Bureau De Change - Tukar Mata Wang EURO ke Moroccan Dirham
10:22 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Sebelum terbang ke Afrika Utara, kami disarankan supaya membawa mata wang EURO untuk ditukar di pusat penukaran wang di Morocco. Rasanya tiada mata wang Moroccan Dirham di KLIA 1 atau KLIA 2. Jumlah EURO yang dicadangkan sekitar 100 sahaja.
Mata wang EURO & Moroccan Dirham. |
Tempat tukaran mata wang asing di Casablanca. |
Achat Aux Touristes Etrangers |
Amie simpan resit tukaran wang dan dapat dilihat semula ketika menulis entri ini. Kami ikut saranan travel agent supaya tukar 100 EURO. Jumlah tukaran ke Moroccan Dirham sebanyak 1,020,000. Cukuplah setakat wang poket. Mata wang EURO juga boleh digunakan untuk urusan jual beli di Morocco.
Sebelum ke pusat tukaran wang asing, kami singgah dahulu di kolam pancuran. Ketika ini Amie belum fokus mendengar maklumat yang disampaikan oleh tour guide, Rachid. Jadi, tidak pasti apakah nama tempat ini dan hanya sekadar ambil beberapa keping gambar sahaja.
Oleh sebab suhu yang sangat sejuk, Amie cepat-cepat naik bas. Dari tepi tingkap sempat ambil gambar tour guide Rachid yang memakai baju tradisional Morrocco yang dipanggil djellaba. Yang membelakangi kamera ialah Ustaz Azhar, tour leader dari Malaysia, manakala di hadapannya ialah pemandu Majorel Voyage.
Entah bagaimana Ustaz Azhar dan pemandu bas ini boleh berputar arah!
1 comments
Wah.. Betul-betul pengembara ni. Pelbagai negara telah dilawati. Seronok dapat melihat negara orang.
BalasPadam