Terbang Bersama Royal Air Maroc : Doha - Casablanca
10:30 PGBismillahirrahmanirrahim.
Penerbangan diteruskan dari Hamad International Airport (Doha) dengan menaiki pesawat Air Marocco B787 selama 8 jam 12 minit menuju ke Casablanca.
Doha - Casablanca |
Royal Air Maroc AT0217 |
Lain pula bentuk selimut dan bantal di dalam pesawat Royal Air Maroc. Selimutnya digulung dan apabila dibuka, nampak tebal! Selain itu ada lagi bungkusan lain diberi berisi stoking dan penutup mata.
Pengalaman pertama naik pesawat Royal Air Maroc B787. |
Rasa seperti bangun sahur apabila dihidangkan makanan pada waktu dinihari. Amie hanya makan sesudu dua sahaja memandangkan rasa nasi yang agak berempah, takut perut terkejut. Makannya pula dalam cahaya lampu samar-samar! Inilah yang mematikan selera juga ... ahaks! Tak nampak jelas apa yang dijamah. Selain nasi dan hirisan ayam di dalamnya, dihidangkan juga roti bersama mentega, coklat, yogurt, salad dan dessert.
Dessert - Tart |
Yogurt mangga ini memang sangat menggoda! Kita makan dua sudu sahaja. Memang sedap tapi kena ingat apa akan terjadi kalau semuanya masuk perut.... ahaks!
Sementara menunggu mata mengantuk, tonton dulu rancangan pilihan di skrin supaya rasa bosan dan tertidur. Kita pilih slot Nadiya's Simple Spices. Kebetulannya pula paparan tentang siri masakan.
Pizza dengan topping terung!
Mampu telan air liur sahaja!
Kami boleh meminta pelbagai minuman kegemaran pada bila-bila masa. Amie lebih suka minum air kosong sahaja berbanding minuman panas seperti kopi dan atau minum jus buah.
Hidangan kali kedua diedarkan sewaktu semua penumpang sedang lena tidur. Terkulat-kulat buka mata dan melihat apa makanan ringan yang disediakan.
Kami dihidangkan sandwich, muffin dan yogurt mangga serta minuman pilihan samada jus buah atau minuman panas.
Hurrmmm... yogurt mangga yang sedap ini lagi! |
Di sebelah menyebelah, rakan-rakan Trip Morocco - Sepanyol - Portugal mula kedengaran mengeluh. Ada yang kata bengkak kaki, tegang betis dan lenguh di sana sini. Ada yang mula menyapu minyak urut dan sebagainya!
Sekarang pesawat sudah menghampiri destinasi. Terpandang Strait of Gibraltar di dalam peta. Selat itulah yang akan kami seberangi dari Morocco ke Sepanyol dalam kembara kami.
Video peta perjalanan menuju Casablanca.
Ketika pesawat Royal Air Maroc mendarat di landasan, kami disambut dengan curahan air hujan. Terasa suhu yang amat sejuk ketika kami menuruni anak tangga pesawat dan kemudian naik bas ke terminal Casablanca Airport.
Tak sabar hendak mengambil beg dan untuk mengetahui keadaannya, samada masih sempurna atau rosak mana-mana bahagian.
Selamat datang ke Morocco!
Baju yang sama dipakai sejak penerbangan dari Tawau!
Alhamdulillah. Sudah selamat jejak ke destinasi walau dengan wajah yang nampak lesu. Maklumlah makan tidur, pejam celik sepanjang penerbangan tidak kira siang dan malam.
7 comments
Alhamdulillah sampai jugak akhirnya di Morocco...
BalasPadamkak ammi... tolonngggggggg.. cantiknya gambar2 makanan yg akak ambikkkkkk....
BalasPadamakak layan resepi ni tak terasa lapar ke tu hehehe...
BalasPadam8 jam tu... dah mcm mas-jed juga tu...
Sedapnya makanan yang disediakan oleh pihak airlines. Selamat bercuti kak
BalasPadammakanan yang dihidang nampak sedap semuanya kan tapi kalau dah mengantuk memang memilih tidur dari makan
BalasPadambaju yang sama tak kisah janji tak ashemmm
BalasPadamDessert Tart tu sedapnya. Suka tengok Nadiya dalam TV jugak. Ceria je dia.
BalasPadam