ADSENSE

Sabtu, 14 Mei 2011

Ayam Masak Sos Hoisin Campur Madu

Nampaknya aktiviti memasak bulan Mei ini agak slow...., maklumlah sepanjang hari terpaksa berada di tempat kerja sampai petang, mesyuarat itu dan ini dan bla bla bla....... akhirnya kepala pun asyik berdenyut-denyut berhari-hari lamanya. Masak pun sekadar goreng-goreng saja, ayam goreng, ikan goreng.... nak masukkan gambar ayam goreng dan ikan goreng, ikan singgang, sayur sup...itu je,  he he... semua orang tahu ikan goreng dan ayam goreng. Petang ini ringan tangan sikit nak masak ayam dengan sos hoisin. Amie gunakan sahaja bahan  sedia ada di dapur termasuk madu dan cili padi.


~ralat: tarikh dlm gambar di atas 2/1/2007... patutnya 13/5/2011...
Bahan-bahan:
10 keping daging ayam
5 biji bawang merah (tumbuk)
5 biji bawang putih (tumbuk)
7 biji cili padi
1.5cm halia (tumbuk)
1/2 labu bawang besar (mayang)
2 sudu madu
2 sudu sos hoisin
1 sudu sos soya
1 sudu serbuk pati ayam
100ml air
minyak
garam

Cara:
1. Gaul daging ayam bersama sedikit ayam. Goreng setengah masak. Angkat dan toskan.
2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, bawang merah, cili padi dan halia hingga wangi.
3. Masukkan air dan biarkan mendidih.
4. Masukkan ayam, sos hoisin dan sos soya. Perlahankan api. Biarkan hingga ayam masak.
5. Apabila kuah telah pekat, masukkan madu.
6. Taburkan serbuk pati ayam dan hirisan bawang besar.
&. Ayam masak sos hoisin siap untuk dihidangkan.

1 ulasan:

adda syuhada berkata...

sos hoisin tu cmner yer?