Cerita Tulang Lembu
7:45 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Pada suatu hari.... sebab lupa entah hari apa... ahaks! Kita balik dari ladang dan seperti kebiasaannya minta khidmat slow cooker untuk masak tulang lembu sebab kita hendak ngorok. Rasanya tulang yang dimasak itu bahagian tengkuk atau kepala. Kita hendak masak sup.
Terpusing-pusing atas katil, mata terpejam tapi tak juga tidur. Dalam tidur-tidur ayam, terlintas pula di kepala alangkah enaknya kalau dapat makan kari tulang lembu. Eh, memang betullah hati kita boleh bolak-balik! Sekejap hendak makan sup, sekejap hendak makan kari pula.
Apabila kita turun ke dapur, tulang sudah empuk sempurna. Apa kata separuh kita jadikan sup dan separuh lagi kita masak kari?
Wokey!
Petang itu, terhidanglah dua jenis masakan iaitu Sup Tulang Lembu dan Tulang Lembu Masak Kari. Tapi kita hanya makan sup sahaja, tambahkan bihun. Sedangkan Tulang Lembu Masak Kari kita tak usik. Encik Suami lagilah, dua-dua masakan tak sentuh sebab beliau lebih mencintai lauk sup ikan dengan sayurnya sahaja.
Setelah Fairuz dan Firdaus makan, adalah baki Tulang Lembu Masak Karinya dan seperti biasa Encik Suami simpan dalam peti sejuk. Fairuz suka makan bihun dengan sup tulang. Eh, sebut nama Fairuz, si bujang kami ini sekarang out station, berada di Kota Kinabalu.
| Cerita Tulang Lembu |
| Tulang Lembu Masak Kari |
Amie sengaja tambahkan telur dalam Tulang Lembu Masak Kari. Amie gunakan kentang Australia, tanpa buang kulit. Untuk resipinya sama sahaja masak tulang dengan masak daging, termasuk daging rusa atau kerbau. Cuma kalau hendak masak tulang, gantikanlah bahan tersebut dengan tulang. Bolehlah klik entri di bawah ini:
| Sup Tulang Lembu |
| Bihun Sup Tulang Lembu |
| Baki Tulang Lembu Masak Kari |
Keesokan petangnya, balik dari ladang singgah beli roti canai dan roti paratha. Bolehlah makan dengan baki Tulang Lembu Masak Kari. Amie panaskan lima keping roti canai dalam kuali dan kemudian masukkan dalam air fryer selama lima minit.
Ya ampun! Roti canai menjadi gebu dan rangup! Habis lima keping roti canai Amie makan berdua dengan Firdaus sahaja. Waktu itu Fairuz belum pulang dari kerja. Jadi sempatlah Amie panaskan roti paratha dalam kuali dan kemudian masukkan dalam air fryer supaya lebih kembang.
Rupanya roti canai ready made jenama Kawan tersangatlah sedapnya! Tak tahulah kalau setakat dipanggang atau dipanaskan atas kuali, sebab Amie pindahkan dari kuali ke air fryer untuk hasil yang lebih gebu dan rangup.
| Roti Canai jenama Kawan. |
| Roti Canai & Tulang Lembu Masak Kari |
Rasa Tulang Lembu Masak Kari sudah tentulah lebih sedap sebab dipanaskan semula dan meresap mesra segala rasanya. Ditambah pula dengan roti canai yang gebu dan rangup! Cukuplah, tak perlu cari nasi.
18 comments
Jenama kawan memang sedap... Kalau dipanaskan atas kuali je pun dah ok.. dulu memang selalu la ada stok dekat rumah, sekarang dah tak buat.. hihi..kita jarang balik
BalasPadamTerliur tgk roti paratha dengan kari tulanh lembu tu
BalasPadamRoti canai tu tengok pun tau sedap... empuk semacam je...
BalasPadamBila hati berbolak balik tu lah payahnya. Mana satu nak dituruti. Kita pun jadi pening. Sekali dua terus Kak Amie masak. Senang tak bergaduh dengan otak.Lepas dah simpan sehari tu memang lagi sedap, pekat kuahnya. Sedap tengok masakan Kak Amie. Tumpang tengok pun dah sedap apatah lagi dapat makan.
BalasPadamRoti canai terasa nak makan, enak nya tu..
BalasPadamGambar2 masakan kak Amie boleh masuk majalah / buku masakan sebab level professional dah ni hehe.
BalasPadamWah, boleh la ikut teknik Kak Amie lepas ni nak bagi lebih gebu roti canai frozen panaskan atas kuali lepas tu masukkan dalam air fryer. Selalu saya panaskan atas kuali je.
Dua² sedapnya!
BalasPadamKari perangat mmg sedap dicicah dgn roti. Apa² jenis roti pun sy suka jika dicicah dgn kuah kari
Kari dah ber malam lagi le sedap cecah dgn roti. Sup layan dgn sambal kicap.
BalasPadamMalas la nak tengok blog akak bila ada masak-masak ni, sebab menggoda sangat tengoknya. Rajin betul lah akak ni
BalasPadamKari juga sedapkan ... lagi simpan semalam, lagi sedap.. tapi buat sup pun sedap juga.. macam-macam boleh buat gan tulang lembu.. lama tak beli roti canai kawan ni.. nk simpan stok jugalah ..
BalasPadammasak 2jenis terus esoknya dah tak perlu masak...lauk2 kak amie tak pernah tak nak nampak sedap,sedap2 semuanya
BalasPadamSedapnya sup tulang tu. Makan gitu saja pun sedap dah.
BalasPadamSedapnyaaa..SA terpaksa piasa daging dan seafood dulu sampai 15/8 nanti..sebabnya ada follow up kat KPJ...tapi tgok menu akak ni .macam nampak ke arah bakal kantoi je ni..
BalasPadamSedap sangat ni Kak Amie. Sup atau Kari. Kami pun suka jenama Kawan.
BalasPadamAiiiiih macam kepengin nak beli juga canai instan ini kalau ke sana 😍😍😍. Nanti cek dululah, apa bisa dibawa ke JKT atau tidak. Tak banyak yg jual canai, paratha instan di sini. Padahal saya memang sukaaa sangat canai . Apalagi dengan kari begitu 😍😍
BalasPadamMenarik tips masukkan roti canai @ paratha dalam AF. Kadang beli roti canai lambat makan dah sejuk, liat pulak.
BalasPadamSaya pilih masak kari ....kerana tekak saya suka yg berperisa..tapi kat rumah anak anak lebih suka sup...maka asyik ikut tekak depa
BalasPadamsedapnya supppp kalau dpt cicah dgn roti perancis ;-)
BalasPadam