Menikmati Hidangan Kuskus (Couscous) di Restaurant Palais Chahramane, Marrakech
10:32 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Makan malam pertama di Marrakech, kami menjamu selera dengan hidangan tradisi penduduk Maghribi iaitu kuskus (couscous). Kuskus merupakan hidangan tradisional Barbar dari semolina iaitu butiran tepung durum yang dimasak secara kukus atau wap. Kuskus dihidang bersama daging rendidih serta sayur-sayuran dan juga kacang kuda.
Makanan ini merupakan makanan ruji atau makanan utama seluruh penduduk Afrika Utara yang merangkumi Maghribi (Morocco) Algeria, Tunisia, Mauritania dan Libya. Asal nama kuskus adalah dari bahasa Barbar iaitu seksu yang bermaksud digiling dengan baik (dibentuk dengan baik).
Kuskus (Couscous) |
Untuk sampai ke Restaurant Palais Chahramane, kami perlu berjalan kaki sebaik sahaja Majorel Voyage menurunkan kami di tepi jalan utama. Majorel Voyage tidak boleh masuk ke jalan atau lorong kecil menuju ke restoran.
Pemandangan yang sempat dirakam sebelum tiba di restoran.
Tidak sangka pula dalam sibuk-sebuk tangkap gambar rupa-rupanya inilah restoran yang dimaksudkan! Kalau ambil gambar selepas makan (sudah malam) tentu tidak dapat gambar sejelas ini.
Jajaran bendera, menunjukkan semangat patriotisme.
Dari luar restoran sudah terlihat ukiran yang menarik di pintu masuk. Kami menaiki anak-anak tangga untuk sampai ke ruang makan di tingkat atas.
Pemandangan di pertengahan tangga menuju ke tingkat seterusnya. |
Asyik jumpa kendi di setiap restoran! |
Sudah sampai tingkat atas, kena berjalan lagi arah ke kanan melalui lorong kecil menuju ke ruang makan. Cantiknya dinding Restaurant Palais Chahramane.
Di penghujung jalan, belok ke kanan.
Hiasan dalamannya nampak cantik berukir-ukir!
Untuk sampai ke ruang makan yang telah disediakan, kami melalui kawasan ini dan dengan jelas sudah kelihatan pintu toilet yang cantik di hadapan mata! Namun begitu, sepanjang berada di sini tidak pula kaki tergerak untuk masuk ke toilet!
Pintu toilet. |
Mata terpegun melihat suasana dalam restoran. Kemas dan cantik. Di sana sini ada sentuhan yang tersendiri tetapi tetap mengetengahkan tema setempat melalui warna dinding, pilihan jubin dan juga lampu-lampunya.
Warnanya tampak hangat dan mengalu-alukan kedatangan kami untuk berasa selesa sepanjang berada di sini!
Ada taburan kelopak bunga ros di atas meja.
Romantik!
Romantik!
Belanja video ketika berada di ruang makan.
Belanja lagi rakaman video.
Kesra - Moroccan Flat Bread |
Hidangan pertama yang disajikan di atas meja sudah tentunya kesra (Moroccan Flat Bread) sejenis roti tradisional yang merupakan makanan ruji harian penduduk Afrika Utara. Kesra enak dinikmati apabila dicelup ke dalam pelbagai jenis sup.
Kesra dimakan pada setiap hidangan samada waktu sarapan pagi, makan tengah hari atau makan malam. Ketika sarapan, kesra enak dinikmati bersama sapuan mentega, minyak argan dan jem aprikot. Waktu tengah hari dan malam pula, kesra sesuai dicelup dalam sup lentil atau dimakan bersama tagine yang enak!
Pelayan restoran sedang menuangkan sup harira ke dalam mangkuk.
Sup Harira sudah bersedia untuk dicelup kesra.
Jom makan kesra celup sup harira. |
Tidak lama kemudian sampailah sepinggan besar kuskus (couscous) yang masih panas. Buat pertama kalinya kami melihat kuskus di depan mata dan begitu teruja untuk mengetahui begitu banyak bahan yang menutupi kuskus! Butiran halus semolina atau tepung durum dihias lengkap di bahagian atasnya dengan lobak merah, zucchini, kismis, terung serta kacang kuda dan ada bahan lain seperti kentang yang Amie tidak tahu apa namanya. Didalam kuskus, terdapat kepingan-kepingan daging lembu pula. Kuskus didatangkan bersama semangkuk kuah yang dituang ke atasnya ketika kita makan.
Hidangan kuskus biasanya disajikan oleh masyarakat setempat pada hari Jumaat atau haris-hari kebesaran seperti hari raya, di majlis pernikahan, akikah dan sebagainya. Kuskus biasanya disajikan dalam satu bekas untuk dinikmati bersama seramai lima hingga lapan orang.
Kuah Kuskus |
Selepas makan kuskus, kami disajikan pula dengan buah limau yang masih segar! Rasanya manis dan sedikit rasa masam menjadikannya tambah enak! Meja kami seranai tujuh orang, dihidangkan sebanyak 14 biji limau dan setiap seorang boleh mengambil sebanyak dua biji.
Terakhir, setiap seorang dapat segelas kecil minuman teh herba yang panas.
Selesai menikmati makan lama, kami dihiburkan pula dengan alunan muzik oleh 'ayahanda' ini.
Tinggallah meja makan yang cantik! |
Tidak boleh berlama-lama di restoran ini setelah perut kenyang, kami pun terpaksa angkat kaki. Perjalanan menuju ke destinasi seterusnya perlu disegerakan.
Alhamdulillah! Terima kasih Allah kerana mengizinkan kami bermusafir buat seketika di bumi Maghribi @ Morocco.
Maka turunlah kami seorang demi seorang dari perut Restaurant Palais Chahramane di kota Marrakech. |
10 comments
Ooooo... perkataan kukus tu dari sana kot?
BalasPadamOrang2 sana apa suka teh ya kak? Kendi2 mereka mengingatkan saya dengan aneka kendi si Azerbaijan. Kalo di sana dan juga Iran biasanya utk tradisi minum teh. besar2 juga bentuknya.
BalasPadamMungkin di Maroko ini tradisinya sama.
Couscous di JKT ada beberapa resto yg jual. Tp sampai skr saya belum merasakan lagi. Penasaran juga apa rasa couscous ini. Macam nasi yg dimakan bersama lauk kali ya?
Kat sini saya suka tengok jubin dan hiasan dinding dia. Cantik.
BalasPadamSedapnya
BalasPadamseni diorang halusssssssss... cantik ... semua dinding kebanyakan dilukis dengan corak tertentu..
BalasPadamMasya Alllah....sangat teruja juga tengok tempat yang sangat unik dan menarik.
BalasPadamCantik betul deko restoran ni. Suka dgn hiasan dan corak² pada jubin belah² Morocco ni. Lawa!
BalasPadamApa rasa kuskus tu Kak? Pernah nmpk rasanya dijual di hypermarket, versi kering belum dimasak.
Cantiknya deco restoran dan semuanya binaan dan finishing interior luar dalam di sana. Belum pernah makan couscous ni, macam nasi ke?
BalasPadamdeco restauran cm hotel 5 bintang! dpt kat kaki selfie ni dia kenyang dgn swafoto je laa...
BalasPadamMacam pernah baca entry Kak Amie lama dulu pasal kuskus ni.
BalasPadam