ADSENSE

Isnin, 23 Mei 2011

Ikan Gerut-Gerut Masak Lemak Berempah

Selamat malam semua...., malam masih muda tapi mata Amie macam dah layu semacam. Apapun sebelum masuk tidur, sempatlah juga Amie masukkan resepi masakan ikan gerut-gerut. Namanya lemak berempah, bukanlah bermaksud banyak jenis rempah yang digunakan. 3 jenis je... ketumbar, jintan putih dengan jintan manis.... tapi kira rempah jugalah. Ini yang bestnya.... bebas menyerlahkan kreativiti dalam masakan walaupun kadang-kadang macam entah apa-apa resepi yang dibuatnya... he he he...


Bahan-bahan:
2 ekor ikan gerut-gerut (bersihkan dan potong ikut suka)
250ml santan
12 keping nanas masak
5 biji lada kering (potong 2)
1/2 sudu serbuk kunyit
1 keping asan gelugur
2 batang serai (dititik)
5 biji bawang merah (tumbuk)
5 biji bawang putih (tumbuk)
1.5cm belacan(tumbuk)
1/2 sudu jintan putih (tumbuk)
1/2 sudu jintan manis (tumbuk)
1/2 sudu ketumbar (tumbuk)
minyak
100ml air
gram & gula

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan tumbuk serta serai hingga wangi.
2. Masukkan nanas, kunyit dan asam gelugur. Kacau sebati.
3. Apabila nanas layu, masukkan air dan biarkan mendidih.
4. Masukkan ikan gerut-gerut dan masak selama 5 minit.
5. Masukkan santan, garam dan gula. Kacau sekal-sekala.
6. Apabila sedang elok masaknya, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

6 ulasan:

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

salam Amie..sedap tue ikan gerut buat masak lemak berempah.

Ayu berkata...

Asalam amie, kita datang ambik award..thanks dear for the thoughts ya..

Adry@Daun berkata...

As salam tuan umah, ikan gerut2 ni baik utk ibu dlm pantang. Tau tak knpa ikn diberi nama gerut-gerut? Ikn ini akn mengeluarkn bunyi, 'geroott..gerooot..' apabila ia sukar utk bernafas. Masa kna tgkp/pancing tu la. Kesian dia...hehe...

Amie berkata...

azatiesayang,
iyela kan,... selalunya asyik goreng saja, sesekali cuba pulak masak begini... mmg sedap punn...jom makan.

Amie berkata...

ayu,
terima kasih sudi terima award ye ayu...moga persahabatan berpanjangan.

Amie berkata...

adry@daun,
oh...ada asal-usul ceritanya gerut-gerut yea... dan kak amie baru tahu ikan ni bagus utk ibu dlm pantang... terima kasih adry...