Sabtu, 4 Jun 2011

Kepala Ikan Jenahak Singgang

Walaupun ada undangan ke majlis kahwin malam ini, masak di rumah adalah wajib.... sebab anak-anak di rumah pun nak makan juga. Selalunya kalau majlis kahwin di kampung kami datang anak beranak, tapi kalau undangan majlis di hotel atau dewan, kami datang berdua suami isteri sahaja. Maklum sajalah, suasananya tentu lebih formal...


Bahan-bahan:
5 keping bahagian kepala ikan jenahak
500ml air
1/2 sudu serbuk kunyit
1.5cm halia (hiris nipis)
1/2 labu bawang besar (mayang bulat)
3 biji bawang putih (pecahkan)
1 batang serai (dititik)
1 biji tomato (belah 4)
2 keping asam gelugur
5 helai daun limau purut
garam & perasa

Cara:
1. Panaskan air dan masukkan bawang putih, bawang besar, serai, tomato, asam gelugur dan serbuk kunyit. Biarkan mendidih.
2. Masukkan kepala ikan jenahak. Masak di antara 5-7 minit.
3. Masukkan daun limau purut.
4. Bubuh garam dan serbuk perasa.
5. Kepala ikan jenahak masak singgang siap untuk dihidangkan.

Tiada ulasan: