ADSENSE

Rabu, 8 Jun 2011

Conchiglie Sup Bebola Daging

Assalamualaikum, selamat pagi semua... pagi Rabu yang ceria, terang benderang dengan panahan cahaya matahari yang hangat, sangat selesa dan nyaman. Terima kasih Allah... Engkau Maha Pencipta dan Maha Agung.... Alhamdulillah, dengan rezeki Allah pagi ini sekali lagi Amie dapat bertemu dengan rakan-rakan pengunjung yang setia. Kepada follower lama dan baru, jangan lupa ambil Follower Award yang Amie sediakan untuk anda yea... Nampaknya anak bongsu Amie masih kurang sihat, jadi khas untuknya Amie sediakan conchiglie atau shell sup dengan bebola daging. Bebola daging tu Amie buat sendiri. Nampak bukan rupa bentuk bola, leper2 je... tapi itulah hasil tangan Amie untuk anak-anak tercinta. Resepi ini bukanlah resepi yang diambil dari mana-mana buku atau majalah, ini hanyalah ikut suka hati dan perasaan Amie sebagaimana motto Amie... cooking with my heart dan soul...ecewahhhh...


Bahan-bahan:
100 gram conchiglie
250 gram daging kisar
2 batang lobak merah australia (potongkecil-kecil)
200 gram brokoli (potong kecil-kecil)
1/2 cawan kacang merah besar
1 labu bawang besar (cincang)
3 sudu minyak zaiton
1 liter air
2 sudu serbuk pati ayam
1/2 sudu lada hitam (tumbuk)
4 sudu tepung jagung
2 biji bawang putih (tumbuk)
1.5cm halia (tumbuk)
garam

Cara:
1. Campurkan sedikit lada putih, bawang putih, sedikit garam dan halia ke dalam daging kisar. Gaul sebati dan bentukkan menjadi bulat. Ketepikan.
2. Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang besar hingga naik bau.
3. Masukkan air dan biarkan hingga mendidih.
4. Masukkan bebola daging dan lobak merah dan kacang merah besar.
5. Masukkan conchiglie dan biarkan hingga kembang / lembut.
6. Masukkan lada putih, serbuk pati ayam dan garam (jika perlu).
7. Akhir sekali masukkan brokoli.
8. Conchiglie sup bebola daging siap untuk dihidangkan.

Ikut suka hatilah yea... nak tambah bawang goreng dengan daun sup atau daun bawang pun boleh. Nak makan dengan cili / pedas pun boleh.

Tiada ulasan: