ADSENSE

Sabtu, 7 Mei 2011

Buras

Buras.... bukan Amie yang masak. Memang tak pandai pun...tapi tahu makan buras, sebab sana sini orang suka bagi. Mula-mula makan buras hampir 19 tahun lalu di sebuah gerai. Dulu, aktif dalam kegiatan seni dan budaya. Masa bujanglah... rajin turun padang, tiap petang bawa budak2 sekolah latihan tarian dan drama di Dewan Belia Lahad Datu. Ada jurulatih tari dan drama di situ. He he... terlanjur cerita pasal seni budaya, di sinilah jodoh Amie ditemukan. Hmm... cerita lama tu... Berbalik cerita tentang buras. Lepas latihan drama dan tarian, Amie ronda-ronda bandar kecil Lahad Datu. Dari situlah Amie belajar makan buras secara tidak sengaja. Kenapa tidak sengaja pulak? Iyalah... buras dalam soto makasar. Aduiii... sedapnya soto makasar! Nantilah, satu hari Amie nak masak juga soto makasar ni. Lepas tu Amie jumpalah buras di mana-mana terutama pada hari raya. Tahulah Amie, buras adalah makanan tradisi masyarakat Bugis. Lauk yang Amie jumpa pum macam-macam tapi kalau hari raya biasanya mereka makan buras bersama ayam masak lengkuas. Tengah leka menonton filem Hindustan, tiba-tiba suami pulang dan ajak makan. Katanya kawannya orang Bugis bagi buras. Terpaksalah tinggalkan Rani Mukerjee di tv, temankan suami makan. Amie pun makan juga... buras yang dibawa pulang, nampak sangat unik dengan lauk ikan bilis dan sayur seperti di bawah ini....


Yang panjang tu... buras daripada beras pulut dan yang empat segi tu beras biasa. Suatu hari nanti nak menuntut ilmu buat buras pulak...

1 ulasan:

Lee Schia berkata...

salam...boleh tak dapatkan resepi ikan bilis sayur tu..dah lama cari resepi tu tp tk jumpa2 gak..