Iftar 23 Ramadan 1447H - Nasi Daging Air Asam Kerisik
9:20 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Dalam perjalanan pulang dari ladang, kita tanya Encik Suami : Masak apa yang sedap gunakan slow cooker? Tekan butang slow, boleh tinggalkan dan tidur sampai petang.
Encik Suami ketawa saja tanpa jawapan. Akhirnya Amie kata, baiklah kita pergi Megaridwan Cold Storage LD. Mana tahu ada yang boleh dibeli untuk bahan masakan juadah berbuka puasa.
Sampai di Megaridwan Cold Storage, Amie ternampak di bahagian bahan basah, seorang pekerja sedang memotong daging lembu segar. Bukan selalu boleh dapat daging segar! Tiba-tiba terlintas di fikiran untuk mengolah masakan yang sedap tapi mudah. Mungkin boleh masak nasi daging. Amie minta dua keping bahagian peha.
Dalam perjalanan pulang ke rumah sudah tersimpan di kepala :
- Nasi Daging
- Air Asam Kerisik
- Dalca Daging
- Sup Kosong
Jadi, sebaik sampai di rumah Amie terus bergegas ke dapur. Masukkan daging dalam slow cooker dan tuangkan air. Tekan butang 'high' dan terus tinggalkan. Apalagi.... ngorok dululah....hiks hiks hiks!!!
| Nasi Daging Air Asam Kerisik |
| Hidangan Berbuka Puasa |
| Nasi Daging |
Resipi Nasi Daging Air Asam Kerisik ada di sini:
- Resepi Nasi Daging Yang Sedap!
- Nasi Daging Air Asam Kerisik
- Nasi Daging ala Koboi
- Nasi Daging Rusa Air Asam Kerisik
| Air Asam Kerisik |
Air Asam Kerisik ini hasil air tangan Encik Suami. Cantik rupa parasnya dan sedap pula rasanya.... ahaks! Sekali-sekala merasa ir tangan Encik Suami memang sedap. Mungkin sudah jemu dengan masakan sendiri.
| Dalca Daging |
Resipi Dalca Daging ada di sini:
- Dalca Daging Che Jah : MALAYSIAN FOOD FESTIVAL (PENANG MONTH)
- Dalca Daging Kambing (Lamb)
- Dalca Daging Pipi Lembu
| Sup Kosong |
Kiranya slow cooker sangat membantu sebab sekali rebus daging boleh buat tiga menu. Sebahagian daging dibuat Nasi Daging, sebahagian lagi dibuat Dalca Daging. Air rebusan daging pula digunakan untuk masak nasi, masak dalca dan dibuat sup kosng.
| Bismillah |
Habis sepinggan Nasi Daging Air Asam Kerisik Amie makan. Minumnya pula Lemon Madu Panas. Memang terasa segar dan ringan saja badan walau kekenyangan. Selepas menulis entri ini hendak minum lagi Lemon Madu Panas. sedap!
| Lemon Madu Panas |
Sibuk menyiapkan Nasi Daging Ari Asam Kerisik, terlupa hendak sediakan salad campur untuk Encik Suami. Tiba-tiba azan maghrib berkumandang. Eh, tak sedar cepatnya masuk waktu berbuka.
23 comments
Slmt berbuka
BalasPadamTerbaikkk menu nasi daging
Memang kecur tgk ni
Air asammm ishhh memang tak blh tolak ni
Air asam itulah penyedap nasi daging😋😋😋
PadamSedapnyer
BalasPadamSelamat berbuka puasa.
Terima kasih Wak. Jemput berbuka puasa.
PadamGabungan iftar yg sedap sampai lupa buat salad.
BalasPadamHahahaaa.... betul-betul terlupa tanpa sengaja.
PadamSedapnya nasi daging air asam. Rasanya pernah sekali je buat.
BalasPadamMemang sedap Cie.
PadamMudah dan ringkas olahannya.
air asam kerisik lama dah xrasa sedap cicah daging rebus
BalasPadamAlhamdulillah. Gabungan rasa yang mantap Kak PI.
PadamSedap tu, nasi daging ada air asam. Telan ailio tengak gambar. 😋
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamHasil kerjasama laki bini di dapur hihihi.
Juadah kak Amie ni memang sentiasa nampak menggoda tau.
BalasPadamSaya tak ada slow cooker, rasa macam nak beli jugak. Bolehlah campak bahan, lepas tu ngorok dulu 😂
Terima kasih Ujie.
PadamHeheheee.... letih punya pasal balik dari ladang mesti nak ngorok sekejap. Mujur ada slow cooker.
Sambal balacan tu kan ..menggoda juga nampak..hebat sajian..
BalasPadamAlhamdulillah. Negara kita memang mewah dengan pelbagai sajian.
PadamAlaa sedapnya nasi daging Kak Amie ni siap semua cukup hidangannya
BalasPadamAlhamdulillah. Mudah dan ringkas masakannya.
PadamAir asam kerisik tu bikin makan menambah.
BalasPadamBetul Faizah, rasa tak mahu berhenti makan pula.
Padamwahhh sedapnya kak.... ini antara menu yang dana tak pernah masak
BalasPadamsedapnya nasi daging. makanan ni glemer dkt utara
BalasPadamSaya memang harus beli juga slow cooker ini. Biar bisa masak sekaligus macam kak Amie 🤭. Kemarin2 tuh dah niat nak beli steamer listrik dan slow cooker. Tapi msh dalam keranjang saja.
BalasPadam