Assalamualaikum semua..... rindunya pada teman-teman! Amie memang beraya sakan di kampung kali ini. Pagi raya pertama memang keliling kampung bersama keluarga mengunjungi sanak saudara di Bukit Hijau. Sebelah petang pula berkunjung ke rumah saudara-mara di Bukit Kucing, Sungai Buluh dan Batang Berjuntai. Sambung pula menjelang malam selepas solat Maghrib kami bertandang ke Kapar. Penat memanglah tak terkata, tapi rasa sangat gembira dapat bertemu...
Salam Lebaran buat semua rakan yang sudi berkunjung ke dapur Amie..... kad yang tidak sepertinya ini Amie titipkan buat anda yang sangat Amie sayangi. Moga ikatan persahabatan di alam maya ini kekal berpanjangan. Andai ada terlanjur kata, terkasar bicara....maafkanlah segalanya! Moga gembira di hari nan mulia. Seperti rakan-rakan yang lain, Amie pun akan pulang ke kampung halaman esok pagi.... naik kapal terbang dari...
Ini merupakan menu terakhir untuk berbuka puasa di rumah pada hari ini. Esok pagi kami sekeluarga akan berangkat pulang ke kampung halaman keluarga sebelah Amie. Amie masak ikan lampam atau ikan salap, sebutan orang sini untuk ikan ini. Ikan lampam mudah dipancing dan hanya menggunakan buah kelapa sawit sebagai umpan. Bagaimanapun ini bukanlah ikan lampam yang kami pancing seperti selalu. Suami beli ikan...
Orang sibuk buat kuih, tayang biskut raya..... Amie masih tayang lauk! Tahun ini memang berehat dari menyediakan kuih-muih raya, maklumlah balik kampung. Tak mahu bawa kuih raya sebab sampai saja dah tak molek rupanya akibat bergolek-golek dalam kargo. Ini lauk berbuka petang kelmarin.... puasa hari ke 25. Tak payah tulis resepinya ye sebab dah pernah buat sebelum ini dalam n3 Nasi Oren Ayam...
Salam 24 Ramadhan. Moga puasa kita terus mendapat keberkatan. Rasanya begitu pantas masa berlalu, dan penghujung Ramadhan hampir tiba, seterusnya Syawal yang bakal menjelma akan mengakhiri tempoh menjalani ibadah puasa. Insya-Allah, seluruh umat Islam akan menyambut Aidil Fitri dalam tempoh terdekat ini. Tentu rakan-rakan sibuk membuat persiapan menyambut lebaran, membeli pakainan baru, menyediakan kuih raya, namun juadah berbuka puasa tetap disediakan untuk keluarga...
Kelmarin petang, dalam perjalanan pulang dari sekolah, anak bongsu Amie tiba-tiba berkata: -Mummy, boleh tak nanti buat mufin? Saya sudah janji dengan cikgu nak bagi esok. +Haaaaa? (... agaknya masa tu mata Amie terbeliak memandang wajah si bongsu. ) -Saya tanya, cikgu suka makan mufinkah? Cikgu bilang, suka. Nanti mummy saya buatkan cikgu. +Cikgu adik puasa tak? Siapa nama cikgu adik tu? -Cikgu...
Apa khabar rakan-rakan semua? Semua sentiasa sihat dan dapat menjalani ibadah puasa pada hari ini dengan penuh rasa syukur dan tawadduk sebagai hamba-Nya di muka bumi ini. Tanpa disedari hari ini sudah masuk hari ke 23 kita berada di bulan Ramdahan al-Mubarak. Petang ini Amie ingin kongsi menu berbuka puasa kami sekeluarga. Amie mempunyai banyak lebihan nasi untuk bersahur. Kadang-kadang anak-anak berselera sekali...
Petang tadi lewat sampai rumah. Rasanya macam tak sempat nak sediakan juadah puasa buat hari yang ke 21 ini. Sampai depan pintu pagar, suami telefon... tanya nak masak apa untuk buka puasa petang ini. Amie jawab... entahlah...(dengan nada letih... memang letih pun). Goreng mee sajalah.... kata suami. Ya Allah.... hari-hari dia nak makan mee. Mee goreng lagi! Mummy buat mee kari ya..... tiba-tiba...
Nasi Kuning? Bukan pulut kuning tau! Tidak tahu makanan tradisi suku kaum apa. Rasanya milik bersama, sebab pelbagai kaum masak, makan dan jual. Tidak terhad kepada kaum tertentu. Hanya ditemui di Sabah Negeri di Bawah Bayu. Biasanya dimakan waktu pagi sebagai alas perut atau untuk bersarapan. Dijual dalam bungkusan daun pisang. Lauknya terdiri daripada sambal ikan. Selalunya sambal ikan kayu, ikan tuna, ikan...