Sarapan di Bungkus Kaw Kaw KLIA 2 & ke KLIA 1 Untuk Terbang ke Doha
12:17 PTGBismillahirrahmanirrahim.
29 Januari 2025 - Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau - perjalanan darat dari Tawau ke LD.
31 Januari 2025 - Perjalanan darat dari LD ke Tawau.
01 Februari 2025 - Penerbangan dari Tawau ke KLIA 2 pada pukul 1:50 - 4.40 pagi.
Seterusnya akan terbang ke Doha dari KLIA 1 pada pukul 9:00 malam.
Entah dari mana kekuatan itu datang!
Sebenarnya masih dalam keadaan letih setelah balik dari kampung. 18 Januari - 29 Januari 2025 - LD - Tawau - KL - balik Selangor - ke Perak - ke Penang - KLIA 1 - ke Tawau - ke LD. Belum hilang penat, 31 Januari sudah bersiap bergerak dari LD untuk terbang dari Tawau ke KLIA 2.
Penerbangan dari Tawau menaiki pesawat AirAsia pada pukul 1:50 pagi! Barangkali penerbangan tambahan sebab jarang kedengaran penerbangan dari Tawau waktu begini. Sampai di KLIA 2 pada pukul 4.40 pagi dan setelah mengambil bagasi terus menuju ke surau.
Selepas solat subuh, badan berasa agak lesu. Sambung tidur sehingga pukul 8 pagi. Ajak Kamsiah cari sarapan dan kami memilih Bungkus Kaw Kawa sahaja.
Dalam penerbangan Tawau ke KLIA 2, dapat Mac & Cheese. Rupanya Abang Farid belikan makanan ini sewaktu tempah tiket.
Mac & Cheese |
Kita order nasi lemak dengan longan suam.
Apabila kita ambil di kaunter, yang diberi longan sejuk. Hurrmmm... malas nak bersoal jawab, bawa sajalah ke meja.
Amie : Nasi Lemak Sambal & Udang |
Sup Kuetiaw |
Perjumpaan dengan travel agent pada pukul lima petang. Setelah mendengar taklimat, kami terus daftar masuk MH0160 Kuala Lumpur ke Doha.
Selepas melepasi pemeriksaan imigresen kami naik bas ke pintu C14. Boarding pada pukul lapan malam. Sempat solat jamak di surau.
Pukul 9 malam kami terbang meninggalkan Kuala Lumpur menuju ke Doha.
10 comments
perghhhhh salute kat amie perjalanan yang bertali arus. Balik kampung balik LD lepas tu balik ke klia lagi terus pi Doha. Kalau saya dah pengsan.
BalasPadamBetullah, sy pun tertanya² dari mana Kak Amie dapat kekuatan terbang sana-sini ni ya.
BalasPadamWah...lama kak amie kat KLIA masa ni..ye la flight malam kan....
BalasPadamAlhamdulillah, kepenatan hilang insyaAllah... digantikan dengan pengalaman yg indah.. Alhamdulillah
BalasPadamWaaahhh... Tak sabar nak tengok foto seterusnya
BalasPadamBungkus kaw kaw ini saya sukaaaaa 😍😍😍. Memang kaw airnya 😄👍👍. Tp nasi lemak dan kue2 dia pun sedaap. Nanti nak makan lagi kalo ke KL
BalasPadambaca pun dah penat, baru travel dari balik kampung dah kena sambung travel lagi hihi
BalasPadamtapi seronok tu :D tak sabar nak baca next entry!
sy sangkakan kak amie lepas balik kg tu terus je fly...rupanya akak blk LD dulu ya then baru fly
BalasPadamwaduhhhh capekkk bukkk
Best betul Kak Amie traveling sana sini
BalasPadamrapat2 tarikhnya...tapi untuk keriangan berganda, tetap teruskan...keseronokan travel tu payah nak hilangkan..
BalasPadam