Sate Pun Ada Adik Beradik Besar dan Kecil!
9:35 PGBismillahirrahmanairrahim.
Pagi ini hendak kongsi cerita makan sate. Masih lagi cerita di Sandakan. Selepas daftar masuk Ormond Hotel kami turun naik lift ke mall dan terus ke medan selera VWXYX yang berkonsepkan layan diri. Pesan makanan dan minuman dan cari meja makan sendiri. Encik Suami makan Nasi Ayam Hainan, Amie hirup semangkuk Sup Jagung Daging sahaja. Sementara Firdaus memesan Mee Goreng Mamak dan beli minuman green tea.
Menu tambahan, 10 cucuk sate ayam dan dua cucuk sate peparu. Sate ayam harga RM1.50 secucuk dan sate peparu harga RM2.50 sen secucuk. Semuanya RM20.00.
| Sate Ayam 10 cucuk : RM15.00. |
| Sate Peparu 2 cucuk - RM5.00. |
| Tiga cucuk sate ayam yang berbeza saiz. |
Sewaktu makan sate, kami semua ketawa. Bukan kerana sate itu tidak sedap, tetapi kerana ada tiga cucuk sate dengan saiz yang berbeza membuatkan suasana makan yang santai menjadi lebih meriah kerana rasa lucu!
Selepas difikirkan semula, mungkin peniaga menggunakan bahagian ayam yang berlainan. Ada yang besar, ada yang kecil. Mungkin juga bukan disengajakan. Tapi melihat hujung lidi sate yang hangus terbakar, rasanya tukang bakar sate atau peniaga sate pun tahu saiz sate memang tidak sama.
Oleh kerana perut masing-masing sudah kenyang dengan hidangan utama, jadi sate hanya dinikmati di akhir waktu. Serba-salah juga jadinya kalau hendak dipulangkan semula sebab kami sudah makan beberapa cucuk.
Lagi pula, sate-sate kenit nan kontot itu terletak di bawah sate saiz biasa.
| Perbezaan saiz sate. |
Walaupun kami tidak komplen, namun sebagai peniaga, eloklah setiap cucuk sate mempunyai saiz yang hampir sama. Kami bukan berkira sangat, tetapi apabila membeli mengikut bilangan cucuk, sudah tentu kami mengharapkan setiap cucuk memberikan nilai yang sepadan.
Oh, rupanya bukan tiga cucuk sate yang kontot, ada lagi satu cucuk terselit di bawah baki sate yang lain.
| Sate kontot yang keempat. |
Kami tidaklah terus menghukum sebelum tahu sebabnya. Tetapi sebagai peniaga, biarlah setiap cucuk sate berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Biar pelanggan pulang dengan perut kenyang dan hati pun senang.
Entri ini sekadar kongsi cerita lucu dan bukan rungutan.
Nasib baik sate malam itu ada rasa. Cuma empat cucuk itu nampaknya sate untuk berdiet!
19 comments
aduhai tak syok nya bila jumpa peniaga macam ni..
BalasPadamLama tk mkn satay... Sedap tgk satay paru tu
BalasPadamWah saya memang suka satay tapi susah nak dapat yg sedap. Kadang orang ber niaga dah banyak sangat cucuk sate sampai tak perasan bentuk tidak sama
BalasPadammungkin juga peniaga tersilap ambil....sate size kecil mungkin beza harganya. Tapi tulah...wallahuahlam
BalasPadamrasanya peniaga tu dah tahu pasal sate yang saiz kecil tu sebab di sorok belah bawah kot kak heheheh. Tapi itulah memang saiznya nampak beza betul kan tu.
BalasPadamsate beza size harga sama musykil juga kan
BalasPadamSalah cucuk agaknya tu. Harga sama je.
BalasPadamTakpelah, kita fikir positif. Itu rezeki kita untuk hari tu. Harapnya dia insaf, jadilah peniaga yang jujur mencari rezeki yang berkat. Gurauan pengubat kecewa, kelakar pulak sate pun ada adik beradik kecil besar. hihi...
BalasPadamSate kontot pulak jadinya hihi...
BalasPadamSate paru tu nampak sedap Kak Amie
Macam2 kan hihii
BalasPadamIya la terasa lucu pula lihat saiz sate yang berbeza-beza, nasib baik sedap ya Amie
BalasPadamAlaaaaa dpt sate yg srkali ngap dah habis dlm mulut hehee...tp sedapnya sate. Adakah kena cr juga ni haha
BalasPadamSetujuuuu. Sate harusnya sama tiap ukuran. Aneh pula kalau ada yg besar, ada yg kecil. Padahal harga sama. Kalaupun saat mencucuk daging ternyata potongan daging habis, ya jangan jual dengan harga yg sama 😂.
BalasPadamTapi dah laah, kita tak tahu alasan yg benar kan 😄.
Baru makan sate juga husband craving haha
BalasPadamkalau kena kat sy ni kak, sy snap gambar then ada masa pergi tanya balik kenapa sate jd mcm ni... kite berniaga kan jgn laa buat pembeli mcm ni...
BalasPadambetul jugak tu.. kalau harga secucuk sate tu sama harga, patutnya saiz perlu samalah. kalau saya mesti akan komplen jugak. atleast tambahlah sate lebih kee sebagai menggantikan sate yg tak sama saiz tu.
BalasPadamLucu betul bila tengok gambar perbezaan saiz sate tu Kak Amie! Betul-betul macam adik-beradik besar dan kecil. Tapi kesian pulak kat 'sate kenit' tu, sekali ngap je terus hilang dari lidi. Nasib baik rasanya tetap sedap!
BalasPadamIngatkan isi sate tu tertanggal dari lidi tapi kalau tengom lidi yang geseng tu memang takde lah isi.
BalasPadamSebab sate memang lah favorite, terliur terus jadinya. Macam2 saiz nya ya
BalasPadam