Pemenang Teka Negara Yang Amie Dikunjungi
5:02 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Setengah bulan lamanya dapur maya ini tidak berasap. Sudah mula bersawang rupanya! Sebelum tutup dapur tempoh hari, Amie sempat tulis entri Travel Checklist dan di penghujungnya diselitkan dengan teka-teki:
- Sebutkan nama negara yang akan Amie jejaki.
- Boleh teka sehingga lima buah negara.
Pada 13 Februari 2025 bersamaan hari Khamis pukul 12:12 tengah hari Amie umumkan dalam ruangan komen bahawa tempoh meneka sudah tamat.
Antara syarat yang Amie tuliskan : Boleh teka sehingga lima buah negara. Ini bermakna sekiranya ada yang tulis melebihi lima buah negara, walaupun jawapannya betul maka dikira tidak mematuhi syarat.
Dengan ini Amie umumkan negara yang Amie kunjungi iaitu:
- Afrika Utara : Negara Morocco @ Maghribi
- Eropah : Sepanyol dan Portugal
Tiga negara yang Amie jejaki : Morocco, Sepanyol dan Portugal |
Amie tidak menetapkan syarat sebut ketiga-tiga nama negara tetapi hanya sebutkan nama negara yang akan Amie jejaki. Bermakna walaupun hanya sebut satu negara yang betul maka dikira sebagai pemenang.
Dengan ini Amie umumkan pemenang tersebut iaitu:
Tahniah kepada semua peneka yang berjaya. Ada oleh-oleh kecil akan Amie kirimkan untuk mereka. Diharap kepada ketiga-tiga penama di atas dapat memberikan nama penuh, alamat dan nombor HP terkini melalui emel salamiez@gmail.com
Kepada yang meneka tidak tepat dan tidak mematuhi syarat, in syaa Allah pada masa yang lain ada rezeki untuk anda. Terima kasih kepada semua kerana turut memeriahkan dapur maya yang ditinggalkan selama dua minggu!
4 comments
Wah...tahniah buat semua pemenang...
BalasPadam*Utusan Diraja*
BalasPadamKehadapan tuan hamba,
Beta , Permaisuri Cuya Wal Kelapa menjemput tuan hamba untuk
hadirkan diri ke majlis giveaway beta yang sedang berlangsung.
Kedatangan tuan hamba sangatlah beta nantikan. Ayuh, ke teratak beta.
Beta menanti!
https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2025/02/giveaway-kerajaan-kelapa.html
Alhamdulillah ada rezeki utk saya 🤲🏻
BalasPadamTerima kasih banyak Kak Amie 🌹
Tahniah kepada pemenang ya :)
BalasPadam