Sate Pun Ada Adik Beradik Besar dan Kecil!
9:35 PGBismillahirrahmanairrahim.
Pagi ini hendak kongsi cerita makan sate. Masih lagi cerita di Sandakan. Selepas daftar masuk Ormond Hotel kami turun naik lift ke mall dan terus ke medan selera VWXYX yang berkonsepkan layan diri. Pesan makanan dan minuman dan cari meja makan sendiri. Encik Suami makan Nasi Ayam Hainan, Amie hirup semangkuk Sup Jagung Daging sahaja. Sementara Firdaus memesan Mee Goreng Mamak dan beli minuman green tea.
Menu tambahan, 10 cucuk sate ayam dan dua cucuk sate peparu. Sate ayam harga RM1.50 secucuk dan sate peparu harga RM2.50 sen secucuk. Semuanya RM20.00.
| Sate Ayam 10 cucuk : RM15.00. |
| Sate Peparu 2 cucuk - RM5.00. |
| Tiga cucuk sate ayam yang berbeza saiz. |
Sewaktu makan sate, kami semua ketawa. Bukan kerana sate itu tidak sedap, tetapi kerana ada tiga cucuk sate dengan saiz yang berbeza membuatkan suasana makan yang santai menjadi lebih meriah kerana rasa lucu!
Selepas difikirkan semula, mungkin peniaga menggunakan bahagian ayam yang berlainan. Ada yang besar, ada yang kecil. Mungkin juga bukan disengajakan. Tapi melihat hujung lidi sate yang hangus terbakar, rasanya tukang bakar sate atau peniaga sate pun tahu saiz sate memang tidak sama.
Oleh kerana perut masing-masing sudah kenyang dengan hidangan utama, jadi sate hanya dinikmati di akhir waktu. Serba-salah juga jadinya kalau hendak dipulangkan semula sebab kami sudah makan beberapa cucuk.
Lagi pula, sate-sate kenit nan kontot itu terletak di bawah sate saiz biasa.
| Perbezaan saiz sate. |
Walaupun kami tidak komplen, namun sebagai peniaga, eloklah setiap cucuk sate mempunyai saiz yang hampir sama. Kami bukan berkira sangat, tetapi apabila membeli mengikut bilangan cucuk, sudah tentu kami mengharapkan setiap cucuk memberikan nilai yang sepadan.
Oh, rupanya bukan tiga cucuk sate yang kontot, ada lagi satu cucuk terselit di bawah baki sate yang lain.
| Sate kontot yang keempat. |
Kami tidaklah terus menghukum sebelum tahu sebabnya. Tetapi sebagai peniaga, biarlah setiap cucuk sate berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Biar pelanggan pulang dengan perut kenyang dan hati pun senang.
Entri ini sekadar kongsi cerita lucu dan bukan rungutan.
Nasib baik sate malam itu ada rasa. Cuma empat cucuk itu nampaknya sate untuk berdiet!
5 comments
aduhai tak syok nya bila jumpa peniaga macam ni..
BalasPadamLama tk mkn satay... Sedap tgk satay paru tu
BalasPadamWah saya memang suka satay tapi susah nak dapat yg sedap. Kadang orang ber niaga dah banyak sangat cucuk sate sampai tak perasan bentuk tidak sama
BalasPadammungkin juga peniaga tersilap ambil....sate size kecil mungkin beza harganya. Tapi tulah...wallahuahlam
BalasPadamrasanya peniaga tu dah tahu pasal sate yang saiz kecil tu sebab di sorok belah bawah kot kak heheheh. Tapi itulah memang saiznya nampak beza betul kan tu.
BalasPadam