ADSENSE

Rabu, 18 Mei 2011

Ikan Bayan Asam Pedas Ala Kelantan

Resepi kali ini Amie ubah suai daripada buku masakan 'CHEF' koleksi istimewa Majalah Perempuan ...puas belek-belek muka depan sampai kulit belakang mencari tahun terbitan, tak jumpa. Amie pun tak ingat berapa lama Amie simpan buku resepi ini... mungkin sudah 7 atau  8 tahun. Asal nama resepinya Asam Pedas Ala Kelantan dan gunakan ikan tenggiri tapi Amie gunakan ikan bayan. Amie pernah masukkan resepi ikan bayan dalam blog ini... Ikan Bayan Masak Merah, Masakan Ala Cocos.


Amie ada seekor ikan bayan yang cantik warna biru kehijauan dan campur kuning jingga seberat 1kg. Sisiknya besar-besar, dan Amie kopek satu persatu sisik ikan ini.



Sesudah dibersihkan Amie potong-potong dan ambil lima bahagian untuk dimasak. Selebihnya Amie simpan dan peti sejuk termasuk kepalanya sekali.



Kita lihat bahan masakan sepanuhnya:
5 keping ikan bayan
7 biji cili padi (tumbuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
4 ulas bawang merah (tumbuk)
1.5cmlengkuas (tumbuk)
2 batang serai (dititik)
5 tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan (belah 2)
1 keping asam gelugur
12 keping hirisan nanas
1/2 sudu serbuk kunyit
garam & perasa
400ml air
minyak



Bila sudah cukup lengkap bahan-bahan yang tersenarai di atas, bolehlah kita mula memasaknya.
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan tumbuk termasuk serai hingga wangi.
2. Masukkan serbuk kunyit dan asam keping.
3. Masukkan air dan biarkan mendidih.
4. Masukkan ikan dan nanas dan bunga kantan. Masak selama 7 - 8 minit lagi.
5. Masukkan daun kesum dan tomato.
6. Masukkan garam dan perasa.
7. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

2 ulasan:

Ucu Faridah berkata...

comelnye ikan bayan...ada kalor2 lagi...saya x pernah tengok n makan pun ikan tu..hujung minggu ni masak byk2 ye pastu antarla kerumah saya (meru)...

Amie berkata...

mmg comel ikan bayan tu... nanti tunggu amie transit di klia turunkan masakan ye.. he he