Sedapnya Makan Nasi Lauk Ikan Cencaru Goreng Kunyit Bonda SA dengan Sambal Kuini
6:20 PGBismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin petang bawa pulang sembilan biji buah kuini. Kalau di LD bekalan buah kuini datangnya dari Filipina. Apabila dibawa masuk ke dapur, aromanya penuh satu rumah. Buah kuini dari negara jiran ini memang isinya cantik dan manis kalau sudah masak.
Jadi, kelmarin petang memang tak sabar hendak sediakan Sambal Kuini dan temankan bersama Ikan Cencaru Goreng Kunyit Bonda SA. Sambal Kuini bau wangi. Ikan Cencaru Goreng Kunyit pun wangi sama. Aroma segar datang ketika menggoreng bawang putih dengan kunyit hidup. Kunyitnya pula Encik Suami tanam sendiri. Jadi aromanya memang segar sebab apabila hendak digunakan baru dicabut dari tanah.
| Nasi panas makan dengan Ikan Goreng Kunyit dan Sambal Kuini. |
Walaupun ada sayur, tetapi untuk rasa lebih enak memang hanya ambil nasi panas bubuh ikan dan sambal sahaja. Jangan bubuh kuah! Ini yang terus tambah-menambah nasi dalam pinggan,
| Ikan Cencaru Goreng Kunyit |
Terima kasih SA. Kak Amie selalu gunakan resipi tinggalan arwah Mak Pah. Al-Fatihah buat arwah. Semoga tenang di sana, dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Amin.
12 comments
Tinggalan resepi aruah mak Pah jadi saham Akhirat. Al fatihah buat bonda SA
BalasPadamMasya-Allah, telan-telan air liur saya baca dan tengok gambar entri ini. 🤤
BalasPadamwaduh..gandingan mantap nih....
BalasPadamSaya juga suka ikan goreng kunyit SA tu...Oh..baru tahu Fillipina juga mengekaport kuini
Gabungan lauk sedap, ikan goreng kunyit dan sambal kuini dengan nasi panas..berpeluh makan dibuatnya ni. Rasa tak cukup nasi.
BalasPadamAlhamdulillah..sedap sekali tau nampak..
BalasPadamjauh betul ya buah kuini tu 'datang' ;-)
BalasPadamgandingan yg sedap ni. ada bawang putih rangup tu lagi membangkitkan selera
BalasPadamWak panggil ikan jeket.
BalasPadamKena tanggalkan jeket dia dulu bila nak makan.
Nampak sedap la menu ni. Sambal kuini memang sedap. Nanti nak try juga resipi ikan cencaru tu.
BalasPadamTelan liur saja saya baca iniii 😍😍😅. Ntah mana cari kuini di JKT. Kalau di Medan dan Aceh banyak, jakarta ini rare sikit. Pastiiii sedap kak, sambal kuini makan dengan ikan goreng. 🤤🤤🤤.
BalasPadamMemang bertambah lah makan 😅
Gandingan yang sangat padu Kak Amie. Resipi tinggalan arwah Mak SA ni memang sentiasa membangkitkan selera. Semoga resipi yang dimanfaatkan ini menjadi pahala berterusan buat arwah. Al-Fatihah buat arwah Mak Pah..rindu memang tak pernah padam...
BalasPadamDah banyak kali nengok ikan goreng style SA tapi belum lah dibuatnya.
BalasPadam