ADSENSE

Isnin, 20 Jun 2011

Laksa Utara

Kebiasaannya, tahun-tahun sebelum ini memang kami tuan rumah sempena hari bapa. Itu yang menyebabkan Amie kadang-kadang terlupa tarikh lahir pakwe Amie sebagaimana yang berlaku pada tahun ini. Oleh sebab tarikh lahirnya pada minggu ketiga bulan Jun, kami sambut serentak pada hari Ahad. Seronok.... sebab keluarga dapat berkumpul ramai-ramai, bertemu bapa mentua, ipar duai dan anak-anak buah. Kadang-kadang apa yang dirancang lain jadinya. Memang Amie luahkan hasrat untuk sambut hari bapa di rumah, tetapi petang Jumaat lepas (hari ulang tahun pakwe Amie), tukang buat kabinet dapur nak datang pasang kabinet pada hari Ahad untuk bahagian dapur kering dan dapur basah. Kebetulan pula, pagi Ahad pakwe Amie ada kerja yang perlu disiapkan. Jadi, rancangan sambutan hari bapa akan dibuat di kampung. Amie ditugaskan masak laksa. Menjelang petang, lokasinya berubah pula di rumah kakak ipar di Taman Tabanak. Kabinet sepanjang 25 kaki (unit gantung -bahagian atas sahaja) siap hampir pukul 6 petang. Tak dapatlah Amie gunakan sepenuhnya dapur untuk aktiviti memasak. Nasib baiklah buat laksa ni mudah sikit, rebus-rebus je.....siaplah juga laksa utara yang sangatlah ringkasnya sebagai salah satu hidangan untuk sambutan hari bapa.



 Nampak betul laksa masak gaya koboi...main tangkap muat je.


Yang bagusnya, bahan-bahan lain hanya perlu potong-potong saja, taklah terganggu sangat kerja-kerja pemasangan kabinet dapur kecuali asap kuah laksa, itu pun masuk dalam cerobong hud dapur. Menjelang petang, kabinet dapur kering pula dipasang, dapatlah Amie masak di bahagian dapur basah. Yang di atas tu ialah aksesori laksa yang akan dibawa ke rumah kakak ipar.


Tak sempat nak tanya kakak ipar, apa nama & jenis kek ini, tapi semua kata sangat sedap! Nampak simple saja kan, tapi rasanya memang Amie pun jilat bibir!


Sambutan hari bapa secara sederhana di rumah kakak ipar Amie.


Antara menu malam itu....sayap & sosej....


.....dan beberapa menu lain termasuk laksa yang Amie bawa. Biasanya Amie masak laksa ikut resepi biasa sahaja, ringkas dan mudah. Tapi entah kenapa tergerak pula nak ikut resepi dalam Majalah SAJI keluaran Februari 2011. Salah satu bahan yang tidak pernah Amie gunakan dalam kuah laksa ialah lengkuas. Amie pun masukkkan sedikit lengkuas dalam kuah. Mungkin ada yang tak gunakan lengkuas, tapi Amie saja je... nak cuba-cuba mana tahu ada kelainan dalam rasanya. Tapi, rasanya sama je.... macam yang Amie buat sebelum ini. Pakwe Amie belikan 4 bungkus laksa, 2 kg ikan selayang.... jadi cukuplah tu sebagai bahan asas....

Sumber: Majalah SAJI Februari 2011
Resepi :  Laksa Utara

Bahan-bahan: (ikut sukatan Amie)
2 kg ikan selayang - rebus dan ambil isinya / kisar
4 bungkus laksa kering - rendam hingga lembut - celur
7 keping asam gelugur
10 tangkai daun kesum
3 kuntum bunga tangkai (belah 4)
garam & perasa

Bahan untuk campuran laksa:
4 biji timun - potong nipis
1 rumpun daun salad - hiris nipis
5 labu bawang besar - mayang
15 biji telur - rebus dan potong wedges
1 biji nanas - buang kulit dan ricih halus
5 biji lada merah - hiris nipis
15 biji limau kasturi

Bahan kisar:
20 tangkai cili kering
1.5cm belacan
25 ulas bawang merah

Cara:
1. Satukan isi ikan dengan air rebsan dan tambah air mengikut kepekatan yang diingini.
2. Masukkan daun kesum, asam gelugur, bunga kantan dan garam serta perasa.
3. Kuah hendaklah sentiasa dikacau agar isi ikan tidak berketul.
4. Masak sehingga asam gelugur kembang dan rasanya sebati.
5. Jangan biarkan kuah mendidih terlalu lama di atas api.
6. Hidangkan bersama laksa yang telah direbus dan bahan campuran yang lain.

Jom.... ikut kami bawa laksa ke rumah kakak ipar Amie....

10 ulasan:

Juwita Jamaludin berkata...

salam kak aimie.. sedapnya nampak laksa tu.. saya memang suka laksa.. seronok nampak sambut hari bapa ramai2 gitu..

☆*♥L@dy @yU♥*☆ berkata...

ayu nie memang hantu LAKSA...dah sebulan x buat laksa....teringin la plak bila tgk pic nie...:D

anymz berkata...

mmm sedapnya buat bbq..tgk laksa tu yg akak tak tahan tu..memang feveret..

Amie berkata...

juwita,
kak amie buat lebih sikit, dpt bawa utk kawan2 di sekolah... makan laksa ni 1 je masalahnya, tak pandai kenyang...

Amie berkata...

lady ayu,
kakak ipar kak amie kurang selera makan sbb letih (urus 2 terunanya kahwin), tu sbb dia minta kak amie masak laksa spy seleranya terbuka...

Amie berkata...

anymz,
kami bawa menu masing2 dr rumah, kumpul ramai2, makan ramai2... best!

☆*♥L@dy @yU♥*☆ berkata...

ayu nie akak kalo hari2 laksa pow x per...x der istilah JEMU

Amie berkata...

ayu,
macam tak kenyang makan benda ni... balik2 nak makan

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

salam..bestnya sambut hari bapa ramai2..dah cam kenduri lak!makasih atas doanya tuk Arwah..Amin

Amie berkata...

tie,
ipar duai sebelah suami...sebelah amie takde...