Jericho Yang Suram Namun Ada Manis Jus Delima dan Kurma Medjool!

10:49 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Singgahan kami di sebuah kedai kurma dan gerai jus buah delima di Jericho memberi rasa yang sukar digambarkan. Kedai-kedai di sini  kelihatan sederhana dan agak sunyi. Buah-buah delima yang tersusun di meja kelihatan sedikit layu, seolah-olah sudah lama menunggu pembeli. Suasananya tidak meriah seperti yang sering kita bayangkan di tempat pelancongan.


Walaupun melihat buah delima yang sudah kelayu-layuan, namun apabila teringat pesan tour leader supaya membeli-belah di sini untuk membantu ekonomi penduduk Palestin, kami tidak teragak-agak untuk membelinya. Peniaga buah delima mencadangkan kami minum jus campuran delima dengan oren. Lupa pula harganya, samada 3 USD atau 5 USD segelas. Oleh kerana perut Amie dan Encik Suami agak sensitif kalau meneguk jus buah, jadi kami hanya beli segelas sahaja sekadar untuk rasa-rasa dan kongsi bertiga dengan Encik Suami dan Firdaus.

Ketika meneguk jus itu, terasa campuran rasa masam dan manis yang menyegarkan. Dalam hati terlintas satu perasaan halus, mungkin beginilah kehidupan sebahagian penduduk di sini, sederhana dan penuh ketabahan.





Peniaga buah memerah buah delima dan oren.


Banyak juga hasil perahaan dua jenis buah ini.
Rasanya manis, kurang masamnya dan sejuk pula.


Firdaus kata, jus delima campur oren ini sangat sedap. Biarlah Firdaus habiskan sebab perutnya tahan banting....ahaks!



Firdaus beli gelang (dalam genggaman) berharga 20 USD. Katanya hendak hadiahkan kepada kawan-kawannya.


Kami masuk ke kedai jualan pelbagai jenis kurma berhadapan dengan gerai buah delima. Kami dihidangkan dengan beberapa jenis kudapan seperti kacang, kurma, halia madu dan sebagainya. Kemudian, bolehlah beli untuk oleh-oleh terutamanya kurma Medjool yang besar, lembut dan lemak manis itu.

Selain kurma Medjool, terdapat juga beberapa jenis kurma lain.


Amie beli empat kotak kurma Medjool dan empat kotak coklat kurma. Jual beli dalam bentuk mata wang USD tapi tak ingat berapa harganya tapi agak mahal juga! Mungkin tempat kunjungan pelancong, jadi harga pun harga pelancong.

Kotak-kotak ini berisi coklat kurma dan kurma tempatan.



Halia Madu

Beli juga halia madu. Satu bekas 10 USD.
Memang sedaplah kunyah halia madu tapi asyik buang angin saja sepanjang hari. Sesuailah untuk panaskan badan di musim sejuk ketika itu.



Jericho bukan wilayah Gaza. Ramai beranggapan keadaan Palestin itu penuh dengan adegan peperangan dan kehancuran  sebagaimana keadaan di Gaza. Dalam entri lepas, Amie telah tuliskan tentang pembahagian kawasan penduduk Palestin seperti berikut:

Orang Palestin di Gaza:
Mereka tinggal di kawasan kecil di pesisir Laut Mediterranean yang dipanggil Gaza Strip. Kawasan ini diperintah oleh Hamas sejak 2007. Gaza berada di bawah sekatan ketat oleh Israel dan Egypt, menyebabkan pergerakan keluar masuk sangat terhad, ekonomi sukar berkembang dan infrastruktur banyak yang rosak akibat konflik dan pengeboman dari tentera Isra.
Kehidupan di Gaza lebih sukar dan terhad berbanding kawasan Palestin lain. Di sinilah rejim zionis menghacurleburkan seluruh kawasan mereka seperti yang kita lihat di media sosial.

Orang Palestin di Tebing Barat (West Bank):
Merekat tinggal di bandar seperti Jericho, Ramallah, Hebron dan Nablus. Kawasan ini ditadbir sebahagiannya oleh Palestinian Authority. Ada universiti, kedai dan pejabat kerajaan. Pelancong masih boleh melawat beberapa tempat. Namun masih ada sekatan jalan dan kawalan keselamatan.

Kehidupan di sini lebih terbuka sedikit berbanding Gaza, walaupun masih menghadapi pelbagai sekatan. Di wilayah inilah tempat lawatan kami.

Setiap tempat mempunyai ceritanya sendiri. Walaupun kelihatan sepi dan kurang bermaya, Jericho tetap meninggalkan kenangan yang mendalam. Kadangkala, daripada tempat yang sederhana itulah kita belajar menghargai kehidupan dan merasai erti syukur.

2 comments

  1. Saya pun ingat macam tu juga rupanya masih ada tempat yang selamat. Jus pekat delima dan oren tu sungguh mengoda.

    BalasPadam
  2. minum air pure delima macamtu, confirm rasa nak membuang je.
    urusan jaul beli di sana semuanya guna duit USD ke? mahal juga tuu

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Acheh - Banda Acheh) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Jordan - Amman ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Palestine - Jericho - Baitul Maqdis - Hebron - Jerusalem ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~UAE - Sharjah - Dubai ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Acheh Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Salad Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe