Singgah Makan di RNR Gunung Semanggol, Perak dan Balik Kampung
7:20 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Sambung entri tertunggak 27 Januari 2025.
Dari Pulau Pinang, kami bergerak di jalan yang sama tetapi terpaksa berpisah di pertengahannya kerana Abang Farid menghala ke Ipoh dan kami menghala ke Rawang. Pukul 10:30 pagi kami berhenti di RNR Gunung Semanggol, Perak.
Perut belum diisi ketika meninggalkan Beacon Executive Suite 2BR. Elok sangatlah cari makan di sini. Tempat makan nampak tenang dan belum banyak dikunjungi pelanggan. Sudah tentulah makanannya pun masih panas.
Encik Suami : Mee Sizzling Ayam |
Firdaus : Nugget Ayam |
Firdaus : Kentang Wedges |
Amie : Mushroom Soup & Garlic Bread |
Amie : Asam Laksa |
RNR Gunung Semanggol |
Sebelum meninggalkan RNR Gunung Semanggol, beli juga kacang kuda buat kudap-kudapan dalam perjalanan. Singgah di Harold's Bread beli beberapa jenis tart dan pastri untuk bekalan makan Firdaus.
Firdaus dengan hasil rembatan di Harold's Bread RNR Gunung Semanggol. |
Basahkan tekak di persinggahan Lebuhraya Utara - Selatan. |
Pukul 1:15 petang singgah di RNR Lebuhraya Utara - Selatn di Kerling, Selangor. Teruskan perjalanan balik kampung, tapi terlajak sampai ke Hospital Sungai Buluh! Sepatutnya masuk arah Rawang tapi begitulah! Kata Encik Suami kalau tak sesat jalan kita tak tahu jalan sebenar.... ahaks!
6 comments
Nampak sedap semuanya tu. Mi tu kuah melimpah sedapnya telur cair camtu.
BalasPadamSizzling mee tu nampak sedap...wah firdaus...oh rupanya ini entry tertangguh...ingat kak amie masih blom sampai LD
BalasPadamKita geng la Daus...Kalau dah singgah HB memang memborong roti & pastri..hihihi
BalasPadamMushroom soup lama nya tak makan. Kacang kuda favorite kami.
BalasPadamRambang mata Firdaus ya pilih pastries.
BalasPadamKalau dah masuk Hospital Sungai Buloh, tak jauh juga tu nak masuk hiway LATAR pula.
Kami pun kalau ke mana-mana sekarang akan on waze atau GPS.
Takpe, sesat² masih dalam Malaya, hehehe. Nampak sedap pulak mee sizling tu.
BalasPadam