ADSENSE

Rabu, 4 Mei 2011

Labu Masak Lemak Dengan Ikan Keratang Kering

Ketika sedang mengikuti taklimat ISO petang tadi, entah macamana terbisik-bisik dengan rakan sebelah... perut laparlah, bisik Amie. Saya dah makan di kantin, jawan si kawan. Lauk apa?.. Amie tanya. Ada sayur labu....kata si kawan tadi. Owww... mesti sedap, bisik hati Amie dan tak semena-mena terbayang sebiji labu manis yang entah berapa lama 'duduk' di dapur. Dan... sebenarnya kelmarin suami dah tegur, katanya... apa jadi dengan labu nan sebiji tu? Sambil menunggu dengan sabar bilakah akan berakhir taklimat ISO, Amie berangan-anganlah nak masak labu manis. Bayangkan, dah pukul 2 lebih kami masih terperangkap dalam 'bilik' dan ramai yang tersengguk-sengguk. Bukan apa, letih dan lapar, selepas sarapan pukul 6.30 pagi sampai petang belum makan apa-apa..... taklimat yang disampaikan pun macam masuk angin keluar asap dah....


Bahan-bahan:
400 gram labu manis (potong dadu)
7 keping ikan keratang kering (rendam hingga lembut)
500ml santan
1 batang serai (diketuk)
15 biji cili padi (tumbuk)
5 biji bawang putih (tumbuk)
5 biji bawang merah (tumbuk)
gram & gula

Cara:
1. Masukkan santan bersama semua bahan tumbuk ke  dalam periuk.
2. Masukkan ikan kering dan labu manis.
3. Didihkan dengan api sederhana. Kacau sekali sekala supaya tidak pecah santan.
4. Apabila labu telah empuk, masukkan garam dan gula.
5. Labu masak lemak dengan ikan keratang kering siap untuk dihidangkan.

4 ulasan:

aesh came berkata...

hmm mcm sedap..msk labu biasa tp dgn ikan kering nih x pnah try lagik..harus cuba ni..

LinRosly berkata...

Assalamualaikum...

Bila tgh makan ni sure Kak Lin lalu buat2 x pandang...

Amie berkata...

aesh came,
agaknya sbb labu tu manis, bila campur ikan kering...kombinasi rasanya lain sikit... sedaplah tu kot... he he

Amie berkata...

linrosly,
he ehehe... bab makan mmg dah tak nampak sape2 lin...