ADSENSE

Sabtu, 15 Jun 2019

Cara Membuat Sambal Kuini Yang Sedap!

Aduhai!
Setelah perut melayan segaa rendang, ketupat dan lemang, kini tibalah masanya untuk menikmati sepuasnya lauk harian yang sememangnya sentiasa mengundang selera! Petang ini Amie jamu tetamu yang bertandang ke dapur maya ini dengan Sambal Kuini! Bawa nasi masing-masing ehhh... ikan masin ke, sayur bening ke...hiks!

Dari malam tadi berangan untuk buat Sambal Kuini. Alhamdulillah, selesai kemas dapur dan masak untuk hhidangan tengahari, buka tudung saji sudah tersedia semangkuk Sambal Kuinin!

Kecur liur tak? Haa... cepat-cepatlah cari buah kuini di kebun atau dusun, atau di gerai buah-buahan hahaaaa.....! Pastikan buah kuini masak. Kalau tak mahu yang masak ranum, yang mengkal pun boleh. Pendek kata ikut citarasa masing-masinglah. Amie tak ada pilihan sebab semua buah kuini dalam bakul sudah masak ranum! Rasanya pun sangat manis! Dah puas makan begitu saja, eloklah buat sambal pula.

Semua orang dah tahu cara membuat sambal kuini, sama saja seperti membuat sambal mangga, binjai dan buah-buah lain. Bahan-bahannya pun ikut citarasa masing-masing juga. Ada yang bubuh cili merah campur cili padi. Ada yang bubuh cili padi saja. Ada yang tambah bawang dan sebagainya. Kalau rasa kuini ada sedikit masam, tak perlulah tambahkan asam jawa atau perahan limau kasturi, tapi kalau nak tambah juga tidak ada salahnya. Oh! Sedapnya Samnal Kuini. Tak sabar nak tulis resepinya...hihihiiii!

 Amie gunakan dua biji buah kuini yang sudah masak. Isinya manis!

Jadi, Amie tambahkan perahan limau nipis. untuk seimbangkan rasanya agar sebati dengan rasa masam, manis, masin dan pedas. Wokey, Amie tuliskan resepinya di bawah ini.

Bahan-bahan:
2 biji buah kuini masak - kupas kulit - cincang
2 biji limau nipis - perah jusnya
3 cm belacan - bakar
2 biji cili merah - buang biji
2 biji cili hijau - buang biji
15 biji cili padi - campur hijau dan merah
garam / gula / perasa pilihan secukupnya



Amie gunakan belacan Papar. Baunya tidak sekuat belacan biasa yang Amie selalu gunakan. Warnanya merah asli. Belacan Papar memang terkenal di Sabah kerana rasanya yang sedap, tidak begitu masin, tiada bahan pengawet dan tiada bahan tiruan digunakan. Belacan Papar diperbuat daripada anak udang atau bubuk.

Kalau suka pedas, boleh tambah cili padi. 
Untuk dua biji buah kuini, cukuplah dengan bahan yang Amie digunakan ini, sebab kalau lebih pedas atau terlebih cili padi hilanglah nikmat rasa kuini...hiks! Amie inginkan rasa Sambal Kuini yang cukup rasa pedas-pedas manja, ada rasa masam, lemak manis dan masin.

Buah kuini yang sudah dibersihkan, dikupas dan dicuci dan kemudian cincangkan ikut saiz yang disukai. Ada yang suka cincang kasar dan ada juga yang suka tumbuk sekali bersama sambal belacan.

Wokey....
Semua bahan sudah tersedia. Marilah kita cari lesung!

Cara:
1. Masukkan cili merah, cili hijau, cili padi, belacan bakar, garam/gula/ perasa pilihan ke dalam lesung.
2. Tumbuk kesemua bahan tetapi jangan terlalu lumat.
3. Gaulkan bahan tumbuk bersama cincangan buah kuini.
4. Perahkan limau nipis.
5. Gaul sebati.
6. Masukkan dalam mangkuk, dan sedia untuk dinikmati.


Oleh kerana rasa buah kuini sudah cukup manis, bila ditambahkan perahan limau nipis yaaa... ampuuunnn! Sedapnya! Tambahan gula / garam, / perasa pilihan yang ditumbuk bersama dalam lesung membangkitkan rasa yang sukar untuk digambarkan! Sangat sedap!

Jemput!

1 ulasan:

Warisan Petani berkata...

Tentu sedap.
Tengah musim buah kuini sekarang.