun menu ringkas je hari ni..nasi goreng...kekkeke

    BalasPadam
  6. heheh...nani pon mcm kak amie...jenis yang kalau nak masak, tengok dulu bahan apa yang ada di dapur...kalau buka fridge tu lagi la...siap termenung dulu depan pintu, pastu baru la dapat idea nk masak itu ini...heheh...sebab tu stok bahan mentah esp utk kuih, kek, roti memang kene sentiasa ada di rumah,

    BalasPadam
  7. salam K.Amie...singgah kat umah akak seblm melelapkn mata.Dh lama xmkn nasi goreng!!habih yer kak?

    BalasPadam
  8. Amie, singgah jap sebelum beradu, malam ni mimpi makan nasi goreng & ayam goreng butter CSP lah nampaknya

    BalasPadam
  9. lama tak makan nasi goreng sejak puasa ni...jd teringin pula bila tengok nasi goreng amie :)

    BalasPadam
  10. kak amie.. menarik menu ni.. tambah ada ayam tu dan telur lagi buat sedap tu..:)

    BalasPadam
  11. ema hanya reti masak nasi goreng kg (letak ikan bilis), nasi goreng cina, nasi goreng biasa dan nasi goreng sardin...hehehe

    BalasPadam
  12. tengok waktu siang memang bleh buat Gua terliur keh3

    BalasPadam
  13. macam nasi goreng ulam pun ada...
    mesti wangi jer kan sbb ada serai....
    minta nasi goren sikit..tapi nak minta ayam goreng banyak2....boleh..?

    BalasPadam
  14. kak amieeeee...sedapnyer nasi goreng dgn ayam tu..kalo guna butter cereal tu mmg tak leh reject punya..mesti mau mkn byk2 sdp sedap! Mieza suka guna cereal tu utk goreng sotong atau udang..belum pernah try wat dgn ayam lg..

    BalasPadam
  15. Cik Manggis,
    memang itulah kegemaran anak-anak ye, janji mereka makan sahur sebab esoknya nak ke sekolah takut tak ada tenaga pulak ye...

    Liza,
    ikut kehendak anak tiap kali sahur nak makan ayam goreng, sosej atau nugget saja, tapi kita pulak yang jemu... tapi sesekali sahur makan maggie pun sedap jugak!

    BalasPadam
  16. Quinnie,
    Kak Amie suka bubuh 2 benda tu sebab dah terbiasa makan nasi goreng kerabu waktu di Asrama UM di Petaling Jaya dulu...


    Nani,
    betullah tu... mudahkan kerja masak-masak, Kak Amie lengkapkan bahan dapur seminggu sekali je, jadi berputarlah menu selama 7 hari... itu...itu jugaklah...

    BalasPadam
  17. Atie cayang..
    ada lagi nasi goreng tu kat atas nu....

    Ummi,
    selamat beradu Ummi, bawalah nasi gorengku ke dalam mimpimu... he heheh

    BalasPadam
  18. Kasih,
    sedap juga makan nasi goreng untuk buka puasa ni...

    Juwita,
    tak cukup dengan ayam, telurnya sekali pun dibuat lauk ye... he hehehh

    BalasPadam
  19. Mama Ema,
    Kak Amie bantai je buat nasi goreng, apa yang ada bubuh je, tapi paling suka nasi goreng kerabu, banyak sayur & ada budu...

    Orlando,
    terliur takpe, jangan telan liur... kang batal puasa!

    BalasPadam
  20. Ucu,
    dia ni memang gitu... dah tahu nak minta ayamgoreng banyak-banyak tapi datang tangan kosong...mana pinggannya, nak isi ni... hi hi hiii

    Mieza....
    senang je masak guna BCSP ni... masak ayam pun sedap Mieza, ikan je Kak Amie belum cuba... jom kita try ikan pulak Mieza.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe